Sunday, July 31, 2011

Ni kali ke-2 kowt aku post pasal RAMADHAN.


Assalamualaikum w.b.t.
Bila cakap soal ramadhan,
banyak yang dah buat persiapan.
Tak kira umur berapa pun.

sedangkan sekarang di FACEBOOK,
berapa ramai manusia yang buat event 
SAHUR dan macam2 lagi.
Bagus jugak budak2 ni, maksud aku,
manusia2 sekarang ni,
saling mengingatkan bahawa,
ramadhan akan datang tak lama lagi.

Dan bila kelmarin,
aku teman mak aku pergi beli barang2,
pergi pasar beli ikan dan sayur.
Lalu depan pasar sayur yang besar tu,
tiba2 aku tengok satu banner besar,
kata2 itu memberi maksud yang tersirat.
Orang yang baca & faham betul2 sahaja yang faham dan berfikir.

Yah,
aku terfikir.
berapa ramai umat ISLAM yang tidak menghormati bulan tersebut.
ada jugak yang ISLAM, tapi tak puasa,
duduk minum2 kopi di kedai kopi CINA.
ada jugak dengan bangganya,
isap rokok di depan khalayak ramai.
Ada pula yang remaja, 
beramai-ramai membawa minuman sambil berjalan-jalan keliling bandar.
ada yang mengaku bukan islam,
makan2 di KFC, MCD dan sebagainya.

Bagi aku lah,
kalau anda tu tak puasa disebabkan keuzuran iaitu uzur syari'e.
atau pun tak puasa disebabkan kemalasan dan sebagainya.
Tak payah tunjuk-tunjuk dengan penuh bangga yang anda tu tak puasa.

Sesungguhnya,
BERPUASA itu rukun ISLAM yang ke-3.
yang pertama dan ke-2,
iaitu mengucap dua kalimah syahadat dan SOLAT 5 waktu sehari semalam.
tiga-tiga itu adalah wajib bagi seorang ISLAM.
Sekian harap maklum dari aku,
peringatan buat semua yang di luar sana termasuk diri aku sendiri.
Betulkan aku kalau ada yang tersilap.

(^_______________^)
p/s: maaf sekiranya terkasar bahasa.


Wednesday, July 27, 2011

Ramadhan!

Assalamualaikum w.b.t
Bulan Ramadhan akan bermula tidak lama lagi.
Ramai dah yang buat persediaan menyambut ramadhan al-mubarak ni.
Aku pun tak sabar-sabar dah ni.

Tahun ni lain sikit daripada tahun sebelumnya,
kira keseluruhan bulan ni,
aku akan bersahur dan berbuka puasa dengan semua ahli keluarga ku.
Sebelum ni tidak, ala maklumlah tinggal di asrama.
Kakak aku pun Uni, abang aku pun sama.

Seronok jugak waktu berpuasa di asrama dulu,
sahur ramai2, buka puasa ramai2, buat ibadah ramai2.
ada jugak bazaar ramadhan.
Yang paling aku ingat masa,
nak berbuka tu,
kitaorang ditugaskan untuk menyediakan makanan bermula jam 5 petang di dewan selera.
Setiap hari, mengikut homeroom, berganti-ganti bertugas mengikut jadual.
Gembira tidak terkata!




Kalau dah akhir2 ramadhan tu,
dah nak balik kampung masing2 untuk menyambut kedatangan syawal pulak,
mulalah,
aktiviti berbuka puasa di luar maktab.
macam2 lah kertas kerja yang datang di bilik HEP.
Perasaan keluar maktab tu, susah nak digambarkan dengan kata2.
Ibarat, banduan keluar dari penjara.






Memang tak boleh lupa lah kenangan bersama kawan2 aku ni.
Mudah-mudahan, sempat lah aku menyambut ramadhan kali ini.
Begitu juga dengan keluargaku, guru2 ku serta rakan2 ku.
Moga-moga dirahmati Allah S.W.T. 
INSYA-ALLAH!!!



Akhir sekali,
bulan ramadhan itu bulan yang mulia.
Maka, wahai saudara seISLAM ku semua.
Mari kita manfaatkan bulan ini dengan membanyakkan
ibadah dan amal jariah.

Walaupun begitu,
dalam begitu seronok2 menyambut ramadhan,
bersahur dan berbuka bersama keluarga,
jangan sesekali kita lupa pada saudara seISLAM kita,
yang berada di luar sana yang masih ditindas
dan berada dalam kebuluran.
Peringatan buat semua termasuk diri ku sendiri. 

p/s: maafkan saya jika ada salah dan silap sepanjang saya menjalani hidup ini. :)

Tuesday, July 26, 2011

SILA SEDAR DIRI~!


Assalamualaikum!
Pagi2 ni mesti semangat!
Tak boleh lemah longlai macam jelly2 tu.

Pagi ni aku nak cerita pasal?
yah!
tepat sekali.
Pasal pemandu2 yang berhemah.

di perincikan kepada,
pemandu bas awam atau, di sini lebih sinonim dengan nama
BAS BERHENTI-HENTI.

Sungguh aku cakap,
pemandu2 bas ni,
kebanyakannya bawa bas dengan tidak ada langsung sopan santunnya,
malah belagakkkk hebat.
Kadang-kadang aku tanya diri aku,
dorang ni sedar kah tidak dengan badan dorang yang besar lagi panjang?

