Sunday, February 19, 2012

satu lagi...



Assalamualaikum.
Maka hari ni,
selesai lah 3 subjek aku jalani.
Hoho.

Rasanyyaaaa sangat hebat.
kalau anda baca post aku yang sebelum ni,
rasanya, keadaan aku sangat teruk.
Tapi, Allah itu MAHA PENYAYANG.
Masa aku tengah berduka,
bila buka al-QURAN,
tiba-tiba, aku terbaca sepotong ayat ni.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Surah Al-Baqarah ayat 286.
Tengok? betapa sayangnya Allah,
DIA ubat hati aku yang lara itu masa tu jugak.
SYUKUR ya ALLAH.

...........................................................................................................................

Maka,
lepas tu jugak,
semangat aku naik menggunung.




p/s: semua perlu dibaca. :)

Dengan semangat yang kuat,
ditemani coklat2 yang membuatkan aku
mengambil kadar kalori yang lebih dari ditetapkan.
lebih 2K(kcal).
"ndak sandi ka tu ahh?"

Ala maklumlah,
orang peperiksaan.
Bukan makan buku beb.

Lepas ni,
tiba giliran HISTOLOGY pulak.
Subjek kegemaran aku sudah TIBA!
SERONOK!
Sebelum ni pun, subjek KEGEMARAN jugak,
mungkin sebab banyak menghafal nama2 yang pelik
seperti,
CYCLOPENTANOPERHYDROPHENANTHRENE ring,
serine, PHENYLALANINE, tryptophan,
INCISURA anguralis, quadratus lomborum, superior-inferior radio-ulna joint,
phehhhh.. MEMANG SUPER!

Aku tak ingin sebut lebih,
nanti kita sama2 pening.
(^_______^)

p/s: minum teh juga boleh mengurangkan stress.

Akhir kalam,
aku harap ilmu perubatan yang aku dapat hari ini,
hari sebelum2nya, dan hari seterusnya...
Mudah-mudahan sentiasa diberkati ALLAH.
& Insya-ALLAH sentiasa bermanfaat untuk aku dan orang lain,
DUNIA & AKHIRAT.
AMIN.

Sunday, February 12, 2012

gelabah


Assalamualaikum.

Selesai sudah satu subjek.
Alhamdulillah,
semua berjalan dengan ''boleh-lah tahan".

Boleh-lah tahan yang aku maksudkan adalah,
sangat tak boleh tahan.
Entah kenapa,
peperiksaan ni mengalahkan peperiksaan SPM.
yah, sangat senang susah.

Susah bukan atas faktor 
pembuat soalan sengaja hendak memeningkan kepala aku dengan
soalan beliau yang "SUPER DUPER TRICK",
susah atas faktor di atas dan di bawah ini,

MASA,
serius aku sangat kelam-kabut tadi.
sampai semangat aku musnah begitu sahaja.
ENTAH DAN ENTAH.
permulaan yang sangat meng"GELABAH"kan
diakhiri dengan sedikit kekecewaan.

SUARA2 NYARING,
ouhh. sungguh aku tidak suka suasana peperiksaan yang,
penuh dengan ke"TEGANG"an.
masa aku tengah khusyuk dan tawadduk menjawab soalan,
ne baru soalan 18 ni,
tiba2 pengawas peperiksaan cakap,
masa habis bla2, masa tambahan bla2,
bayangkan "SUARA YANG MEMEKIK".
suara yang memekik-mekik itu membuatkan aku stress berganda-ganda.
SERIUS AKU TAK SUKA.

PERSEKITARAN,
errmmm.. hari ni boleh tahan jugak sejuknya.
tadi pagi, rasanya 12 degree.
aku menjawab soalan pun dengan lutut yang terketar-ketar.
dengan suara orang ARAB yang sangat bising
dan terpekik-pekik,
boleh buat aku pengsan di situ jugak.

kesimpulannya,
peperiksaan tadi sangat SUSAH.
aku tak tahu apa yang akan jadi dengan keputusan peperiksaan aku,
semuanya aku serahkan pada ALLAH.

dan aku kena berusaha lagi,
untuk hari2 yang bakal tiba.
TULAT (15/2/2012), peperiksaan BIOCHEMISTRY,
doakan aku dengan kawan2 aku yah?
TERIMA KASIH.
(^_____________^)

Saturday, February 11, 2012

stress


Assalamualaikum.

