Tuesday, July 26, 2011

SILA SEDAR DIRI~!


Assalamualaikum!
Pagi2 ni mesti semangat!
Tak boleh lemah longlai macam jelly2 tu.

Pagi ni aku nak cerita pasal?
yah!
tepat sekali.
Pasal pemandu2 yang berhemah.

di perincikan kepada,
pemandu bas awam atau, di sini lebih sinonim dengan nama
BAS BERHENTI-HENTI.

Sungguh aku cakap,
pemandu2 bas ni,
kebanyakannya bawa bas dengan tidak ada langsung sopan santunnya,
malah belagakkkk hebat.
Kadang-kadang aku tanya diri aku,
dorang ni sedar kah tidak dengan badan dorang yang besar lagi panjang?

Aku tak kisah sangat lah pasal saiz dorag ni,
tapi, perangai bas ni.
Ya ALLAH, tuhan sahaja yang tahu.
Aku ni memandu sepanjang masa beb!
maka, tahulah aku keadaan yang sebenar-benarnya.

Sebelum dapat lesen,
kita akan belajar signal 3 saat atau lebih sebelum memotong atau belok ke mana2 yang anda suka,
malangnya, kebanyakan bas (aku tak kata semua),
suka hati dorang mahu potong, mahu belok.
Aku ni yang lemah jantung hampir terlanggar bas gaban2 ni.
Kalau kereta aku besar macam bas dorang tu,
sudah aku langgar.

Bukan itu sahaja okay,
bas ni suka berhenti di mana2 sahaja,
aku tahu lah nama bas tu, BAS BERHENTI-HENTI,
tapi, agaklah.
Suka hati pemandu bas ni mahu berhenti di mana,
hentian bas tak da pun, dia berhenti juga.
Tak ada jugak aku tengok papan tanda perhentian bas di situ,
dia berhenti jugak.
Baaapppaaakkkkkkk!!!
Ni namanya, menyekat perjalanan lalu lintas.
Kalau aku lawyer, aku bawa jugak dorang ke mahkamah ni.
Memang lah dorang mau cari rezeki, tapi mana boleh PENTINGKAN DIRI.
sendiri mahu sedar mahhhhh. 

Kalau nak di banding dorang ni dengan lorry GAJAH,
aku lagi hormat & salute lah pada lorry ni.
Sungguh berhemah, berhati-hati.
HUMBLE pulak tu.
Ni badan lagi besar ni dari bas,
tapi DOWN-TO-EARTH lah orang kampung aku cakap.
Kalau anda nak cepat, lorry ni boleh tahu.
Pandai pulak dia pergi lorong kiri.
haha. Lawak yah!

Okey lah,
aku berharap dan berdoa,
moga-moga,
ada lah pemandu2 bas (tawau terutamanya) di luar sana yang celik IT lalu baca BLOG aku ni.
Selepas itu, sedar diri tentang kritikan dan komen yang aku berikan.
Walaupun sikit, tapi nilainya sangat bererti buat masyarakat di luar sana.

sekian, KAMSAMIDA
(^________________^)

p/s: maaf sekiranya terkasar bahasa, saya juga manusia biasa.

Thursday, July 21, 2011

Kanak-kanak Punya Zaman :DD

Assalamualaikum.
Aniyasayo dogja.
Yah! lama jugak aku tak update blog ni.
Maklumlah, sangat sibuk yah.
Sibuk yang teramat sangat.

 (aku & adik)


Kanak-kanak punya zaman.!
Masa aku kecik dulu,
memang saat2 yang paling indah lah pernah aku lalui.
Banyak benda yang aku buat, mak bapa aku tak marah p0wn.
kan bagus tu?

Masa tu,
aku selalu keluar rumah,
awal pagi dah keluar main sampai lah maghrib.
Balik rumah pun untuk makan sahaja.
Tu pun kalau sempat lah.
Banyak permainan lah aku main,
main guli, layang2, khemah2, masak2, sorok2, lempar selipar, kayu lelek 
dan banyak macam lagi.
(maafkan saya, separuh drpd mainan tersebut, mungkin anda x pernah main)
Aku tak kira lah terik mana panas si matahari tu,
aku main jugak dengan penuh semangat.
Tapi kan,
budak2 zaman sekarang,
phehhhhhhhhh!!!
main game di IPHONE, facebook, dengar MP4, phot0graphy.
Hah, pokoknya, semua yang canggih2 ni dorang bolot.
Memang tak boleh belahhhh budak2 sekarang ni.

