Friday, August 12, 2011

Budak Hingusan!


apa?
"kau ada boyfriend ka?"
Ceiitttttt.
Sikit pun aku tak hairan lah budak!

Ada sorang budak ni,
aku sendiri pun tidak tahu menahu,
apa sebab, yang boleh membuatkan dia,
setiap hari datang jumpa aku,
mebebel-bebel pasal SPECIAL BOYFRIEND dia.

BF dia bagi dia rantai,
dia cerita sama aku.
Dia mahu putus sama BF dia,
dia bagi tahu aku.
Dia tak boleh tidur malam,
memikirkan seorang jantan yang baru dikenalinya,
dia story sama aku.
Dia pergi jumpa BF dia,
dia cakap sama aku.
Dia mahu lari tinggalkan family dia,
dia siap2 bagi tahu aku rancangan bijak pandai dia ni.


Ni baru umur 13 tahun,
baru lepas UPSR lah,
PMR & SPM pun tak lepas lagi kan?
apa pasal mahu bangga2 pasal BF anda yang umur 21 tahun tu?

Nampak sangat tak matang.
Nampak sangat lelaki tu ambil kesempatan terhadap budak tu.
akhirnya, boyfriend diutamakan daripada orang tua. 

Apa yang sebenarnya aku mahu sampaikan adalah,
kalau anda masih budak hingusan 
yang duduk di kerusi SEKOLAH RENDAH,
tak payah jakun dan terlebih-lebih sangat lah pasal buayafren anda tu.
AKU SIKIT PUN TAK HAIRAN!
TAPI AKU SANGAT KESIAN!

sedikit kata-kata yang aku boleh ambil dari ucapan
seorang ustaz dalam rancangan ISLAM ITU INDAH,
"Anak-anak zaman sekarang, pacarnya diutamakan dari orang tuanya"
ni sangat berkait dengan apa yang aku cakap di atas tadi,
budak tu rancang mahu lari dari family dia.

sekian,
maaf sekiranya kata-kata di atas menguris hati mana-mana pihak.
(^____________^)

p/s: kesedaran buat semua termasuk diri saya sendiri.

ASSALAMUALAIKUM.

Thursday, August 11, 2011

LONDON riots?

Assalamualaikum.
Pasti ramai yang terkejut dengan berita
rusuhan yang berlaku di UK kan?

UK salah satu negara yang aku hormat sangat2.
Negara yang ingin sekali aku lawati.
Kerana, yang aku tahu,
kebanyakan orang di sana adalah sangat baik berdasarkan
pandangan orang Malaysia yang tinggal, belajar, mahupun melancong ke sana.
Juga mempunyai tahap keamanan yang sangat baik.

Tanggapan pertama aku terhadap rusuhan ni,
macam tidak percaya.
Tetapi, itulah yang berlaku.

Lebih-lebih lagi,
apabila salah seorang pelajar Malaysia,
yang sedang menuntut di salah satu University di London,
pelajar perakaunan, tajaan MARA,
mendapat kecederaan di rahang lalu DIROMPAK?

Aku rasa macam mahu lenyek2 saja
muka penyangak2 yang buat macam tu pada pelajar Malaysia tu.

Ianya suatu kontroversi di YOUTUBE.
Mendapat perhatian banyak mata dari seluruh pelusuk dunia.
Baru 2 hari di YOUTUBE beb,
dah hampir mencecah 2 juta penonton.

Kalau aku jadi Ashraf Haziq,
aku tak tahu lah.
Nangis sepanjang masa lah aku.
Menurut buletin utama TV3,
beliau menjalani pembedahan rahang pada hari kemarin.

Aku tak tahu sangat status dan keadaan beliau sekarang.
Jadi, Kita doakan agar Ashraf Haziq
dan rakyat Malaysia yang ada di UK
dalam keadaan selamat hendaknya.

Saturday, August 6, 2011

MASTERCHEF MUNIZA! :DD


Haha.
Lawak tak lawak.
suka hati aku lah mahu bagi nama tu.
lagi pun,
lawa apa,
"MASTERCHEF MUNIZA".

Yang anda mahu bantah,
apa kes?

Sebenarnya,
ni rahsia aku.
aku nak bagi tahu anda yang membaca.
Selain daripada minat bidang perubatan,
iaitu menerokai keindahan dan keunikan ciptaan tuhan terhadap manusia.

Aku juga sangat minat terhadap bidang masakan.
atau orang kampung aku cakap,
CULINARY ARTS.
Ohhhh tidak! minat aku terhadap bidang masakan semakin menggila
sejak tengok MASTERCHEF AUSTRALIA.

aku sikit punya kagum dengan
tukang masak amatur dalam MASTERCHEF AUSTRALIA ni,
kebanyakannya berjawatan tinggi.
seperti, LAWYER, ACCOUNTANT, IT CONSULTANT, MANAGER & banyak lagi.
Tapi, tangan tetap basah, dapur tetap jejak.

Memasak ni,
anda kena minat.
Kalau tak minat, semua benda tak jadi.
Serta, anda mesti pandai ambil risiko.
Lagi satu, YAKIN.
kalau sikit2 anda nak cakap,
tak boleh lah, tak pandai lah, nanti tak menjadi lah, nanti hangus lah.
Hah! aku sarankan,
anda pergi saja ke restoran2 yang berdekatan.

Tukang masak yang arif pun,
tidak bermula dengan,
semua masakan beliau sangat2 sedap.
Beliau juga bermula dari bawah.
Mendapat tekanan serta kritikan.

Aku sendiri pun,
banyak dapat kritikan,
"cincai jugak masak!", "berapa tahun sudah hidup nda pandai2 masak?",
terlebih manis lah, terlebih garam lah.
Mahu nangis jugak aku dibuatnya.
Tapi, itulah hakikatnya.


