Saturday, October 29, 2011

Bumi Mesir (bahagian 2)

Assalamualaikum.
cukup lama jugak aku tidak post apa2 kan?
Tapi,
kali ni, Insya-ALLAH.
ada jugaklah.

Ni lagi, kisah aku di bumi para Anbia.

Hari tu, 
1 Oktober 2011.
senior PCT bawa kami2 para junior,
JAULAH (LAWATAN)
"KEMBARA MAKRIFAH"
ke

Masjid Sultan Hassan @ Masjid 4 Mazhab

(muka gembira tidak terkata di hadapan pintu masuk masjid yang tertinggi di MESIR)



(INFO: Dibina oleh Sultan An-Nashir Hassan bin Muhammad Al-Qalawan pada tahun 757H/ 1421M. Mendapat julukan masjid yang termahal di antara masjid2 di Mesir. Keistimewaanya, dindingnya yang begitu tinggi & pintu masuk masjid ini dipercayai merupakan pintu masuk tertinggi di Mesir. Fungsinya, sebagai tempat ibadat dan sebagai madrasah 4 mazhab Fiqih iaitu Syafi'e, Maliki, Hanafi, Hanbali.)


 PIRAMID GIZA


(harga tiket masuk 30 LE)








p/s: nampak? kaki aku dah pijak tempat, satu daripada tujuh keajaiban dunia. :D

(INFO: Piramid Giza atau lebih dikenali sebagai piramid agung Kufu. Salah satu daripada tujuh keajaiban dunia yang tertua dan yang terakhir yang masih tinggal. Dibina sebagai makam untuk Firaun Kufu dan siap dibina sekitar tahun 2580 SM selama 20 tahun. Memegang rekod struktur tertinggi di dunia yang dibina oleh manusia hampir 4000 tahun. Suhu dalam piramid tetap walaupun suhu diluarnya berubah, ini bagi membolehkan pengawetan mumia dibuat.)

KUBU SULTAN SALAHUDDIN AL-AYUBI




(INFO: Kubu ini dibina oleh panglima perang (Salahuddin Al-Ayubi) tersohor pada 1183 untuk mempertahankan Kaherah daripada serangan musuh khususnya ketika perang salib. Sultan Salahuddin mempunyai 4 kubu. Kubu pertahanan utama & terbesar terletak di Kaherah, Mesir. Kubu yang lain terletak di Taba, Jordan & Syria)


Setakat ni,
memang sangat BEST,
aku sangat gembira dan bersyukur.
Iyalah, bila kita sudah pijakkan kaki di negara orang ni,
rugi jugaklah, kalau kita tidak memanfaatkan peluang yang ada.
Dengan peluang itu,
kita dapat banyak pengalaman dan banyak ilmu.

Itulah sebabnya,
kenapa melancong boleh mendapat tempat di dalam
carta HOBI aku.

Aku tidak berapa suka sangat jalan2 ni,
tapi aku suka dan sangat suka jalan bila,
jalan itu memberi kesan dan makna pada diri aku.



Monday, October 10, 2011

Bumi Mesir (bahagian 1)



Assalamualaikum w.b.t
Apa kabar semua?
Harap2, semua sihat2 belaka.
Ok, Alhamdulillah.
Aku sudah selamat sampai di bumi Mesir.
Seperti kata senior,
Sebelum aku menjejakkan kaki di bumi Mesir ini,
Iaitu “expect the worst”
Dan segalanya benar2 berlaku.
Apa yang aku mampu ceritakan hanya sedikit sahaja,
Biarlah yang lain menjadi rahsia aku dan kawan2 di sini.
Kalau rasa2 ingin tahu, sila lah datang ke Bumi Mesir.
(^_____^)





Seperti biasa,
Kalau kita berada di tempat orang,
Semestinya ada kekangan bahasa.
Maklumlah, MOU hanya menggunakan bahasa Inggeris untuk sesi pemebelajaran.
Jadi, hal yang harus di risaukan adalah,
Bahasa arab untuk bermuamalat dengan orang Arab di sini.
Diorang tidak guna bahasa Inggeris.
Bila anda cakap bahasa Inggeris, beliau akan cakap Bahasa Arab.
Seperti Ayam dengan Kambing.
Kan??
Jadi, senang lah diorang tipu kita dalam urusan jual-beli.
Jadi? Hati2.