Masa aku kecik jugak,
aku bawa bekal ja pergi sekolah.
tadika, sekolah rendah.
Bukan apa, bapa aku cakap,
makanan dari rumah ni, terjamin kebersihannya.
Tu sebab, aku tak pernah beli makanan di kantin.
Sampai waktu di MRSM, 2 hari aku tak makan di dewan selera,
Lepas tu,
Aku mula lah belajar2 beli makanan dari kantin sejak masuk MRSM.
Kalau tak, alamat mati lah.

Masa aku kecik, aku bawa bekalan.
Anak orang sekarang,
budak sekolah rendah pun,
RM10 sehari, ambek engkau!! : D

Masa aku kecik2 jugak,
aku selalu melancong,
Pusing2 Sabah lah yang banyak.
KL tu masa darjah 5.
Banyak lah aktiviti keluarga yang bapa aku selalu rancang.
Gembira tidak terkata lah masa tu.
Bapa aku selalu jugak bawa kami sekeluarga tengok wayang,
Boleh kata, setiap hujung minggu.
Last2, aku dan adik-beradik yang lain tidur dalam panggung tu.
hehe : )


(abang)

(kakak & aku)

(adik)

(sepupu, sepupu, abang)

(abang & kakak)




(bapa)

(abang & adik)

(adik & mak)


YANG PASTI,
ZAMAN KANAK2 PALING BEST!
(^____________________^)

Wednesday, June 29, 2011

SEMANGAT oh SEMANGAT!


anda tahu,
dalam dunia ni,
semua manusia mempunyai perasaan
yang dikurniakan
oleh ALLAH S.W.T.

Dan perasaan tersebut,
hanya boleh dijiwai oleh anda sendiri.
MAKSUD AKU,
kalau anda sedih lalu menangis,
tidak semestinya kawan anda jugak akan merasa sedih lalu menangis.
TIDAK SEMESTINYA.

harap maklum,
keterangan di atas hanyalah iklan semata-mata.

aku sangatlah geram apabila,
semangat aku yang berkobar-kobar
tiba-tiba luntur dek sesuatu benda yang menggeramkan.
 (ini hanya perumpamaan aku sendiri) IBARAT
 atlit berlari marathon di khalayak ramai
tiba-tiba jatuh tersungkur, lalu gigi pun bertaburan di atas jalan.

SEMANGAT ni ada pasang surutnya.
kadang kala dia datang bertandang,
kadang kala dia bermalam,
kadang kala dia pergi jauh2 untuk merantau,
kadang kala dia hanya singgah menjamah diri anda.

Ada orang yang bersemangat untuk,
BELAJAR,
ada pula yang semangatnnya membuak-buak untuk,
TIDUR,
ada pula yang semangatnya samar-samar untuk,
BERUBAH.

Kadang-kadang,
diri aku sendiri pun,
kalau dah stress, semangat yang begitu utuh hilang begitu sahaja.

SEMANGAT ni,
dia hilang bukan sebab dia yang nak,
tapi, dari pendirian diri kita sendiri.
Ya lah,
manusia ni kan banyak dipengaruhi dengan persekitaran mereka.
Jadi, tak hairanlah kalau semangat tu hilang dengan sekelip mata.

CONTOH,
anda dok sibuk hafal formula sampai mulut terkumat-kamit, termereng-mereng, tersumbing-sumbing dengan penuh semangat ni. Tiba-tiba, adik anda pergi main PSP dekat anda. Dengan bunyi2 yang datang dari permainan PSP tu, anda pun tersentak serta goyah, lalu longlai. Lepas tu, perlahan-lahan tutup buku. :)

kenapa begitu?,
anda tanya diri anda sendiri.

SEMANGAT ini
boleh datang kalau kita jemput.
mestilah dengan kad undangan.
FAHAM MAKSUD AKU?

MAKSUD AKU,
kalau kita nak semangat itu datang,
kita mesti buat sesuatu yang membangkitkan semangat itu,
kita mestilah luruskan niat, kuatkan hati untuk menentang segala kemungkinan yang akan mahupun bakal terjadi dan bukan mengharapkan ganjaran semata-mata.

