Friday, February 25, 2011

Status: Married :DD


Hehe.
Apa?
Ingat aku dah kahwin?
Tidak2.
Cakap pasal kahwin. Sekarang dalam kiraan 3.
Pergi Facebook, tengok siapa yang ada status MARRIED?
Haha. Percaya atau tidak, nampaknya, kita kembali ke zaman nenek moyang kita dulu.
Budak belasan tahun pun sudah berkahwin. Hehe

Maaf lah. 
Sebenarnya, ceritaku ini tidak ada kena mengena dengan kenyataan sebentar tadi.

Orang kita?
Iaitu termasuk saya, anda, sepupu anda, bapak mertua anda, pakcik anda dan moyang anda.

Kalau dengar orang nak kahwin,
Mesti cakap ni punya

“Wahhhhhhhh! Alhamdulillah. Bagus la, brapa duit hantarannya?”
TING TONG! (jangan tipu)

Bila dengar jumlah wang hantarannya,
Kalau sedikit, kita cakap macam ni
Ha’elllehh, setakat bha 1K. Mau buat apa?

Tapi kalau banyak
WooWWww! Mesti lelaki tu kaya kan? Kerja apa lelaki tu?

Isu duit hantaran paling utama.
.....................................................................................

Tak habis2 orang kita.
Bukan itu sahaja,

isu umur pun dipersoalkan. Apa kes?

SITUASI 1.
“huh? Beza 33 tahun? Apa pasal lah dia nak kawen ngn atok2 macam tu? Tinggal mati je.”

“tu lah, org pompuan skrg, byk yg kawin bkn sbb cinta tp HARTA, kalau org tua tu mampus, HARTA atok tu k0nonya lah diwariskan kepadanya.”

SITUASI 2.

“aihhh? Awl jugak minah ni kawin? Baru 22 tahun dah kawin?”

“aku rase arh, ni nak cover malu je.”

SITUASI 3.

“lambat juak dia kawin ne, tua2 baru m0e kawin.”

“baru jumpa jodoh bha tu.... kau ni.”

Kahwin dengan orang tua jadi isu, kahwin lambat pun nak komen, kahwin muda lagi banyak fitnah.
Itulah ORANG KITA.


..........................................................................

ISU PASANGAN. Kau sibuk2 kenapa?

Situasi 1.
“ehh, asal sorang tu kering, sorang tu gemuk kedempol eh?”

“orang dah suka, nak wat pa”

Situasi 2.

“Hensem gilllakkk ni lelakinya, sesuai lagi kalau sama sa ni”

“hohoho. Tunggu kau bertanduk lah.”

kita pandai cakap orang, pasangan kita belum tentu lagi.


.........................................................................

Maka dengan itu,
karanganku pun berakhir.
Tuntasnya,
kalau orang nak berkahwin,
jangan banyak komen,
doakan sahaja kebahagiaan serta kesejahteraan pasangan tersebut.

KAMSAMIDA
(^________^)

Tuesday, February 22, 2011

dia mencerminkan dirimu.


FACEBOOK
BLOG
TWITTER
MYSPACE
FRIENDSTER
TAGGED
HI-5

semuanya menggambarkan dirimu.
betul.
tak percaya?
betul.

siapa-siapa yang tidak setuju.
Sila bawa diri anda jauh-jauh
dari tempat ni.

Tak kan tak kenal dengan butang merah
yang elok-elok saja 
duduk dekat
atas tu.

Maka dengan itu,
aku teruskan.

Tiapa masa,
tiap detik,
tiap waktu,
ada saja yang kita buat,
mesti nak lapor dengan 
laman sosial kita kan?

Baru kejap tadi,
status anda:
"phehhhh!! sedappnya makan maggie kari tym2 lapar ni, gyLaaa kiCK!"

selang beberapa minit,
"aku nak gi tandas lah weyh, nak buat pelaburan, saham nak jatuh ne"

lepas tu, 
"weyhh, mak aku baru belikan aku IPhone4 lah. Best giLLerr"

Tiba-tiba,
bapa kau mula meleter dekat bawah,
suruh kau turun bersihkan ruang tamu.

