Wednesday, April 27, 2011

Siapa cakap aku tidak berhati perut?

Perut ada hatikah?
atau hati ada perut?

ANDA fikir sendiri lah yah?

kenapa?
anda ingat aku kejam kah?
OUH! TIDAK SAMA SEKALI.

Biasanyalah,
kalau anda pergi lepak-lepak,
minum-minum dengan aweks ke,
dengan bapuk ke,
yang penting lepak lah,
menghabiskan duit mak bapak anda,
tanpa rasa belas kasihan sedikit pun,
(hiperbola yah kenyataan aku).

Sesuatu yang normal,
kalau anda dengan khusyuk & tawadduknya 
bercerita & mengumpat
orang-orang lain,

TIBA-TIBA,
datang seorang anak kecil,
ataupun mamak budak yang mendukung bayinya,
ataupun anak remaja yang sihat fizikalnya,
berpakaian lusuh,
muka comot,
agak berbau,
berselipar jepun,
sambil tadah tangan minta duit dengan anda.

Kalau aku,
DULU-DULU,
aku bagi saja 20sen, 50sen,
apa-apa lah duit sen yang ada,
yang penting budak tu dapat,
lepas tu pergi.
KESIAN JUGAK dengan nasib mereka.

TAPI SEKARANG,
aku buat-buat tak tahu,
tapi dalam hati,
rasa ingin menangis,
kerana ketakutan.

KENAPA?
anda nak cakap aku tak berhati perut?
yah. silakan!

TAHUKAH ANDA?
aku telah mengalami satu peristiwa,
di mana, seorang budak kecil berumur sekitar 9 tahun,
datang ke meja makan keluarga aku di sebuah restoran di tepi pantai,
dia minta duit,
BAPA AKU LARANG BAGI.
tapi mak aku bagi duit pada budak tu.

habis keliling satu restoran tu,
setiap meja yang dia pergi,
satu orang pun tak bagi duit pada budak tu.
(AKU PELIK. SERIUS PELIK)

TIBA-TIBA,
budak tu datang semula,
minta duit lagi,
kemudian bapa aku cakap,
"Tengok budak ni, tadi kan bapa bilang nda payah bagi. Beginilah perangai dorang ni."

Bapa aku panggil pelayan restoran 
suruh bawa budak tu pergi main jauh2,
serius cakap, 
siapa berselera makan dengan ada budak macam gitu,
ada bau2 lagi,
tangan dia dekat dengan tangan aku,
memang kotor lah.
(bukan menghina yah, ni kenyataan)

Apabila pelayan restoran tu panggil budak tu,
dia tak mau lari.
dia berdiri jugak di situ.
tak mahu berganjak.
masih nak minta duit.
Terus pelayan restoran tu tarik budak tu,
budak tu duduk di lantai,
lepas tu,
dia menangis,
dia maki hamun keluarga aku.
(TENGOK tu. budak tak pandai bersyukur! siap sumpah2 lagi)

SERIUS CAKAP,
MEMANG MALU.
banyak orang yang tengok.

ADA SATU LAGI PERISTIWA,
ni bukan aku alami,
tapi mak dan kakak aku,
di pasar raya beli belah,
di luarnya,
ada  dua orang remaja sihat tubuh badan,
dia minta duit dengan mak aku,
mak aku pun nak bagi lah,
tapi lama jugak mak aku cari duit syilling dalam beg dia,
dengan tidak sabar & tidak berperikemanusiaan budak2 remaja itu,
mereka TARIK TUDUNG mak aku,
lepas tu LARI.

KALAU ANDA KE SINI,
tempat aku,
TAWAU, SABAH.
memang banyak budak-budak peminta ni.
Kebanyakan mereka tak da surat (surat sah menetap di Malaysia).

kalau budak-budak ni minta dengan baik,
aku pun kesian jugak dengan dorang,
tapi kalau dah main tarik-tarik baju orang,
main sentuh-sentuh tangan orang,
main paksa-paksa,
tak berhenti-henti,
siapa tahan kan?

NASIHAT AKU,
tak payah bagi dorang duit.
ITU SAMA JUGAK KITA
bagi dorongan & galakan untuk mereka terus melakukan kerja-kerja sedemikian.

KALAU kurang upaya memang kesian jugak la,
ni sihat tubuh badan, 
minta-minta dekat orang.

