Thursday, September 1, 2011

Selamat Hari Raya semua!!!


Assalamualaikum..
Aku harap ucapan aku tidak lah begitu lewat 
untuk diutarakan kepada anda2 semua.
Harap, tidak ada yang tersinggung ya?

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR & BATIN.
SEMOGA AMALAN KAMU DAN SAYA
DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T HENDAKNYA.
(^____________^)

Okayh, hari ni dah hari raya yang ke-3.
Memandangkan aku tidak lah sibuk mana.
sibuk jugak, cuma ada sikit masa terluang.
Jadi, aku pun ambil inisiatif untuk berceloteh di sini.
Ada faham?

Ouh yah,
di Tawau ni,
kalau anda berkunjung ke rumah orang,
memang jarang jumpa KETUPAT, LEMANG & DODOL.
Anda pasti & wajib akan jumpa BURAS, TUMBUK, & TAPAI.
Hah! Ni anda confirm tak akan jumpa di Semenanjung.
Hanya ada di Sabah. :))
Kalau orang semenanjung datang sini, mesti cuba tau?
RUGI TAK CUBA!

Aku sampai sakit perut
makan buras di setiap rumah yang aku kunjungi.
Haha.
::buras biasanya dimakan bersama kari ayam atau rendang.
p/s: biasanya benda ni available pada raya pertama & raya kedua.
kalau sudah raya seterusnya. alamat habis dah!
gambar di atas hanyalah gambar semata. Bahawasannya, rasanya amat luar biasa 
dan pasti mahu lagi. Tapi, bagi aku yang bukan peminat buras, rasanya biasa2 sahaja.
Dulu aku peminat no 1 buras. Sekarang aku minat T&T(TUMBUK&TAPAI)!
sedaaaapppppp!!!!

Raya pertama hari tu,
sibuk jugak lah. sibuk sampai penat.
Macam biasa, rutin hari raya pertama ni,
sembahyang raya, ziarah kubur, ziarah sanak saudara.




itu sahaja buat kali ini.
akan bersambung di hari yang lain.
sebab, aku mahu buat kuih.
Assalamualaikum! :))

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...