Saturday, October 29, 2011

Bumi Mesir (bahagian 2)

Assalamualaikum.
cukup lama jugak aku tidak post apa2 kan?
Tapi,
kali ni, Insya-ALLAH.
ada jugaklah.

Ni lagi, kisah aku di bumi para Anbia.

Hari tu, 
1 Oktober 2011.
senior PCT bawa kami2 para junior,
JAULAH (LAWATAN)
"KEMBARA MAKRIFAH"
ke

Masjid Sultan Hassan @ Masjid 4 Mazhab

(muka gembira tidak terkata di hadapan pintu masuk masjid yang tertinggi di MESIR)



(INFO: Dibina oleh Sultan An-Nashir Hassan bin Muhammad Al-Qalawan pada tahun 757H/ 1421M. Mendapat julukan masjid yang termahal di antara masjid2 di Mesir. Keistimewaanya, dindingnya yang begitu tinggi & pintu masuk masjid ini dipercayai merupakan pintu masuk tertinggi di Mesir. Fungsinya, sebagai tempat ibadat dan sebagai madrasah 4 mazhab Fiqih iaitu Syafi'e, Maliki, Hanafi, Hanbali.)


 PIRAMID GIZA


(harga tiket masuk 30 LE)








p/s: nampak? kaki aku dah pijak tempat, satu daripada tujuh keajaiban dunia. :D

(INFO: Piramid Giza atau lebih dikenali sebagai piramid agung Kufu. Salah satu daripada tujuh keajaiban dunia yang tertua dan yang terakhir yang masih tinggal. Dibina sebagai makam untuk Firaun Kufu dan siap dibina sekitar tahun 2580 SM selama 20 tahun. Memegang rekod struktur tertinggi di dunia yang dibina oleh manusia hampir 4000 tahun. Suhu dalam piramid tetap walaupun suhu diluarnya berubah, ini bagi membolehkan pengawetan mumia dibuat.)

KUBU SULTAN SALAHUDDIN AL-AYUBI




(INFO: Kubu ini dibina oleh panglima perang (Salahuddin Al-Ayubi) tersohor pada 1183 untuk mempertahankan Kaherah daripada serangan musuh khususnya ketika perang salib. Sultan Salahuddin mempunyai 4 kubu. Kubu pertahanan utama & terbesar terletak di Kaherah, Mesir. Kubu yang lain terletak di Taba, Jordan & Syria)


Setakat ni,
memang sangat BEST,
aku sangat gembira dan bersyukur.
Iyalah, bila kita sudah pijakkan kaki di negara orang ni,
rugi jugaklah, kalau kita tidak memanfaatkan peluang yang ada.
Dengan peluang itu,
kita dapat banyak pengalaman dan banyak ilmu.

Itulah sebabnya,
kenapa melancong boleh mendapat tempat di dalam
carta HOBI aku.

Aku tidak berapa suka sangat jalan2 ni,
tapi aku suka dan sangat suka jalan bila,
jalan itu memberi kesan dan makna pada diri aku.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...