Wednesday, April 20, 2011

Turun 5KG !~!~!

Yiippiieeee!!
ha'ah!
siapa cakap aku turun 5KG?

Sekarang,
anda cari aku di Tawau ni,
anda google earth rumah aku pun tak pa,
no hal punya.

Lepas tu,
anda intai-intai lah aku melalui
GOOGLE EARTH tu,
apa jadi sama aku.

YES!
Kalau anda ikut jugak
apa yang aku terangkan sebentar tadi,
anda memang ada masalah ya!
SERIUS anda ada masalah!

Untuk pengetahuan,
anda semua pembaca,
aku termasuk dalam carta
OVERWEIGHT sedunia.

Tak percaya?
BETUL LAH.

aku termasuk dalam tahap pertama,
OVERWEIGHT.
maksudnya di sini,
aku di tahap pertama.
semua ada empat tahap ya?

Kenapa?
Masih tak percaya.
Tak pa.
Kejap lagi, 
aku tunjukkan dengan anda semua,
bahawasannya,
aku memang naik 5KG sejak keluar dari asrama.

HAHAHA!
Bangga ni nak tunjukkan pada anda semua.

OVERWEIGHT?
sebab apa?
sebab, berat badan aku tak seimbang dengan tinggi aku.
maksudnya,
kalau aku rendah lagi,
aku berada di tahap ketiga OVERWEIGHT.

Kalau berat badan aku seimbang dengan tinggi aku,
maksudnya,
HEALTHY WEIGHT!

SEKARANG NI,
aku dalam misi untuk mendapatkan pingat
HEALTHY WEIGHT!

Kalau anda cakap,
kenaikan berat badan aku sangat terlampau,
silakan.

AKU TAK MARAH PUNYA.
jangan tekejut kalau terserempak dengan aku di bandar!
hahaha!




Orang-orang kalau jumpa aku,
pasti akan cakap,
GENDUT, GIANT, BESAR!

Jaga lah kamu ahh!!

KAMSAMIDA
(^___________^)

Monday, April 18, 2011

anda dengar anda menyesal.

Salam.
Aniyasayo Dogja.

aku nak cakap pasal benda ni.

KITA SELALU,
dengar apa orang cakap.

.....................................................

Orang cakap macam ni,
"Weyh, cantik lagi kalau kau make-up macam Lady GAGAHH dari Taylor Swift! serius gyla ni, cantik!"

anda bagi respon,
"Betul bah? Bah2. Ti saya ubah ah!"

.......................................................

Orang selalu cakap,
"Gilerr tau, course ni susah... memang tak ble nak carry lah! Bole wat orang jadi giler taw tak? susah doeee!"

anda akan tanya,
"Betul ke susah? iehh.. takut plak aku, tak nak lah amek course ni!"

.........................................................

Orang cakap kat anda,
"Kau tau? Justien Bieber tu rupanya seorang tua bangkak nak mamposs!! tinggal tunggu hari je nak mamposs!! Baik kita countdown sekarang!"

anda mula bereaksi,
"Wahhhhhh!! Betul bah? Ti sy mau post di blog lah! Nda sabar ni!"

....................................................

Orang berbicara dengan anda,
"Adik, adik ni mesti pelajar kan? Hah! Tengok ni, abang ada produk khusus untuk pelajar macam adik. Produk ni disarankan oleh Prof dari University Harvard tau. Adik makan setiap hari, adik boleh dapat no 1 di sekolah setiap kali peperiksaan, bahkan adik boleh jadi pelajar cemerlang MALAYSIA. Cubalah dik, murah saja tau!"

Anda dengan muka excited mula berkata,
"Uihhhhh!! Betul ke bang? Boleh no 1? Wah! Nak, nak. Nanti saye pujuk mak saye."

....................................................

Orang cerita kat anda,
"Kau tauuuuu. Di belakang asrama kita ni, ada pokok, namanya pokok jeng2. Di situ ada seorang perempuan tua, rambutnya panjang sampailah padang sekolah kita, kalah sudah Rapunzel, setiap jam 12 pagi dia muncul di situ, tengok2 asrama kita, kira dia ni macam pak guard lah, tapi dia minah guard. Jadi, kau hati2 lah kalau terbangun malam, jangan pergi tandas, tidur balik!"

