Saturday, March 31, 2012

paksaan

Memaksa, Dipaksa, Terpaksa, 
dan kemudian merana.
Hwaaaaaaaa..... Aku sangat merana.

Assalamualikum w.b.t
sila lah jawab salam saya wahai anda2 semua.
Kalau ada lah yang baca kan?
Jangan harap lah kan?
hahha.

Sesungguhnya, aku manusia biasa yang,
tidak suka memaksa,
tidak suka dipaksa,
dan terpaksa.

SUNGGUH AKU TIDAK SUKA.
Kadang2, aku tertanya-tanya,
kenapa perlu kau manusia tolong aku?
jika, bukan keikhlasan yang hadir,
cuma mengharapkan balasan suatu hari nanti.

Aku kadang kala tu,
tidak suka sangat orang yang TERLALU baik,
sampai semua benda dia mahu tolong.
semua benda pun dia sanggup.
Tanpa berkata mungkin mahupun tidak sekalipun.
Aku tak tahu, yang kau tu, baik atau pun sekadar bajet2 sahaja.
ADA UDANG DI SEBALIK BATU.

Cop2, kejap,
sebenarnya, aku tidak berapa berkenan dengan peribahasa di atas itu.
Kenapa perlu udang? kenapa perlu batu?
macam tak ada kena mengena jugak. kan? macham lah.

Bagi aku, senang cerita lah.
Kalau aku cakap tidak. maka, tidak.
Kau tak perlulah memujuk rayu aku,
main saiko2 bagai,
main kata2 punjangga.
Nanti aku bagi penampoo karang.

Yalah. sejak akhir2 ini,
ramai jugak aku jumpa manusia2 macham ni.
Rimassss tahu?
Mula2 baik sama aku, baik yang amat. SUMPAH memang baik.
Terharu weyh *ececece.
tengok2, dua minggu kemudian,
"Muniza2, boleh tolong tak? bla2 bla2, bila lagi? masa ni lah awak nak belajar bla2."
"maaflah, saya sibuk. lagi pun, saya nda mahu lah."
"Alaaa, bukan selalu pun, bla2"
bahagian ni aku tak suka,
mulalah masukkan ceramah2 beliau,
main saiko2.
Iieessssssshhhhhhhhh!!!

Geram,
menyampah.
Bukan aku tak mahu tolong pun, 
kalau aku cakap sibuk, sibuk la.
aku cakap tak mahu. tak mahu lah.
Sila lah faham.

Lain kali,
kalau kita nak buat sesuatu,
jangan di iklankan dahulu,
sila la pastikan semua benda yang hendak dilaksanakan itu sempurna.
setiap inci ditelitikan. Jangan tertinggal walau satu pun.
INI, banyak benda tak sempurna lagi,
sudah panggil orang ramai.
"datang ramai2".

Lepas tu masa tu baru sibuk2 mahu cari tu lah cari ini lah.
Akhirnya, jumpa aku,
cakap bla2,
bagi alasan, ini tak cukup itu tak cukup, benda ni mesti dilaksanakan jugak, sebab dah panggil
orang, nanti apa kata orang.
Ohhmaiiiiii..
Kenapa tak fikir benda2 tu semua sebelum ni?
Saja ja kan pancing2 aku?

INGAT AKU UMPAN?

Thursday, March 29, 2012

tipu daya

Assalamualaikum.
Hari ni hari rabu. Kelas habis awal.
aku rasa malas yang amat sangat untuk belajar.
Penat lah dari jalan.
Unta pon sama penat pikul aku yang berat macam gajah ni.

Hari ni aku banyak pokpekk pasal seseorang.
bukanlah pakwe atau minah sebelah rumah hang mahupun makcik joyah kaki gossip di kampung kome.
cuma, seseorang yang tidak 
ada kepentingan dalam hidup aku, mahupun hidup anda.
Kira macam, 
masak nasi, tiba2 hangus2 tahap dewa, kau buang terus nasi tu.
Muahahaha.. perumpamaan apa lahhh!!

kepercayaan sangat sukar untuk diperolehi.
Maksud aku,
Macam kau sukar untuk memepercayai seseorang.
Ambil masa jugak. Bak kata mat salleh "Take time".

First impression adalah titik permulaan bagi penilaian seseorang terhadap seseorang.
Alaaaa, macam kau tak biasa nilai2 orang ni kan?
semua pun kau mahu nilai.
Muka hensem kah tidak,
muka jambu kah tidak, 
muka bajet macham korea kah tidak,
rambut terpacak macam durian pun kau mau kisah,
tudung tebalik pun kau mau heboh kan?
kepalakk kau kan?
"hahaaha. maaflah, bahasa agak kasar di situ. Ana ma'alish sahabat2!"

