Tuesday, February 15, 2011

Si Panas Baran!


siapa lagi panas baran?
PEREMPUAN
atau
LELAKI

dengan selamba
diri mu 
berbisik di dalam hati
MESTI LAH LELAKI

kalau aku tanya balik,
siapa lagi COOL?
dengan yakin tanpa
gangguan daripada persekitaranmu,
MESTI LAH LELAKI

habis tu?

LELAKI kah?
PEREMPUAN kah?

Tapi mungkin berdasarkan bukti2 kukuh (walaupun tak kukuh sebenarnya) yang akan aku paparkan sebentar lagi,
mesti jawapan yang sebentar tadi bermain di benak fikiran mu
agak GOYAH yew.
Tak percaya? 
baca sampai habis.
jangan putus asa.
kata orang korea "Aja2 Hwaitin!"


1.Waktu puncak di lebuh raya, mesti kereta banyak tak ingat dunia. Paling2 pun kereta kita dapat gerak lebih kurang 3meter per minit. Anggaran kurang tepat. Tapi, suka hati aku lah nak letak berapa pun. Yang penting kamu faham situasi sudah. Dalam waktu2 puncak ni lah, banyak macam ragam manusia di jalan raya. Tiba-tiba, ada kereta yang dipandu oleh seorang tua, kereta dia langsung tak gerak-gerak. Sebab dia pun tak tahu kereta dia tiba2 rosak di jalan raya. Plus, tak tahu nak tekan emergency signal. Kau dengan panas baran sebab banyak makan cili agaknya ditambah lagi kau memang tak sabar nak keluar dari jalan raya yang sesak tu, HON tak tentu pasal. Bunyi hon pun tak ada jarak walau sesaat. Dahsyat sungguh manusia itu, agak2 siapa yang sering buat macam tu?


2.Waktu di pejabat, Si bos panggil pembantunya. Pembantunya dengan langkah yang tidak yakin serta teragak-agak melangkah menuju ke bilik bos nya. Sebab, dia tahu apa yang bos dia nak cakap. Kemudian, bos tu tengok dalam bursa saham, saham dia jatuh rugi beberapa sen. Confirm lah, dia marah tak tentu pasal lepas tu. Siapa bos biasanya?


3. Kau baru putus cinta, sebab pasangan kau minta putus tanpa sebab kononya dia nak fokus study, exam dah dekat. haha. Kau dengan serta merta maki hamun dia dan orang yang tak ada kena mengena langsung dengan kes kau tu. Tengok, orang yang tak ada kena mengena pun di bahamnya sekali. Siapa selalu buat macam tu?


4.Kawan sekelas perli nama bapa kau, serta merta tanpa amaran kau bagi buku lima pada dirinya. Siapa selalu buat macam tu agaknya? hehe.


5.Cikgu disiplin kau marah kau di hadapan semua pelajar sebab kau dah banyak kali langgar peraturaan, dengan sifat panas baranmu, kau buat muka masam kemudian kau melenting. Bila kau balik dorm, kau baling semua selipar jepun yang ada di luar dorm kau. Locker dalam bilik pun kau rosakkan dengan sepenuh jiwa ragamu. Siapa agaknya ada tabiat macam tu?


lain2 peristiwa,
aku biarkan kamu
fikir2 sendiri yah?

Konklusinya,
biar kau pembaca yang
menentukan siapa
yang panas baran.
aku ada pandangan sendiri,
kau ada jawapan tersendiri.

p/s: maaf sekiranya perkataan yang saya gunakan menyinggung mana2 pihak. 
saya juga manusia biasa.
KAMSAMIDA (^__^)

1 comment:

  1. mun. nice entry.. hahhaa

    aku rasa pompuanlah kuat marah.
    lelaki nie mostly cool jak. jarang jumpa yg kuat marah....

    btway header smartt.. siap ada kpop group lagi.
    memang jiwa korea bha kow nie.=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...