Anda dengan muka takut dan suara bergetar-getar berkata,
"Betul ka jugak cerita koe ni? Iyalah. Saya tahan sja lah kencing saya kalau mau terkeluar!"

......................................................

TENGOK TU!
aku tahu,
benda ni,
semua orang alami.

Dalam hidup kita ni,
memang tak sah kalau tak dengar cakap orang.
memang tak sah kalau tak terpengaruh dengan cakap orang.


Kadang-kadang,
orang suka cakap itu dan ini kepada kita
sekadar untuk menjatuhkan semangat dan maruah diri kita.

Memang tak salah kalau dengar cakap orang,
tapi,
kalau kata-kata itu menjatuhkan semangat anda?

Maka dengan itu,
yakin pada diri sendiri,
jangan terlalu ikutkan kata-kata mereka yang tidak membawa faedah ni.

p/s:: nanti anda merana macam pakcik kat atas ni.

!KAMSAMIDA!
(^__________^)

Saturday, April 16, 2011

Malaysia Airlines.


 Salam.
Aniyasayo Dogja!.
Minggu lalu (sabtu) aku baru balik dari 
KOTA KINABALU.

dan
aku menggunakan penerbangan
MALAYSIA AIRLINES (MAS).

Dah 6 tahun lamanya,
aku meninggalkan perkhidmatan
Malaysian Hospitality (MH) iaitu MAS.
Sejak kehadiran sistem tambang murah AIR ASIA.
Terakhir kali aku guna
perkhidmatan ni waktu aku darjah 5 dulu.
Lama jugak yah tuan2 dan puan2.
Sampai bridge MAS kat TAWAU AIRPORT ne pon dah buruk 
aku tengok sebab orang2 TAWAU pon sama macam aku jugak,
tak gunakan khidmat MAS ni setelah sekian lama.

Dulu aku selalu naik MAS ni,
waktu pegi KK & Sandakan.
Masa tu, baru tadika lagi kowt.
Tak tahu pulak masa aku masih
BABY,
aku tak tanya lah mak aku.
Awal lah jugak naik flight ni,
tapi,
ketakutan dalam diri ini,
tuhan sahaja yang tahu.

KECUT PERUT beb!

Naik MAS ni,
segala-galanya selesa.
KERUSI pun empuk tak macam AIR ASIA tu!
dan tak payah susah-susah 
nak gali-gali dompet cari duit
untuk beli makanan yang harganya mencekik darah!
semuanya tersedia.

Bunyi enjin flight MAS ni,
elok sahaja banding dengan AIR ASIA.

Sistem pun lagi cekap lah.
YANG PASTI,
MEMANG BAIK PUNYA LAH!


antara semua class dalam MAS,
aku tak pernah naik FIRST-CLASS lagi,
(tanya Rehan lah macam mana pengalaman naik first-class)
selalu naik Business Class & Economy Class sahaja.

Waktu aku kecik-kecik dulu,
aku selalu minta kad 
(yang orang buat main magic tu),
tak tahu nama specific nya okeh,
senyum lebar sahaja pramugari tu bagi aku.
Kadang-kadang,
aku minta selimut.
hwa3! Anda buat lah apa sahaja
dan minta apa yang ada kat MAS tu.
FA dia akan bagi.
CONFIRM tak reject!

FA MAS,
yang dulu-dulu lagi
LAWA+CANTIK/HENSEM.
Sekarang,
macam tak kowt.

Serius cakap,
banyak pro & kontra nya lah
yang dulu & sekarang,
MAS punya perkhidmatan ni.

sekarang lagi best kowt 
guna perkhidmatan MAS/MH ni,
boleh check in guna IPHONE.
ada tempat makan MAS, 
REST & GO,
dan macam2 lagi
sebelum anda berlepas ke destinasi yang hendak dituju.

maka dengan itu,
pilihlah perkhidmatan MH/MAS.

Kalau anda nak tahu,
MALAYSIA AIRLINES 
ni antara penerbangan terbaik dunia!
Yang aku ingat dulu, tahun 2005 MAS no 5 seluruh dunia.
Baru-baru ni aku tengok kat majalah MAS, dalam kapal terbang tu,
MAS no 10 seluruh dunia bagi tahun 2010.
Memang dari dulu MAS
tak pernah lari lah dari top 10.
ASIANA AIRLINES (SOUTH KOREA) no 1 okeyh!