Kesimpulannya,
belajar dari pengalaman.
Kerana pengalaman itu mengajar kita lebih dewasa.

(^___________^)

Tuesday, August 2, 2011

Waktu yang paling indah.



Yesss.
Assalamualaikum semua.

Normal lah kan aku update blog lambat.
kalau boleh berhabuk-habuk,
bersawang-sawang.
Yang itu lagi best.

Ni aku nak bagi tahu ni,
ni waktu yang paling indah lah bagi setiap pemandu.
iaitu JAMMING di jalan raya.
Yeahhh!! Rockkss bebyeyh. JAMMING di jalan ni.
Memang rock!

Masa nak ambil adik aku ni kemarin,
JAMMING di jalan raya cukup lama.
PUAS! PUAS!
siap tengok wayang THRILL lagi di jalan raya.

apa-apa pun,
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA.
PANDU CERMAT SEMUA SELAMAT.

(^_______^)

Sunday, July 31, 2011

Ni kali ke-2 kowt aku post pasal RAMADHAN.


Assalamualaikum w.b.t.
Bila cakap soal ramadhan,
banyak yang dah buat persiapan.
Tak kira umur berapa pun.

sedangkan sekarang di FACEBOOK,
berapa ramai manusia yang buat event 
SAHUR dan macam2 lagi.
Bagus jugak budak2 ni, maksud aku,
manusia2 sekarang ni,
saling mengingatkan bahawa,
ramadhan akan datang tak lama lagi.

Dan bila kelmarin,
aku teman mak aku pergi beli barang2,
pergi pasar beli ikan dan sayur.
Lalu depan pasar sayur yang besar tu,
tiba2 aku tengok satu banner besar,
kata2 itu memberi maksud yang tersirat.
Orang yang baca & faham betul2 sahaja yang faham dan berfikir.

Yah,
aku terfikir.
berapa ramai umat ISLAM yang tidak menghormati bulan tersebut.
ada jugak yang ISLAM, tapi tak puasa,
duduk minum2 kopi di kedai kopi CINA.
ada jugak dengan bangganya,
isap rokok di depan khalayak ramai.
Ada pula yang remaja, 
beramai-ramai membawa minuman sambil berjalan-jalan keliling bandar.
ada yang mengaku bukan islam,
makan2 di KFC, MCD dan sebagainya.

Bagi aku lah,
kalau anda tu tak puasa disebabkan keuzuran iaitu uzur syari'e.
atau pun tak puasa disebabkan kemalasan dan sebagainya.
Tak payah tunjuk-tunjuk dengan penuh bangga yang anda tu tak puasa.

Sesungguhnya,
BERPUASA itu rukun ISLAM yang ke-3.
yang pertama dan ke-2,
iaitu mengucap dua kalimah syahadat dan SOLAT 5 waktu sehari semalam.
tiga-tiga itu adalah wajib bagi seorang ISLAM.
Sekian harap maklum dari aku,
peringatan buat semua yang di luar sana termasuk diri aku sendiri.
Betulkan aku kalau ada yang tersilap.

(^_______________^)
p/s: maaf sekiranya terkasar bahasa.


Wednesday, July 27, 2011

Ramadhan!

Assalamualaikum w.b.t
Bulan Ramadhan akan bermula tidak lama lagi.
Ramai dah yang buat persediaan menyambut ramadhan al-mubarak ni.
Aku pun tak sabar-sabar dah ni.

Tahun ni lain sikit daripada tahun sebelumnya,
kira keseluruhan bulan ni,
aku akan bersahur dan berbuka puasa dengan semua ahli keluarga ku.
Sebelum ni tidak, ala maklumlah tinggal di asrama.
Kakak aku pun Uni, abang aku pun sama.

Seronok jugak waktu berpuasa di asrama dulu,
sahur ramai2, buka puasa ramai2, buat ibadah ramai2.
ada jugak bazaar ramadhan.
Yang paling aku ingat masa,
nak berbuka tu,
kitaorang ditugaskan untuk menyediakan makanan bermula jam 5 petang di dewan selera.
Setiap hari, mengikut homeroom, berganti-ganti bertugas mengikut jadual.
Gembira tidak terkata!




Kalau dah akhir2 ramadhan tu,
dah nak balik kampung masing2 untuk menyambut kedatangan syawal pulak,
mulalah,
aktiviti berbuka puasa di luar maktab.
macam2 lah kertas kerja yang datang di bilik HEP.
Perasaan keluar maktab tu, susah nak digambarkan dengan kata2.
Ibarat, banduan keluar dari penjara.






Memang tak boleh lupa lah kenangan bersama kawan2 aku ni.
Mudah-mudahan, sempat lah aku menyambut ramadhan kali ini.
Begitu juga dengan keluargaku, guru2 ku serta rakan2 ku.
Moga-moga dirahmati Allah S.W.T. 
INSYA-ALLAH!!!



Akhir sekali,
bulan ramadhan itu bulan yang mulia.
Maka, wahai saudara seISLAM ku semua.
Mari kita manfaatkan bulan ini dengan membanyakkan
ibadah dan amal jariah.

Walaupun begitu,
dalam begitu seronok2 menyambut ramadhan,
bersahur dan berbuka bersama keluarga,
jangan sesekali kita lupa pada saudara seISLAM kita,
yang berada di luar sana yang masih ditindas
dan berada dalam kebuluran.
Peringatan buat semua termasuk diri ku sendiri. 

p/s: maafkan saya jika ada salah dan silap sepanjang saya menjalani hidup ini. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...