Okayh,
hari ni aku terlajak lagi,
membuang masa berjalan-jalan
di laman2 belog yang hebat & mantap
seperti blog...
(aku tidak sudi menyebutnya, nanti ada yang perasan)

Maka,
mari aku teruskan, sebab munasabah aku menulis pada hari ini.

Dijadikan cerita,
esok peperiksaan PHYSIOLOGY untuk mid-term exam.
baru mid-term?
yah. baru bhai. besok mula.
dan, seronoknya,
aku tak perlu habiskan satu buku lagi.
ada 3 buku semuanya perlu 
ditelan dan dihadam di dalam minda sebelum peperiksaan itu bermula.

Situasinya,
sepanjang hari ini,
buku "hijau" bernama Muscle & Nerve itu,
dari pagi sampai sekarang ni,
setengah buku pun tak habis lagi.
Yah tuan2 & puan2, ada lebih 100 muka surat yah?
mana lah tak sampai setengah,
setiap kali baca satu muka surat,
aku akan menghitung muka surat yang perlu aku habiskan selepas itu.
Ohhhhhh.. serius otak aku biul.
Anda pernah buat macam ni?

ermmm.. bila jadik macam ni.
aku pun stress.
Eh, normal bah orang stress.
maka banyaklah hormone adrenaline tu dirembeskan.
Lepas tu, dead space pun banyak. Bila semua2 tu jadik banyak.
Maka stress itu sangat bahaya.
pengsan kemudian MATI.
(hah, nampak sangat otak aku tak betul, buat kesimpulan sendiri).


Bila aku stress,
aku suka MAKAN.
(patut berat badan aku tak pernah turun).

MAKAN apa?
makan coklat.
(setiap minggu mak aku belikan aku coklat waktu di asrama dulu. tak pun, aku beli sendiri)
kalau tak ada coklat. aku makan benda yang ada di depan mata.
makan2, sampai aku tak tahu berapa banyak yang aku makan.
calorie pun aku lupa hitung.
bertambah comel lah aku lepas tu.
aku tahu.

Tulis blog lama2 pun boleh buat aku stress.
Kesimpulannya,
habis cerita.
Aku sambung belajar dulu.

untuk hari esok dan seterusnya,
SILA DOAKAN AKU YAH?
DAN KAWAN2 AKU JUGAK.
KITA DOA SAMA2.
(^____________________^)

kembali~

p/s: comelnya TUN! :D

Assalamualaikum.

Ni post aku yang pertama 
untuk tahun ni.
serius.

Kenapa aku kembali buat
sekian lamanya menghilang?
entahlah.

Tapi, aku rasa,
keinginan untuk menulis semula,
membara
 bagaikan
api yang marak membakar dedaun yang kering.
(ermm..sila abaikan)

okay,
mood exam telah kembali.
Tiba2,
aku rasa longlai semula.
Terus lesap idea dalam ceruk2 otak aku ni.

Maka,
dikesempatan ini,
aku mintak tolong kepada anda2 semua,
tolong doakan aku yah?
agar dipermudahkan segalanya oleh Allah.
doakan untuk kawan2 aku jugak.

kawan aku kawan anda jugak.


p/s: aku rindu baca buku ni. sejarah hidup Dr.Mahathir sebagai seorang anak guru bahasa inggeris, seorang doktor, seorang ahli politik, tertulis di dalam lebih 800 muka surat. Memang sangat best! Tapi, aku tak bawa pun pergi sini, sebab, buku tersebut milik bapa aku. hehe. I wish I could bring it here! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...