Kesimpulannya,
IKHLASKAN HATI DAN LURUSKAN NIAT.
INSYA-ALLAH BOLEH!
(^_____________^)

KAMSAMIDA!

Friday, June 17, 2011

Kacang Kachang kacang


Kacang?
Tak ke anda pelik dengan nama ni,
(KACANG)
cuba sebut KACANG sekarang.

bunyinya lucu.
sebutannya pun lucu.
Tapi,
anda tahu bahawa,
kacang itu sangat sedap rasanya.
Bukan LUCU!
 kan?

Harap maklum,
aku bukan nak cerita pasal perasa, rupa atau perangai kacang ni.
Cuma aku nak cerita pasal kesiannya kacang ni.

anda tahu,
dolu-dolu,
bapa aku selalu larang aku makan kacang,
sebab apa?
nanti banyak jerawat tumbuh.

anda jugak tahu,
dalam karangan yang berjela-jela panjangnya,
ada jugak yang akan meletakkan peribahasa/perumpamaan
seperti ini,
"Bagai KACANG lupakan kulit"

anda pasti tahu,
musim2 perayaan,
mesti ada rumah2 yang menyediakan kacang2 ni,
lepas tu,
budak2 ni pergi lah main lontar2 kacang tu 
lepas tu sambut guna mulut.
kalau yang teror dapat sambut tu,
tak pa jugak.
Yang tak teror perasan terror tu?
tak dapat sambut pun,
pergi lah bergolek-golek kacang tu dengan pening lalatnya,
TIBA-TIBA,
ada kaki manusia ibarat kaki gergasi bagi si kacang,
PIJAK dia,
maka KEMIK dan hancur berkecai lah KACANG tu.

Nampak tak?
tu baru tiga contoh tu,
memang salah si KACANG lah semuanya.

Anda jugak selalu cakap,
"Uihhhhhhh.. kacannnggggg bha ni!"
ataupun
"Kaccaaaannngggg giler arhh!"

aku faham maksud ayat tersebut,
iaitu benda tersebut digambarkan MUDAH
tapi,
tak ke anda hairan,
kenapa mesti KACANG?
kenapa tak,
"Uihhhhhhhhh... jagunnnnggggg bha ni!"

Hahhh!!
Itu aku tak tahu.
Boleh anda tolong aku cari kan siapa pencetus ayat ni?
Sebab aku nak tanya dia lah,
apasal kacanggg.
Kalau tak boleh jawab,
WAJIB kepala dia kena SEKEHHH!!

hehe.
Itu sahaja al-kisah KACANG.

KAMSAMIDA
(^________^)

p/s: kirim salam kat kacang2 anda, cakap, aku minta maaf banyak2.

Wednesday, June 8, 2011

Tekanan & malas melayan cerita indon.



Macam anda tak kenal,
sinetron indonesia,
kalau 
tak panjang lebar.

Memang
TAK SAH!

kalau tak lebih 
berpuluh-puluh episod 
memang tak sah.
Kalau boleh,
dia nak beratus-ratus episod.
macam
BAWANG MERAH BAWANG PUTIH?
aku pun tak tahu kenapa.
padahal,
jalan cerita sama jugak,
itu-itu jugak yang dia
belit-belitkan tiap hari,
Tak bosan begitu?


Setelah aku frust layan drama indon baru-baru ni,
iaitu,
KEJORA DAN BINTANG.
aku dah tak layan dah cerita indon ni.
CINTA MELODY?


anda fikir aku peminat setia?
tak mungkin!
paling2 aku jeling-jeling saja,
lalu-lalang sja depan tv tu.
tak lah duduk di sofa 
lalu khusyuk dan tawaduk tengok benda tu.
sambil berperasaan.
OUH TIDAK!


cukup lah sampai drama
KEJORA & BINTANG 
hari tu.
aku dah cukup muak.
muak dengan fikiran dan cara penceritaan drama tersebut.


Tahu tak?
drama2 dorang ni,
banyak mendidik kepada sifat tamak,
rakus, dengki-mendengki,
memberontak, tak PUAS HATI?
Yah?
Takkan Malaysia nak didik rakyat dia dengan benda2 berpengaruh 
yang tidak sihat ni?
MESTI,
waktu anda tengok drama2 ni,
sampai melenting, tak puas hati.
TEKANAN PERASAAN.
Iyalah.
Sebab aku alami jugak masa2 menonton tu.
bukan korang saja.