Kau pun tukar status balik,
"bapak aku ngamo0kk lah, malam karang aku on9 lagi.. papaii"

haha.
kadang-kadang kita rasa terlalu seronok untuk melaporkan semua
rutin harian kita,
tanpa menyedari ada yang suka
dan ada juga yang tak suka.

Nasib baik,
FACEBOOK
tak sediakan
"UNLIKE"
kalau tak,
ada jugak yang murung buat muka orang utan lepas tu.

kadang-kadang,
tanpa segan silu,
kau memaki hamun tanpa insurans walau sesen pun.
(miskin gyllakk)

Gerenti orang akan komen status kau,
"knp lagi ni geng? ada mslh ka? lek bha kau!"
"Uiihhh.. marah nmpk.. ape pasal lak ne?"
"Astaghfirullah. bawa2 bsabar yah."

kadang-kadang,
kau buat status yang kononya,
"Ape masalah kau minah?, aku takde kacau bf kau lah, dia yang nak rapat dgn aku. kau tak puas hati, tanye die sndr ahh!!!" 

lepas tu,
ada lah lebih kurang
10 orang LIKE status kau.

kadang-kadang,
kau buat status,
"IQ manusia biasa adalah lebih kurang 130-150, sedangkan Einstein sendiri memiliki IQ250."
(ni bagus, share ilmu pengetahuan)

.....................................................................................................

hmmm..
Dalam laman sosial ni,
banyak benda yang kita boleh
tahu mengenai orang tersebut.

sikapnya yang,
PANAS BARAN,
suka memaki,
perasan POPULAR,
sememangnya baik hati,
mementingkan ILMU,
dan banyak lagi ragam manusia.

aku,
kau,
KITA,


semua sama sahaja.
kadang-kadang aku pun suka lapor apa2 yang berkenan di hati.

realitinya,
memang begitu sifat manusia di dunia MAYA ini.

p/s: maaf sekiranya terkasar bahasa. saya juga manusia biasa.
KAMSAMIDA (^___^)


Monday, February 21, 2011

Pembersih kah?


kalau kita tanya orang,
pembersih kah?

mesti dia jawab,
"iehhhhh, mesti lahh!"

haha.
Perasan sangatlah.

.............................................................................................................

Aku tak cakap aku pembersih,
dan aku tak cakap korang semua pengotor.
Sendiri mau ingat lah.

Kebersihan sesuatu
tempat melambangkan
identiti si penghuni di dalamnya.

Sedar atau tidak sedar,
negara kita sendiri
iaitu Malaysia,
boleh dikatakan tahap kebersihan 
sangat tidak memuaskan
kalau nak dibandingkan dengan
negara-negara yang bersih
seperti?

New Zealand
Singapore
Australia

kalau kau cakap,
alah, KL bersih apa,
kau memang memandai saja.
aku dah jejakkan kaki ke sana,
sampah di mana-mana jugak.
Kalau kau cakap di Malaysia ni,
mana-mana tempat pun ada sampah.
Biar tempat tu maju macam mana sekali pun,
memang ada sampah lah.

Sebab apa agaknya,
padahal kerajaan dah upah
banyak pekerja untuk bersihkan tempat-tempat tersebut.

Mungkinkah ini?

1.Cuti sekolah, semua geng korang turun bandar. Bergaya sakan nampaknya. Pastinya, mulut tak berhenti mengunyah waktu jalan-jalan tu. Biasalah, orang kita, kalau tak makan sambil berjalan memang tak sah. Habis makan, automatik jari-jari melepaskan genggaman pada plastik makanan tu. Bila kawan kau tegur, mesti kau cakap macam ni "Alaaa, lek lah, pakcik makcik tukang sapu sampah kan ada, apa diaorang nak buat kalau tak ada sampah, tu makan gaji buta namanya!".

::sentiasa mengharapkan orang lain.