Aku tak kisah sangat lah pasal saiz dorag ni,
tapi, perangai bas ni.
Ya ALLAH, tuhan sahaja yang tahu.
Aku ni memandu sepanjang masa beb!
maka, tahulah aku keadaan yang sebenar-benarnya.

Sebelum dapat lesen,
kita akan belajar signal 3 saat atau lebih sebelum memotong atau belok ke mana2 yang anda suka,
malangnya, kebanyakan bas (aku tak kata semua),
suka hati dorang mahu potong, mahu belok.
Aku ni yang lemah jantung hampir terlanggar bas gaban2 ni.
Kalau kereta aku besar macam bas dorang tu,
sudah aku langgar.

Bukan itu sahaja okay,
bas ni suka berhenti di mana2 sahaja,
aku tahu lah nama bas tu, BAS BERHENTI-HENTI,
tapi, agaklah.
Suka hati pemandu bas ni mahu berhenti di mana,
hentian bas tak da pun, dia berhenti juga.
Tak ada jugak aku tengok papan tanda perhentian bas di situ,
dia berhenti jugak.
Baaapppaaakkkkkkk!!!
Ni namanya, menyekat perjalanan lalu lintas.
Kalau aku lawyer, aku bawa jugak dorang ke mahkamah ni.
Memang lah dorang mau cari rezeki, tapi mana boleh PENTINGKAN DIRI.
sendiri mahu sedar mahhhhh. 

Kalau nak di banding dorang ni dengan lorry GAJAH,
aku lagi hormat & salute lah pada lorry ni.
Sungguh berhemah, berhati-hati.
HUMBLE pulak tu.
Ni badan lagi besar ni dari bas,
tapi DOWN-TO-EARTH lah orang kampung aku cakap.
Kalau anda nak cepat, lorry ni boleh tahu.
Pandai pulak dia pergi lorong kiri.
haha. Lawak yah!

Okey lah,
aku berharap dan berdoa,
moga-moga,
ada lah pemandu2 bas (tawau terutamanya) di luar sana yang celik IT lalu baca BLOG aku ni.
Selepas itu, sedar diri tentang kritikan dan komen yang aku berikan.
Walaupun sikit, tapi nilainya sangat bererti buat masyarakat di luar sana.

sekian, KAMSAMIDA
(^________________^)

p/s: maaf sekiranya terkasar bahasa, saya juga manusia biasa.

Thursday, July 21, 2011

Kanak-kanak Punya Zaman :DD

Assalamualaikum.
Aniyasayo dogja.
Yah! lama jugak aku tak update blog ni.
Maklumlah, sangat sibuk yah.
Sibuk yang teramat sangat.

 (aku & adik)


Kanak-kanak punya zaman.!
Masa aku kecik dulu,
memang saat2 yang paling indah lah pernah aku lalui.
Banyak benda yang aku buat, mak bapa aku tak marah p0wn.
kan bagus tu?

Masa tu,
aku selalu keluar rumah,
awal pagi dah keluar main sampai lah maghrib.
Balik rumah pun untuk makan sahaja.
Tu pun kalau sempat lah.
Banyak permainan lah aku main,
main guli, layang2, khemah2, masak2, sorok2, lempar selipar, kayu lelek 
dan banyak macam lagi.
(maafkan saya, separuh drpd mainan tersebut, mungkin anda x pernah main)
Aku tak kira lah terik mana panas si matahari tu,
aku main jugak dengan penuh semangat.
Tapi kan,
budak2 zaman sekarang,
phehhhhhhhhh!!!
main game di IPHONE, facebook, dengar MP4, phot0graphy.
Hah, pokoknya, semua yang canggih2 ni dorang bolot.
Memang tak boleh belahhhh budak2 sekarang ni.

Masa aku kecik jugak,
aku bawa bekal ja pergi sekolah.
tadika, sekolah rendah.
Bukan apa, bapa aku cakap,
makanan dari rumah ni, terjamin kebersihannya.
Tu sebab, aku tak pernah beli makanan di kantin.
Sampai waktu di MRSM, 2 hari aku tak makan di dewan selera,
Lepas tu,
Aku mula lah belajar2 beli makanan dari kantin sejak masuk MRSM.
Kalau tak, alamat mati lah.

Masa aku kecik, aku bawa bekalan.
Anak orang sekarang,
budak sekolah rendah pun,
RM10 sehari, ambek engkau!! : D

Masa aku kecik2 jugak,
aku selalu melancong,
Pusing2 Sabah lah yang banyak.
KL tu masa darjah 5.
Banyak lah aktiviti keluarga yang bapa aku selalu rancang.
Gembira tidak terkata lah masa tu.
Bapa aku selalu jugak bawa kami sekeluarga tengok wayang,
Boleh kata, setiap hujung minggu.
Last2, aku dan adik-beradik yang lain tidur dalam panggung tu.
hehe : )


(abang)

(kakak & aku)

(adik)

(sepupu, sepupu, abang)

(abang & kakak)




(bapa)

(abang & adik)

(adik & mak)


YANG PASTI,
ZAMAN KANAK2 PALING BEST!
(^____________________^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...