MAS juga ada menang award,
STAFF SERVICE EXCELLENCE AWARD 
&
BEST ECONOMY CLASS
dalam WORLD AIRLINE AWARDS
(2010)


TERBAIKKK LAH!

Apa-apa pun pasal MAS ni,
anda boleh rujuk kat apps IPHONE,
seperti,
MHmobile & MHdeals.
atau terus ke laman rasmi MAS.

p/s: HP mestilah dalam keadaan "FLIGHT MODE"

SELAMAT MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN 
MALAYSIA AIRLINES (MAS)!


~KAMSAMIDA~
(^_________^)

Friday, April 15, 2011

Mereka yang kerja keras.



Salam.
Aniyasayo Dogja!
Hari ni aku nak buat entry pasal.
MANUSIA-MANUSIA 
yang bekerja keras.

Dah lama jugak aku nak tulis entry ni,
tapi selalu lupa lah.

Maka dengan itu,
baru-baru ni,
ada pakcik potong rumput kat rumah aku,
jadi,
aku sempat curi-curi tangkap gambar dia.
(takkan aku tangkap gambar depan2 muka dia beb, kecik hati dia)

Kalau kita teliliti lah manusia-manusia macam ni,
ada orang akan cakap,

"KESIAN ORANG NI"

ada jugak yang akan cakap,

"HAH! TU LAH, DULU2 TAK BELAJAR SUNGGUH2! PADAN MUKA!"

ada jugak yang cakap macam ni,

"NI SENGAJA SAJA MAU CARI SIMPATI ORANG! PUNYA BANYAK KERJA DI BANDAR TU!"

Lihat,
tu lah yang pada kebiasaanya,
akan keluar dari mulut kita,
betul atau tidak?

aku nak tanya anda pembaca,
kenapa orang yang kerja keras dia lebih,
bekerja di luar menghadap matahari,
gaji dia cukup-cukup makan sahaja.
Kenapa?

Kalau anda nak tahu,
pemotong rumput, pemungut sampah,
pengira bil kereta, pembantu rumah,
tukang cuci kereta, 
dan banyak lagi,
mereka inilah yang bergaji rendah.

Tapi,
kebanyakan daripada mereka inilah,
yang mempunyai hati yang nurani
serta budi bahasa yang tinggi.

Tak percaya?
Kalau anda ke kedai handphone,
minah-minah kedai tu sibuk bersolek-solek,
kemudian anda tanya,
"Kak, ada top up celcom rm5?"
Minah tu cakap,
"Tak da!"
dengan muka yang malas melayan.
anda cakap,
"Terima kasih ya!"
dia balas dengan senyuman sinis.

Ni yang aku SELALU alami yah para pembaca,
tak tahu pulak kalau korang selalu di layan dengan
BAIKK PUNYYEEEEE!

Aku pergi pasar,
tolong mak aku beli sayur,
aku tanya kakak penjual sayur,
"Kak, sayur kangkung ni berapa?"
kakak tu jawab dengan senyuman,
"Oh, tu RM1 seikat dek."
Aku cakap,
"Bah, sy beli kak."
Kakak tu cakap,
"Kakak jual! Terima kasih yah dek!"

Hah!!
Tengok-tengok!
Sama jugak, penjual ikan pun macam tu,
punya baik dan berbudi bahasa layan orang.
Ni benda aku lalaui sendiri ok!

Ada spekulasi kita yang mengatakan,
dorang ni tak belajar sungguh-sungguh dulu,
tu lah macam tu.
AMBOI!
ingat semua orang yang macam tu,
zaman dulu-dulu dia, dia bengap ke?
Biasanya yang aku tahu la,
dorang ni dulu ada masalah surat,
padahal pelajar terbaik sekolah,
ada jugak yang, 
ada masalah kewangan sampai tak boleh sambung menengah,
dan
muda-muda lagi kena kerja untuk makan minum satu keluarga.

Sekurang-kurangnya,
walaupun dorang ni tak lah tinggi mana pun gaji dorang,
namun,
mereka masih tetap berusaha keras 
untuk mencari rezeki yang halal hingga
bermandikan peluh di panas terik,
kadang-kadang
bermandikan hujan.

RENUNG-RENUNGKAN!
KAMSAMIDA.
(^_______^)


p/s: ni waktu hujan rintik-rintik, dia masih teruskan kerjanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...