2.Dalam perhimpunan rasmi sekolah, cikgu disiplin mula berkata-kata serta melebarkan sayapnya. Tiba-tiba, dia cakap, "Baiklah pelajar, lihat kasut kamu, neck-tie kamu, baju kamu, kemas ke tidak, bersih ke tidak?".
Waktu tu jugak lah, baru kita nak sibuk-sibuk mengalahkan orang Jepun membersihkan serta mengemaskan diri kita.

::Ditegur baru bertindak.


3.Kawan korang baru balik dari Singapura, dia cakap, negara tu bersih gyLLa. Korang pun mula lah nak berdalih, memberontak tak tentu pasal. Kemudian korang cakap macam ni, "Alaaaaaa... Singapura bersih tu pun sebab kerajaannya menguatkuasakn undang2 kebersihan. denda sana. denda sini. tu lah rakyatnya takut. bukan pembersih pun dorang tu, takut sama denda sja."

::Tidak mahu mengalah. sentiasa memperkecilkan kelebihan orang.

.............................................................................................................

Maka dengan itu,
kalau nak sesuatu perubahan,
ubah pada diri kita dahulu.
Negara kotor,
bukan sebab cik bangunan yang buang sampah,
tapi kita sendiri.

Fikir baik-baik!

p/s: maaf sekiranya bahasa yang saya gunakan menyinggung mana-mana pihak.
KAMSAMIDA.
(^______^)


Tuesday, February 15, 2011

Si Panas Baran!


siapa lagi panas baran?
PEREMPUAN
atau
LELAKI

dengan selamba
diri mu 
berbisik di dalam hati
MESTI LAH LELAKI

kalau aku tanya balik,
siapa lagi COOL?
dengan yakin tanpa
gangguan daripada persekitaranmu,
MESTI LAH LELAKI

habis tu?

LELAKI kah?
PEREMPUAN kah?

Tapi mungkin berdasarkan bukti2 kukuh (walaupun tak kukuh sebenarnya) yang akan aku paparkan sebentar lagi,
mesti jawapan yang sebentar tadi bermain di benak fikiran mu
agak GOYAH yew.
Tak percaya? 
baca sampai habis.
jangan putus asa.
kata orang korea "Aja2 Hwaitin!"


1.Waktu puncak di lebuh raya, mesti kereta banyak tak ingat dunia. Paling2 pun kereta kita dapat gerak lebih kurang 3meter per minit. Anggaran kurang tepat. Tapi, suka hati aku lah nak letak berapa pun. Yang penting kamu faham situasi sudah. Dalam waktu2 puncak ni lah, banyak macam ragam manusia di jalan raya. Tiba-tiba, ada kereta yang dipandu oleh seorang tua, kereta dia langsung tak gerak-gerak. Sebab dia pun tak tahu kereta dia tiba2 rosak di jalan raya. Plus, tak tahu nak tekan emergency signal. Kau dengan panas baran sebab banyak makan cili agaknya ditambah lagi kau memang tak sabar nak keluar dari jalan raya yang sesak tu, HON tak tentu pasal. Bunyi hon pun tak ada jarak walau sesaat. Dahsyat sungguh manusia itu, agak2 siapa yang sering buat macam tu?


2.Waktu di pejabat, Si bos panggil pembantunya. Pembantunya dengan langkah yang tidak yakin serta teragak-agak melangkah menuju ke bilik bos nya. Sebab, dia tahu apa yang bos dia nak cakap. Kemudian, bos tu tengok dalam bursa saham, saham dia jatuh rugi beberapa sen. Confirm lah, dia marah tak tentu pasal lepas tu. Siapa bos biasanya?


3. Kau baru putus cinta, sebab pasangan kau minta putus tanpa sebab kononya dia nak fokus study, exam dah dekat. haha. Kau dengan serta merta maki hamun dia dan orang yang tak ada kena mengena langsung dengan kes kau tu. Tengok, orang yang tak ada kena mengena pun di bahamnya sekali. Siapa selalu buat macam tu?