Kadang-kadang tu,
kononnya lah nak sampaikan dakwah,
kononnya beriman lah watak tersebut,
tapi entah apa2 jugak dia buat.
Last2,
 memalukan agama sendiri.


aku rasa drama KOREA
jauh beribu batu lebih baik dari drama Indonesia tau?
dari segi logic dan jalan cerita lah
kenapa KOREA? bukan MALAYSIA?
iyalah.
drama negara kita ni,
macam dua kali lima jugak lah dengan drama indonesia ni.
tapi, TAK SEMUA.


Tengok sendiri lah sekarang,
nilai lah sendiri macam mana drama2 kita,
MULA nak mengarut.
macam2 lah.
benda2 yang tak logic kan?
drama2 indon tu kan banyak yang tak logic.
kalau nak tengok drama2 Malaysia yang melalut-lalut,
pergi lah astro PRIMA ka,
astro WARNA ka,
astro CERIA ada jugak.
banyak sangat tu terpengaruh dengan cerita indon.


drama2 Malaysia yang masih tersimpan baik dalam hati aku,
yang memang meleleh lah air mata kalau tengok,
drama PONDOK BURUK.
& DENAI BERBISIK.
phehhhh.
MENUSUK JIWA DAN RAGA.
banyak pengajaran.


Wahai pengarah2 Malaysia,
cubalah selitkan nilai2 
KEINSAFAN DAN PENGAJARAN
yang berguna untuk penonton2 Malaysia ni.
Jangan nak siarkan drama yang melalut-lalut.
TAK ADA FAEDAH tahu?
Kalau setakat nak dapat kutipan berjuta-juta,
tapi tak da kesan baik pada penonton.
aku tak tahu lah nak cakap apa.


p/s: 
SILA SEDAR DIRI
dan maaf terkasar bahasa!
(^_______^)

Sunday, June 5, 2011

Sila bagi perhatian!


Realiti TV yang tak hebat mana pun,
Paling2 kalau anda tengok jugak,
sama kes dengan aku lah.

Ya lah,
Sebab astro kedekut sangat siarkan rancangan yang baguih2 ni.
("BARU ITU, BELUM BERAS KAN?")
Mesti beli pakej tue lah,
Pakej yang ini lah.
Macam-macam.

PARIS HILTON ‘s BFF.
Macam2 budak Paris ni,
(maaf Kak Paris kerana biadab)

Aku ulang kata,
Macam2 kakak ni ye,
Siap buat rancangan sendiri
Nak cari kawan yang terbaik buat diri dia taw.

Kalau anda tengok rancangan ni,
Anda akan ketawa.
Dan jarang2 anda akan mencarut.
Kadang2,
Dalam diri anda,
Anda akan rasa tidak puas hati,
Macam nak bagi flying kick pun ada.

Kalau aku tengok rancangan ni,
Aku akan ketawa
(tangan ke dada sambil mata ke atas)
Tak jugak lah macam tu,
Tu lebih2 pulak kan?
Bila aku tengok Kak Paris dalam rancangan tu,
orang sabah cakap,
beTREP mapel lah,
sungguh aku cakap.

Kalau anda sendiri tengok,
minah2 yang kononnya nak jadi BFF Paris tu,
semua bajet cun lah,
bajet just nak kawan,
takda maksud lain lah,
takda niat langsung nak famous 
macam Uncle AMOS tu.

Ha'ellehhh!!
Bajjjjeeeettttnyeeeeewwww (Style Anuar Hadi)
  Tengok sendiri lah.
Semua DRAMA QUEEN tu.

Nanti nak umum siapa yang akan dibicarakan
sebelum tersingkir,
masa tu lah,
nampak sangat belang dorang.
Masa tu lah,
semua dah hipokrit yang terlalu konkrit.
Semua sibuk nak jatuhkan kawan2 yang lain.
Semua perasan bagus, 
yang lain semua tak bagus.

Kadang-kadang,
aku rasa minah2 ni bodoh gak.
Ye lah,
memalukan diri sendiri tau?

Kalau lelaki tengok,
mesti dorang gelak separuh nyawa tau?

Nasihat aku,
Tak payah susah2 nak jadi BFF PARIS.
Ni minah2 yang terdesak setengah mati nak popular je nak jd BFF PARIS tu.

OKAY?
(^_____________^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...