Thursday, March 29, 2012

tipu daya

Assalamualaikum.
Hari ni hari rabu. Kelas habis awal.
aku rasa malas yang amat sangat untuk belajar.
Penat lah dari jalan.
Unta pon sama penat pikul aku yang berat macam gajah ni.

Hari ni aku banyak pokpekk pasal seseorang.
bukanlah pakwe atau minah sebelah rumah hang mahupun makcik joyah kaki gossip di kampung kome.
cuma, seseorang yang tidak 
ada kepentingan dalam hidup aku, mahupun hidup anda.
Kira macam, 
masak nasi, tiba2 hangus2 tahap dewa, kau buang terus nasi tu.
Muahahaha.. perumpamaan apa lahhh!!

kepercayaan sangat sukar untuk diperolehi.
Maksud aku,
Macam kau sukar untuk memepercayai seseorang.
Ambil masa jugak. Bak kata mat salleh "Take time".

First impression adalah titik permulaan bagi penilaian seseorang terhadap seseorang.
Alaaaa, macam kau tak biasa nilai2 orang ni kan?
semua pun kau mahu nilai.
Muka hensem kah tidak,
muka jambu kah tidak, 
muka bajet macham korea kah tidak,
rambut terpacak macam durian pun kau mau kisah,
tudung tebalik pun kau mau heboh kan?
kepalakk kau kan?
"hahaaha. maaflah, bahasa agak kasar di situ. Ana ma'alish sahabat2!"

Bagi aku lah.
Biar aku terus ke main point lah kan?
Ni pertama kali bertentang mata,
Aku sungguh tak suka pada orang yang cakap lebih & meyakinkan.
AKU NDA SUKA.
sebab, dekat situ, nampak sangat kau suka menipu.
Menipu dan memutar belitkan fakta 360 darjah agar ia menjadi cerita yang sangat menarik
sampai orang boleh bagi rate 10 bintang 
mengalahkan cerita Harry Potter yang aku suka gila 
hasil pemikiran luar biasa J.K Rowling. 
Kan?
Kalau lah aku jumpa kau yang menipu dengan aku ni.
Aku bagi pelempang ni hah.
Campur pulak, suruh house-mate aku,
Citra Dewi tebar roti canai yang diganti dengan kain,
lepas tu tebar kain tu dengan semangat sambil
 buat2 tak perasan tercanai sekali muka kau yang menipu tu.
habis lah kan? kau nda pernah bha kan nampak?
Mau nampak, mari sini.

Soal tipu2 cerita kira tahap temberang punya tipu lah kan,
soal tipu2 duit ni pulak kira makan duit haram lah jawabnya kan?
Cakap macham pandai agama, 
hujung2, agama entah ke mana
dikaburi dengan fulus.
Semua pun macham fulus depan mata.
Macham ikan pirana, nampak tin kosong yang menyenter dengan silaunya pun, dia baham jugak.

eh, apa aku cakap ni.
Semua2 yang diatas aku cakap ni.
Kalau kau amati betul2,
kau faham lah.
Biarlah berkias-kias sikit walaupun tak jadik kan.
Tapi, kau buat2 faham sudah. 
HABIS CERITA.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...