Bagi aku lah.
Biar aku terus ke main point lah kan?
Ni pertama kali bertentang mata,
Aku sungguh tak suka pada orang yang cakap lebih & meyakinkan.
AKU NDA SUKA.
sebab, dekat situ, nampak sangat kau suka menipu.
Menipu dan memutar belitkan fakta 360 darjah agar ia menjadi cerita yang sangat menarik
sampai orang boleh bagi rate 10 bintang 
mengalahkan cerita Harry Potter yang aku suka gila 
hasil pemikiran luar biasa J.K Rowling. 
Kan?
Kalau lah aku jumpa kau yang menipu dengan aku ni.
Aku bagi pelempang ni hah.
Campur pulak, suruh house-mate aku,
Citra Dewi tebar roti canai yang diganti dengan kain,
lepas tu tebar kain tu dengan semangat sambil
 buat2 tak perasan tercanai sekali muka kau yang menipu tu.
habis lah kan? kau nda pernah bha kan nampak?
Mau nampak, mari sini.

Soal tipu2 cerita kira tahap temberang punya tipu lah kan,
soal tipu2 duit ni pulak kira makan duit haram lah jawabnya kan?
Cakap macham pandai agama, 
hujung2, agama entah ke mana
dikaburi dengan fulus.
Semua pun macham fulus depan mata.
Macham ikan pirana, nampak tin kosong yang menyenter dengan silaunya pun, dia baham jugak.

eh, apa aku cakap ni.
Semua2 yang diatas aku cakap ni.
Kalau kau amati betul2,
kau faham lah.
Biarlah berkias-kias sikit walaupun tak jadik kan.
Tapi, kau buat2 faham sudah. 
HABIS CERITA.

Saturday, March 17, 2012

Smart Circle di bumi Para Anbia.

Assalamualaikum.
pejam celik, pejam celik.
hampir 6 bulan aku hidup merantau.
Jauh dari ibubapa, keluarga, dan kawan2.
Alhamdulillah,
walaupun jauh dari mereka yang tersayang.
Aku masih ada ALLAH,
ada kawan di sini. 
SYUKUR YA ALLAH.

SMARTCIRCLE (SC).
Mungkin ada yang tahu.
Ada yang tak tahu.
Tapi kalau aku cakap USRAH/HALAQAH,
mesti anda semua tahu.
Jadi, mereka adalah dari golongan yang sama.
KEMBAR tapi nama tidak sama.

Minggu lalu, smartcircle kami buat di
LADANGGANDUM.
Aku yang bagi cadangan.
sebab aku pilih tempat tu, gandum tu tumbuh dengan menghijau dan 
sungguh memikat hati. :)
Sungguh, aku tak tahan. ahah.


Setelah lebih sebulan,
termasuk 2 minggu WINTERBREAK campur lagi 2 minggu peperiksaan.
Lama jugak kami tidak ber-SC.
Sebab tu jugak lah hati aku rasa kosong.
Bila SC dijalankan minggu lalu,
kakak SC (kak Rahimah) bagi tazkirah pada kami semua.
Walaupun sekejap,
tapi apa yang kami dapat dari SC tu, memang bermanfaat.
INSYA-ALLAH.
Tajuk pada hari tu, adalah SAHABAT.
Kakak tu cerita lah
pasal persahabatan dan ukhuwahfillah Rasulullah S.A.W dan para sahabat.
SubhanaALLAH. :)

SAHABAT memang sangat penting.
Apa lagi bagi seorang perantauan macam aku ni.
Keluarga tak ada di samping kita.
Macam mak aku cakap, kawan aku lah keluarga aku di sini. :')



Masa SC tu, aku dapat kata2 ni,
"JIKA ENGKAU BERBAKTI KEPADANYA, DIA AKAN MELINDUNGI KAMU."

YA ALLAH,
"berikanlah kejayaan kepadaku dan sahabat2 ku dunia dan akhirat. AMIN!"

Kepada kawan2 aku semua,
"ANA UKHIBUKIFILLAH!!!"

Saturday, March 3, 2012

HILANG arah.

Assalamualaikum.
Semoga Allah sentiasa memberikan yang terbaik buat kita pada hari ini.
Walau seteruk mana keadaan itu, mungkin ianya adalah yang terbaik buat kita.
Siapa tahu? Allah sahaja yang tahu.


kemarin, hari ini, hujan turun dengan lebatnya.
Sekejap membasahi bumi,
sekejap berlalu pergi meninggalkan angin dengan sendirinya.
Memberi suhu sejuk yang amat. cecah 5 darjah.
Harap salji tidak bertandang.
Alamat, lain jadinya.

Syukurlah,
Allah masih memberi rahmat-Nya kepada kita.

 Dan aku pula,
HILANG ARAH.
adakah aku tidak bersyukur?
Ohmyyyy.


SEDIH 
bila mengenangkan nasib sendiri.
mengenang nasib yang hilang tanpa arah tujuan.
Entah ke mana.
Aku tak tahu ke mana.

Bila refleksi balik yang dulu,
dan memikirkan yang akan datang,
kadang-kadang,
rasa kesal datang,
sebab aku buat tidak tahu.
Aku hilang semangat.
Dan penyakit M juga menyerang.
Dan itulah penyakit yang paling merbahaya dikalangan pelajar macam aku.

YA ALLAH, SEDARKAN AKU!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...