4.Kawan sekelas perli nama bapa kau, serta merta tanpa amaran kau bagi buku lima pada dirinya. Siapa selalu buat macam tu agaknya? hehe.


5.Cikgu disiplin kau marah kau di hadapan semua pelajar sebab kau dah banyak kali langgar peraturaan, dengan sifat panas baranmu, kau buat muka masam kemudian kau melenting. Bila kau balik dorm, kau baling semua selipar jepun yang ada di luar dorm kau. Locker dalam bilik pun kau rosakkan dengan sepenuh jiwa ragamu. Siapa agaknya ada tabiat macam tu?


lain2 peristiwa,
aku biarkan kamu
fikir2 sendiri yah?

Konklusinya,
biar kau pembaca yang
menentukan siapa
yang panas baran.
aku ada pandangan sendiri,
kau ada jawapan tersendiri.

p/s: maaf sekiranya perkataan yang saya gunakan menyinggung mana2 pihak. 
saya juga manusia biasa.
KAMSAMIDA (^__^)

Sunday, February 13, 2011

Sukarnya menungkapkan kata "MAAF"



MAAF
sorry
mianhae 
scusa
izvinite
sentimos
triste

macam2 bahasa boleh kita guna untuk menungkapkan kata maaf.
Tapi, apakan daya, 

jangan menipu wahai manusia.
Kita semua sama sahaja. Aku tahu sangatlah, 

MANUSIA?

iaitu aku, kau pembaca, kawan kau,
jiran kau, pakcik, makcik, nenek  dan semua keturunan kau
sampai habis keturnan kau pun,
semua

.EGO.

susah sangat untuk menungkapkan kata 
.MAAF.

pujuk macam mana pun diri kita.
mesti dalam hati kita akan cakap
macam ni,
"tak pa lah, bukan kau pun yang salah, dia dulu yg cari pasal sama kau,
Lek leh bai! ok doe."

TING TONG.
kan lebih baik kalau kita dahulu yang
mengungkapkan kata maaf tu?
Bukan susah pun,

Kadang-kadang kita rasa benda tu sangat
SUSAH

sebab ego ni lah,
memang sejak azali lagi
dengan senang hati dia menyayi karaoke di 
dalam darah daging kita.

Tapi,
kalau kita mempunyai iman yang teguh + utuh
Insya-ALLAH 
ego dan segala kaum kerabatnya
boleh kita singkirkan jauh2.

p/s: maaf sekiranya terkasar bahasa.

Wednesday, February 9, 2011

apa itu PNEUMATHORAX?

PHNEUMATORAX?


2 hari yang lalu,
aku tengok
rancangan TV
iaitu
VITAMIN.

Dalam rancangan ni,
para doktor KOREA akan bertauliah
selama 1 jam.
hoho.

Tapi, memang 
BEST
lah rancangan ni.
ada kelebihan tersendiri.
Tak percaya?
tengok sendiri.

1.scuba diving


2.fly


3.drinking using straw


4.clubbing

antara 4 gambar di atas.
yang mana satu memberi kesan kepada manusia
dan membawa kepada penyakit
PHNEUMATHORAX.

ada yang sudah tahu.
ada yang tidak tahu langsung.

semua ada kena mengena 
kecuali
gambar no.3.
tak ada kena mengena langsung.

Kata para doktor dalam rancangan tu,
semua manusia ada air sacs
so, apabila air sacs tu pecah,
ianya akan menyebabkan
tekanan yang tinggi diberikan
kepada paru2 kita
apabila kita tarik nafas.
dan akhirnya, paru2 tu gagal berfungsi dengan sebaiknya.

antara symptoms phneumathorax,
sesak nafas
sakit di bahagian dada
senang letih
hypotension
kadar denyutan jantung yang tinggi
kulit berwarna kebiru-biruan sebab kekurangan oxygen.

PEROKOK!
anda mempunyai stastik yang
tertinggi
untuk menghidap penyakit tersebut.
ahah!
Berhentilah merokok!