Pengalaman2 di minggu pertama,
Masa aku naik bas hari tu,
Sorang Mak Arab suruh aku duduk sebelah beliau,
Lepas tu,
Dia tanya jam berapa? Dalam bahasa arab.
Aku pun terkial-kial.
Bila dia tunjuk jam aku,
Baru aku faham.
Tapi, masalahnya, jam tangan aku, tidak setting lagi. Masih ikut jam Malaysia.
Terpaksalah aku tolak 6 jam lagi.
Agak lama jugak Mak Arab tu tunggu.
Barulah aku cakap Arba’ah.

Masa di Supermarket plak,
Nama tempat tu Fathalla,
Sana, budak2 Malaysia selalu beli barang2 untuk rumah.
Masuk saja market tu, tengok semua staff dia, LELAKI.
Siap pakai Kemeja dan berneck-tie lagi.
Masa cari2 barang, tiba2 pak arab tu cakap dekat aku,
“SELAMAT DATANG”.
Haha. Lucu jugak lah masa tu.
Aku cakap saja lah “SYUKRAN”.
Yang peliknya, masa membuat bayaran di kaunter.
Pak arab tu ganas gila, dan sangat tangkas tahu?
Barang anda di ambil cepat2, masukkan dalam beg plastik kemudian di campaknnya di tepi.
Aku pun, apa lagi. SANGAT2 TERKEJUT.
Lepas tu, masa keluarkan duit genih pun salah. Aku bagi 20 genih.
Padahal 10genih 30 nus saja.
Ya lah kan, aku ni masih tidak faham lagi dengan sistem genih bagai ni.
Pak Arab tu pun marah lah jugak, sebab dia pun sibuk.

Mahu tahu lagi pengalaman baru aku?
Haha.
Negara Mesir ni,
Sinonim dengan HON.
HON bah, HON kereta? Faham?
HON tu macam tanda salam lah,
Atau pun, “saya tumpang lalu”,
“saya mahu lalu”, “bagi laluan dulu” ,
Pertama tengok, macam LUCU jugaklah,
Dan sangat2 PELIK.
Seluruh bandar tu, berkumandang dengan HON sahaja.
Tapi diorang tak gaduh pun. Dan, kereta2 mewah, kereta2 buruk, semua sama taraf.
Banyak sangat calar dan berdebu.
Lagi pun, di sini, tak ada langsung traffic light.
Ada pun di area Cairo atau Alex.
Paling banyak pun 3 di Mesir ni.
Di jalan raya tu lah, kuda, keldai, bas, teksi, semua ada. Haha.
UNIK KAN? Hehe.
Orang Arab ni,
Kalau anda jumpa yang baik,
Memang sangat baik,
Tapi kalau yang ganas,
Memang sangat ganas.
Yang hebatnya mereka ni,
Sentiasa beri salam,
Walaupun mereka tidak kenal orang tu.

Jadi, sepanjang 14  hari aku berada di sini.
Alhamdulillah. Boleh survive.
Sebab, senior2 di sini, sangat2 BAIK & PRIHATIN.
Mereka sambut kami dengan mesra.
Memang, ukhwah tu sangat utuh lah.
Aku pun sangat gembira dengan sambutan mereka terhadap kami JUNIOR2.
Mudah-mudahan jasa baik mereka akan terbalas hendak-Nya.
Semoga mereka sentiasa diberkati ALLAH S.W.T.
Insya-ALLAH.
(^________^)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...