Friday, November 18, 2011

PENYIBUK~!


Assalamualaikum,
apa kabar?
Aku harap anda semua sihat.
Begitu juga aku.
KAN? (^_______^)
Sebelum itu, ana ma’alish
Sebab lama GILLLA tak update blog (anda kisah apa kan?)

Hari ni suhu mencecah 13 darjah.
Terketar-ketar jugak dalam rumah ni.
Ala maklumlah,
Bila sayur dimasukkan ke dalam FREEZER,
beliau akan layu, kan?
Hari ni,
Aku tidak ada niat langsung untuk bercerita
mengenai sayur, musim sejuk dan mana2 yang aku merepek tadi.
Sila buat b*d*h terhadap kenyataan di atas.

Orang cerdik pandai terdiri dari golongan penyibuk,
Yah, siapa cakap?

Sebelum aku teruskan,
Ada sesiapa yang rasa tajuk aku tu,
Membuatkan dia rasa,
Tuan punya blog (iaitu aku sendiri) mesti tidak senang dengan seseorang
yang menyibuk, penyibuk, atau bernyibuk.
Anda, sila angkat tangan di depan
komputer riba ataupun telefon pintar anda.

Kalau orang sebelah hang tanya,
Kenapa angkat tangan,
Jawab pada beliau,
“suka hati aku, aku punya tangan!”
TOLONG! Jangan jual nama aku,
BOLEH? Hehe :DD

Balik kepada pangkal jalan,
Orang penyibuk ni, biasanya pandai.
Yah, aku sendiri akui.


Ciri2 orang penyibuk,
MATA MELIAR,

BANYAK CAKAP,

TANGAN DAN KAKI terlebih hormon.
MATA MELIAR? Setiap satu pergerakan, walau sekecil zarah sekali pun,
Beliau boleh hayati melalui mata, lalu akalnya bertindak balas dan melekat di minda.

BANYAK CAKAP? Bila beliau meneliti setiap inchi pergerakan dan gambaran,
pasti beliau akan menyemburkannya dengan perkataan.

TANGAN DAN KAKI TERLEBIH HORMON,
Pergerakan yang aktif oleh beliau,
Kerana sifat ingin tahu yang membuak-buak mengalahkan
(Buih cecair yang meledak-ledak semasa mendidih),
membuatkan beliau sentiasa bergerak aktif untuk mengetahui dan menerokai
Sesuatu itu dengan lebih mendalam.
KAN?

Kesimpulannya, (<-ini adalah contoh penanda wachana :D)
Bila orang cakap kita penyibuk,
Kita termasuk dari golongan di atas.

p/s: (ma'alish=minta maaf)
(^____________^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...