Oh yah.
kalau anda juga mempunyai hobi
dan kerap kali:
SCUBA DIVING OR HIKING
risiko menghadapi phneumathorax juga sangat tinggi.

Maka dengan itu,
kurangkan aktiviti di tempat2 yang mempunyai
ketinggian dari aras laut.
HIGH ALTITUDE.
iaitu di gunung2.
Selalu naik kapal terbang pun boleh jadi jugak penyakit tu
melawat anda!

lain2 punca penyakit tu adalah,
kadar pertumbuhan ketinggian
yang mendadak.
Contohnya, dari 150cm ke 170cm.

akhir sekali,
CLUBBING
para remaja yang suka pergi clubbing.
anda juga berisiko menghidap penyakit ini.
Doktor tu cakap,
sebab bunyi dentuman yang kuat di Kelab2 Malam
akan menyebabkan tekanan yang tinggi kepada paru2 kita.
bukan mereka sahaja,
anda yang mendengar lagu dengan bunyi yang maksima tak ingat dunia juga
BERISIKO.

Itu sahaja daripada saya,
DOCTOR-TO-BE
MUNIZA (^___^)

apa2 ilmu yang baik kita share2 okeyh.

p/s: maaf sekiranya tersalah fakta.

Tuesday, February 8, 2011

Learning stocks. (part 1)

What is stocks?
well.

It is very well digest to those
who are?

involve in
saham

& now,
while holding my 17 years old status,
I am trying so hard studying bursa saham
through my father's book.

studying stocks is much more complicated than 
watch it 
going up and down
with
no one ever know what could be their fate.

Let's just wait and see.
what will going to happen next.
OMG equal to OH! MEMANG GYLLAKK!

conclusion,
Just now reading the book
without aiming to involve in bursa saham.
haha.

Keputusan SPM 2010!


Tak lama lagi keputusan SPM akan diumumkan.
cikgu aku cakap 28 Feb 2011.
tapi, tak pasti.
betul atau
tidak.

Aku,
dengan yakin
dan pasti,
semua budak2 lepasan SPM 2010

MESTI
makan sampai licin segala lauk-pauk.
(sebab terlalu lapar memikirkan keputusan SPM)
mandi sampai bil air melambung naik berganda-ganda dari bulan sebelumnya
(sebab berfikir-fikir di dalam tandas pasal keputusan SPM gak)
tidur pasti tak boleh bangun2 punya.
(sebab mimpi2 keputusan SPM)

ADUH!
seram tidak seram.
memang nasib.

Aku pun pernah mimpi,
keputusan SPM sudah keluar.
Namun,
mimpi itu mainan tidur.

TAPI.
sejak mimpi tu.
Aku rasa takut.

SEBAB
keputusan aku,
2A 3B 3C

tengok tu. 
macam aku ambil PMR pulak.
8 subjek sahaja yang dipaparkan
dalam
mimpi aku tu.
plus minus pun tak ada.

BETUL KAN?

Tuntasnya,
Secara kesimpulannya,
(ceyhhhhh.. teringat karangan BM)
berdebar-debar!


p/s: Apa-apa pun, doakan keputusan SPM saya dan kawan2 yang lain,
CEMERLANG ya.
Maaf sekiranya terkasar bahasa.
(^___________^)


Monday, February 7, 2011

VISIT KOREA!

Aniyasayo!
Hahaha!
Talking about k0rea.
I'm so desperately to go there.

why?
I'm so bloody in love with their language,
culture,
korean,
food,
places,
history,
celebrities,
and much more about KOREA.

If,
tickets are given for free to me.
sure without hesitation
I'll fly to Korea with my friends.
(family? kakak sy seja bminat pasal korea tu)

Exciting journey must be with the one who are interest with it.
am I right?

Places which I would like to visit:

1.EVERLAND PARK


2.NAMI ISLAND


3.JEJU ISLAND


4.YONGPYONG SKI RESORT



others?
Let's the korean recommend to me!
KAMSAMIDA!~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...