Thursday, February 3, 2011

Orang Melayu!


Orang tanya.
Kau bangsa apa?
aku bangsa Melayu.

Kau suku kaum apa?
Aku suku kaum BUGIS.

Dalam Malaysia.
terbahagi kepada tiga kategori bangsa.
MELAYU.CINA.INDIA.
suku kaum bawa ke tepi kejap yah.

Orang tu tanya lagi aku.
Kau bangsa apa?
Mestilah Melayu.

Kau bangga menjadi orang Melayu?
Eh! Mestilah.

Dia bertanya.
Kenapa?

Adakah orang Melayu maju?
Adakah mereka maju?
dari segi pendidikan?
dari segi akhlak dan sahsiah?
dari segi ekonomi?

terdiam seketika mendengar kata2 nya.

Aku terdiam mengenangkan nasib bangsa Melayu.

Dia tanya lagi.
Kenapa kau bangga?

Kau sedar kah tidak bahawa,
bangsa Melayu itu sering menjatuhkan bangsa mereka sendiri?
Saling hasat dengki antara satu sama lain?
Tidak boleh melihat kelebihan yang dimiliki oleh seseorang.
Tidak boleh melihat kesenangan orang?
Kenapa kau masih tidak sedar?
Ada kalanya mereka juga tidak sedar mereka ditindas.
Kenapa kau tidak sedar bahawa bangsa Melayu belum lagi membangun?
Masih ketinggalan di belakang?

aku cakap dengan dia.
itu sikit saja lah.
Banyak juga yang maju bah.

Dia tanya.
Berapa peratus sangatlah yang maju itu?
35% daripada penduduk Malaysia?

aku lihat muka orang itu.
Dia juga bangsa Melayu.
Kenapa dia tanya aku macam ni?
Dia tidak sedar kah dia juga bangsa Melayu?

Aku tanya dia.
Kenapa kau tanya aku macam ni?

Dia cakap.
"Sebab aku mula sedar, bahawa, orang Melayu tidak sepenuhnya maju,
maju di sini,
aku merujuk kepada semua perkara termasuk tingkah laku.
kau lihatlah sendiri, siapa yang majoriti di bawah?
siapa yang masih menjadi kuli?
Siapa yang diperintah-perintah seperti hamba?
Siapa yang dimarah-marah oleh majikan?
Tingkah laku pula macam mana?"

Aku terdiam seketika mendengar kata-katanya.
Dan aku teringat cerita seseorang kawan
mengenai orang2 Melayu.
Aku juga teringat banyak peristiwa,
dimana, anak2 Melayu dikerah & dimarah oleh seorang majikan yang bukan berbangsa Melayu.

Peristiwa ini membuatkan aku berfikir sejenak.
Aku mahu melihat bangsa ku maju.
BERJAYA!
tetapi bukan maju dari segi budaya yang tidak sihat dan ke arah pembentukan persekitaran yang negatif,
tetapi kemajuan dari segi pendidikan,
teknologi, kepakaran, agama,
akhlak & budi pekerti yang tinggi.

kalau bangsa lain boleh maju,
kenapa bangsa ku tidak boleh?
Semua terpulang pada diri kita.
& peranan kita terhadap orang sekeliling.
Jangan mahu maju sendiri sahaja.
Bawa bangsa kita sekali.
Tumpang sekaki.

Apabila kita refleksi diri kita.
Cuba nilai kedudukan kita sekarang.
Jangan terlalu bangga dan terlalu selesa dengan kedudukan kita.
Sentiasa berfikiran positif.
Sentiasa pandang ke hadapan, namun,
kita juga perlu menoleh sikit ke belakang,
untuk mengenang kembali sejarah yang telah kita lalui
sebagai pengajaran dan pedoman untuk diri kita.

MAJULAH BANGSA MELAYU UNTUK AGAMA & NEGARA!!!


p/s: Harap maaf sekiranya ada perkataan yang menyinggung perasaan mana2 pihak.
Saya juga manusia biasa yang hanya ingin mengutarakan semua peristiwa yang dialami serta buah pemikiran saya.


1 comment:

  1. errmm. sedar juga aku tuh pasal benda tu..
    hairan. kebanyakan org Melayu yang menjatuhkan bangsa sendiri hasad dengki terlalu lumrah. menjadi darah.


    mungkin sebab org Melayu berasa terlalu selesa dengan keistimewaan yg diberikan oleh kerajaan.
    hmm. mungkin, jadi dia rasa berusaha keras itu tidak penting..

    iya. mungkin.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...