Sunday, May 29, 2011

Menghabiskan sisa2 waktu dengan tak berfaedah.


Siapa cakap aku buang2 waktu?
Masa itu emas yah?

Kalau anda tengok jam,
tak kira lah,
jam dinding kah,
jam tangan kah,
jam kereta kah,
jam super duper canggih kah,
masa sama jugak,
cuma tambah tolak satu dua minit sahaja.
yang membezakan juga,
tempat mengikut latitud dan longitud masing2.
Yang duduk sama negeri tu,
sama lah waktunya.

Anda teliti jam tersebut..
Mestilah jarum dia gerak kan,
ikut arah yang betul.
Kalau tak gerak2 jarum tu,
harap maklumlah pergi beli battery baru yew?

Masa boleh tunggu kita kah?
tak mungkin.
Boleh ke anda cakap kat jam tu,
"Masa, tunggu aku 30 minit yah? Kau stop dulu di situ, aku dah lewat nak ke kuliah ni, nak bersiap apa suma."

Kalau macam tu,
aku pun nak jugak.
Tapi hakikatnya,
tak boleh.
Masa tetap akan berlalu meninggalkan kita.
Tak kira lah anda sogok jam tu 
dengan bawa dia melancong ke KOREA ka,
bagi 50 sen ka.

Dia tetap akan berlalu jugak.
Muka chantek anda pun dia tak hirau ok?

Kalau anda nak pergi ke masa lalu,
2 tahun yang lalu?
macam cerita doraemon,
balik ke masa lalu?
anda ingat tu cerita betul?

Maka dengan itu,
hargailah masa
dengan benda-benda yang bermanfaat.

p/s: SILA JANGAN MENYESAL DI KEMUDIAN HARI!

Sunday, May 22, 2011

Lawak Lucah yang Memang Tak Lawak!


Salam.
Aniyasayo Dogja.
(^________^)

anda kenal dua budak kat gambar atas ni?
KENAL?
TAK KENAL?

kalau tak kenal,
anda memang sangat bertuah.

Cakap pasal lawak,
ada orang buat lawak,
spontan dan bersahaja sahaja,
tapi ramai yang ketawa pecah perut.
(macam NABIL MRL & JOZAN MRL)

Ada orang buat lawak,
setengah mati sampai bodohkan diri sendiri,
tapi ramai yang tak paham.
(macam AMIR MRL)

Kadang-kadang,
ada orang yang buat lawak,
sampai tak ingat dunia,
sampai boleh menghina agama sendiri?
maksudnya, dia terleka.
Kalau dia mengucap syahadat lepas tu tak pa jugak.
Kalau tak?
sendiri mau ingat lah.

Balik pada pembuka bicara aku tadi,
pasal budak-budak dalam gambar di atas,
kebanyakan lawak yang mereka ketengahkan
memang lucah.

Aku tak cakap semua lawak mereka lucah,
tapi kebanyakannya.

Kadang-kadang,
isu tu sangat sensitif serta mempermalukan
dan merendahkan martabat sesetengah masyarakat.
Kalau terdesak sangat nak buatkan orang ketawa,
kenapa perlu memilih genre yang tak elok seperti itu.

Tapi,
memang nampak sangat,
kebanyakan pelawak yang macam ni,
menjatuhkan nama sendiri.
Buat lawak setengah mati,
dia ingat ramai yang suka?
Buang masa dan tenaga sendiri.

Kalau anda peminat mereka,
silakan kutuk aku.
kerana, aku tak kisah.

SALAM.
(^________^)
p/s: maaf sekiranya terkasar bahasa.

Mereka dah pergi?

Salam.
Hari ni,
Online di facebook,
tengok semua status orang,
SELAMAT TINGGAL, DOAKAN SAYA,
HARI NI HARI TERAKHIR,
dan macam2 lagi.

SEMUA ORANG DAH NAK PERGI KE?
maksud aku,
semua orang dah pergi belajar ka?

Kadang-kadang,
aku terfikir,
aku buang masa di rumah.
Sementara orang lain,
sedang menjalani minggu orentasi,
minggu penyesuaian diri
di tempat belajar yang baru.

Mereka dah melangkah setapak kehadapan.
Tapi aku?
masih di rumah.
Menghabiskan sisa-sisa waktu di rumah.

Aku cuma berharap dan berdoa,
mudah-mudahan,
jalan yang aku pilih ini,
mendapat redha dan berkat dari ALLAH S.W.T.

Kita cuma merancang tapi
ALLAH menentukan segalanya.

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru yang ke-40





Salam.
Hari ni hari yang sangat menggembirakan.
sangat ceria & gila2.

Pasal apa?
pasal aku dengan kawan2 aku dapat berkumpul sama2 lagi.
dan yang paling menggembirakan adalah,
dapat lawat guru-guru kami.


GEMBIRA HABISlah.


