Sunday, March 13, 2011

Lain orang lain cara.


Tak semua orang cara dia
SAMA.

aku dengan cara aku sendiri.
anda dengan cara anda sendiri.

PEPERIKSAAN?
aku suka belajar last minit.
bila esok subjek tu,
baru aku berteriak tak ingat dunia,
belajar hingga larut malam
mengalahkan
burung hantu berjaga malam.

setiap lembaran tidak ku fahami.
bagi aku,
faham tak faham,
teruskan sahaja,
yang penting,
aku khatam semua bab yang akan keluar.

Bila nak melangkah ke dewan peperiksaan,
aku bawa buku rujukan setebal
yang mungkin.
Dengan harapan aku dapat habiskan semua.
walhal, ianya
tidak seperti yang dirancang.
2 lembar pun tak sampai.

FOKUS?
orang kata,
kalau nak senang memahami sesuatu,
kuncinya ialah,
menatap mata orang yang menyampaikan sesuatu dengan kita.

aku macam tu juga la.
sambil aku menatap matanya,
sambil jari-jemari ku mengenggam
erat pen. lalu
berlari marathon di atas
examination pad.
atau lebih dikenali dengan
kertas kajang.

aku tak boleh fokus kalau,
tak tulis apa-apa.
kalau tak,
alamat bulu mata atas
dan bulu mata bawah
berpeluk erat sesama sendiri.
(dan itu sangat gay)

maka dengan itu,
aku tak boleh nasihat anda
bahawa,
"kau mesti belajar setiap hari hingga larut malam,
paling awal pun kau tidur pukul 3."
oh,
tak mungkin.
Cara aku, cara aku.
Cara anda, cara anda.

KAMSAMIDA
(^____________^)

Hidupku sebagai budak asrama (Bhgn 1)

sekolah lama (SMK TAWAU)


aspuri

Blok akademik

kelas aku.

Jiran aku (Dian A.J)


Jiran aku (Freisca Donna)


Study Carrel aku & ana

katil aku.


serius aku cakap,
memang aku rindu sangat-sangat dengan zaman sekolah menengah.
terutama masa berada di
MAKTAB RENDAH SAINS MARA TAWAU.

tak tahu kenapa,
maktab tersebutlah yang menyimpan
1001 kenangan
dan masih segar dalam
ingatanku.

iyalah,
mana tidak,
24 jam akan aku lihat
muka yang sama, 
benda yang sama.

Masa awal-awal
masuk dulu,
aku mendaftarkan diri di sana
bersama bapa ku yang tercinta.

Muka aku layu semacam,
mata ku kuyu mengalahkan seekor penyu.
Tak dapat membayangkan diriku
akan berada di asrama,
menguruskan diri sendiri.
basuh baju sendiri.
gosok baju sendiri.
dan macam-macam lagi,
dengan sendirinya.

Aku menangis
tak berlagu di dalam hati.

lebih kurang 3 minggu
di maktab itu,
aku menjadi kurus,
dan tidak terurus.
Setiap minggu,
apabila mak aku datang,
mak aku akan cakap
"kurusnya kau nak! Ndak makan ka?"

sayu hatiku.
2 bulan berlalu,
keputusan peperiksaan juga 
agak bagus bagi ibu bapa ku.

Kemudian,
4 bulan aku habiskan
masa-masa ku 
di maktab itu.
dengan rutin harian yang sama,
yang begitu memenatkan.
Tiap hari, aku telefon
mak dan bapa aku.
sambil menangis dan menyatakan
rasa tekanan ku berada di tempat yang
bagaikan penjara mewah bagiku.

...............bersambung............


Monday, March 7, 2011

ada aku kisah?


anda cakap,
"bapa aku jutawan kat Malaysia."

ADA AKU KISAH?

anda kata,
"family aku semua pembersih, satu habuk pun tak mau tengok."

ADA AKU KISAH?

anda berceloteh,
"mak cik tu cakap aku lah contoh terbaik, 
pertama kali dia tengok perempuan ayu macam aku."

ADA AKU KISAH?

anda heboh,
"weyhh, bapak wa belikan wa kereta 
MERCEDES-BENZ SL CLASS lahh."

ADA AKU KISAH?

anda beritahu,
"tadi ada sorang awek cun gillerr nak mampoii 
jeling-jeling manja kat aku."

ADA AKU KISAH?

anda sibuk2,
"weyh, anak Makcik Rumput kahwin sabtu ni,
sebab dah terlanjur."


ADA AKU KISAH?

anda bangga,
"awek gua ahh.. manyak cantik, manyak seksi dan hot gituu, lepas itu ahh,
mak bapak duit keliling pinggang mahh, manyak ongg lah ini taun"

INGAT!
Tak semua benda
dalam dunia ni,
manusia-manusia
di sekeliling anda
menyukaiinya atau
senang mendengarnya.

Maka dengan itu,
cakap bila perlu.
Makin banyak cakap,
makin banyak dosa.

kadang-kadang,
aku pun suka cakap banyak-banyak,
tengok-tengok, 
orang sebelah dah terlena dengan cerita aku.

p/s: Maaf sekiranya terkasar bahasa.
KAMSAMIDA
(^_________^)

Thursday, March 3, 2011

Introducing you, IU.





Hutang? dah bayar?



Berbicara mengenai
HUTANG
ianya sangat umum

semua orang
tak akan terlepas
dari berhutang mahupun
memberikan hutang

yang juga dikenali
sebagai
PENGHUTANG
dan 
PEMIUTANG

Hutang bukan sahaja dari
segi duit dan barang,
malah,
dari segi perbuatan
mahupun kelakuan.

Kadang-kadang,
orang tak bayar hutang,
bukan sebab apa,
tetapi,
LUPA.

Maka dengan itu,
baik anda ingat2 semula,
ada tak anda 
berhutang dengan
orang,
belum bayar balik.

1.DUIT
orang kita, kalau hutang duit, si pemiutang tagih hutang dari si penghutang, penghutang akan cakap "aiyyhhh, adakah saya hutang sama kau? Bukan sudah bayar ka? sudah bah ndak silap saya.."


2.BARANG
"weyhhh, sabun wa lu pinjam tempoh hari lom ganti arh, wa nak gune apa ni, nak mandi, st0k sabun wa dah abis."
"pullakkkk.. bukan ngko cakap, ngko bagi halal je ke kat aku?"


3.PERBUATAN
"Tolong aku siapkan assignment aku beb, esok nak hantar lah! Please eh, minggu lalu kan aku dah tolong kau, kali ni, kau pulak ye?"
"Ohh! Tak ikhlas rupanya kau tolong aku."


Kesimpulannya, bayar hutang anda sekarang, jangan tunggu lama2. Cukai kepala, cukai pintu, saman, hutang dengan along dan macam-macam lagi hutang yang anda buat. 

p/s: Jika saya ada berhutang dengan anda, ingatkan saya.

KAMSAMIDA!
(^________^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...