ALHAMDULILLAH.
Kami disambut baik oleh guru-guru
dan warga maktab.
(^________^)

KAMI
iaitu

ASNAWI
ALIFF
AIZAT
SAAD
RAHMAT
RIZAL
AFNAN
ZULFARHAN
NASARULLAH
HAZIQ
HENRA
HENRY

SHAFIQAH
MUNIZA
REHAN
YIYIN
ISTIQFARINA
CITRA
SAFIANA
SHIMAH U
ZAIMAH
RAHIMAH

adalah antara anggota2 yang pergi memeriahkan suasana.
walaupun ramai kawan2 kami yang tak dapat datang
kerana 
sibuk menguruskan hal pelajaran dan sebagainya.

Tapi kami yang ke maktab kami,
adalah untuk mewakili rakan-rakan seperjuangan
SPM 2010
untuk berjumpa dengan guru-guru
sempena dengan HARI GURU.

Tak dapat digambarkan perasaan gembira
dapat bertemu kembali dengan
warga pendidik yang begitu berdedikasi
dan tidak pernah putus asa
dalam mendidik kami sebagai pelajar
MRSM TAWAU (SPM 2010).

Bagi kami
PELAJAR SPM 2010
(MRSM TAWAU)

guru-guru kami adalah guru-guru yang terbaik.
guru-guru kami adalah guru-guru yang cemerlang.
guru-guru kami adalah guru-guru yang berdedikasi.


Sempena hari guru ini,
"Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat guru-guru yang telah bertungkus-lumus mendidik saya dari saya tadika sehingga ke hari ini. Tanpa guru-guru, siapalah saya sehingga ke hari ini. Maafkan segala salah dan silap saya. Halalkan segala ilmu yang guru-guru berikan pada saya. Jasa guru-guru semua tidak mungkin dapat saya balas kesemuanya. Hanya doa terhadap kesejahteraan dan kesenangan guru-guru yang saya kirimkan. Semoga dirahmati Allah S.W.T. TERIMA KASIH GURU!"

Sunday, May 15, 2011

Hidupku sebagai budak asrama (Bhgn 2)





Waktu petang-petang macam ni,
orang lain sibuk beriadah,
berjalan-jalan,
menghirup udara yang segar
dan mengamati
keindahan pemandangan di MRSM TAWAU.

Tapi aku?
semasa masih di tingkatan 4,
waktu petang,
 aku habiskan 
dengan,
bermanja dengan katilku.
Kalau tidak pun,
kain-kain yang sudah aku gunakan,
Aku cuci dengan penat lelah dan keluhan.

Memang setiap petang,
itulah rutin harian ku.
HIDUP DI ASRAMA,
sungguh membosankan pada masa itu.
SETIAP HARI,
aku lalui rutin harian yang sama.
tidak ada perkembangan.

Kalau dah dekat jam 4.30 petang,
aku berlari-lari menuju ke tandas,
sambil membawa peralatan mandi,
dengan berbekalkan keazaman,
untuk BOOKING tandas.

Setelah itu,
aku ke DORM semula,
buka LOCKER cari makanan,
maggie lah pujaan hati setiap budak asrama.
kadang-kadang aku makan maggie ditemani oleh sapokkk sejati 
ANDY NUREHAN ADIBAH RAHIM.

dah makan, dah puas,
walaupun tak kenyang.
tapi hati rasa senang.
Jam 5 petang,
aku pun berlari-lari anak ke tandas.

Dalam tandas,
memang riuh mengalahkan pasar ikan.
Setiap tandas,
ada sahaja yang mendendangkan lagu kegemaran masing-masing.
memang tak ingat dunialah.
TAPI GEMPAK!

aku masih ingat,
jam 6 petang,
blok-blok asrama mula sunyi.
semua pelajar dah ramai gerak ke surau.
waktu tu lah,
hati sangat sayu.
mengenangkan ibu bapa di rumah.
SEDIH!

selepas solat maghrib,
sesi pengajian al-Quran bermula.
Aku bersyukur dapat mempelajari tajwid & cara bacaan yang betul
daripada Ustaz Abdul Rahman
(ketua Imam Masjid Al-Qaustar)
dan ustaz dan ustazah yang lain.

Kemudian solat isha'.
Selepas itu,
semua orang sibuk bersiap untuk ke kelas
(PREP-kelas persediaan).
Seperti biasa,
zaman tingkatan 4 ku adalah zaman santai,
HONEYMOON,
SILENT HOUR bertukar menjadi CRAZY HOUR.
kelas AMANAH yang aku duduki,
bagaikan kelas pelawak antarabangsa
bagaikan kelas penyanyi antarabangsa
bagaikan kelas orang gila kelas pertama.


Kadang-kadang,
waktu prep malam,
aku gunakan untuk Qada' masa2 tidur ku,
aku gunakan untuk mengisi perut dengan makanan yang tak sihat,
aku gunakan dengan benda-benda yang tidak befaedah seperti melepak.

Jam 9.30 malam,
semua orang mula berkemas-kemas untuk makan malam
dan pulang ke dorm.
walaupun ada setengah jam lagi sebelum habis masa prep.
Itulah budak mrsm tawau,
paling senang hati kalau masa belajar dah nak habis.






.....BERSAMBUNG.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...