Tuesday, January 25, 2011

Dialog dengan Jin Islam


Pernah baca buku
"Dialog dengan Jin Islam"?

Tadi, aku pergi ruang study kat rumah aku ni.
Lepas tu, aku cari-cari lah buku kat rak tu.
Tiba-tiba, aku jumpa buku ni.

So, aku nak cerita sket lah dekat korang.
Mungkin ada yang dah tau benda ni,
tapi ada jugak yang belum tau kan?

Cerita aku ni ada kena mengena dengan gmbr DOLL
kat atas tu.

Dalam buku tu,
aku baca tajuk ni,
"Jangan Menyimpan Patung dan Gambar Makhluk Bernyawa".

Korang tau kan,
malaikat tak akan masuk rumah yang di dalamnya
terdapat patung.

Patung yang macam mana?
Patung yang lengkap seluruh aggotanya.
Maksudnya di sini,
Dia ada mata, tangan, mulut,
dan semua yang ada pada makhluk bernyawa.
Iaitu manusia dan haiwan.

Kalau korang pegi rumah orang lah kan.
Tak kisah lah,
rumah tok wan korang ke,
mak cik korang ke,
member korang ke,
mesti korang jumpa patung.

Zaman moden ni kan,
kat rumah2 orang ni,
selalu je kita tengok
perhiasan2 dalam rumah,
kat taman2 di rumah diaorang lah biasanya ada benda2 ni.
Tak kira lah patung batu yang berbentuk singa ke.
apa2 lah.

.Magnetisme.
ini adalaah unsur yang muncul kerana
adanya patung-patung yang boleh
menarik kedatangan syaitan2.

Syaitan2 boleh melihat patung2 tersebut dari jauh.
Mesti korang terfikirkan sebab apa?
sebab.
Patung2 tu memiliki pantulan cahaya atau wap yang
tak boleh manusia lihat dengan mata manusia.

[Terbukti secara ilmiahnya,
bahawa,
setiap tubuh mempunyai radiasi khusus yang
ditentukan oleh
bentuk fizikal dan atom-atom.]
(oleh Dr.Ali 'Abd Al-Jalil Radhi, I' rif Ruhaka)

Aku baca lagi kat buku tu,
Mainan kanak-kanak tidak menarik syaitan.
Jangan keliru yah pembaca.

Aku masih ingat dulu,
aku pernah tanya dengan ustazah aku,
ustazah aku ni dulu belajar dekat Mesir.
So, ustazah aku bagi tau yang mainan kanak-kanak saja yang dibenarkan.
aku tanya punya tanya.

Baru aku faham.
Tambah lagi, fakta dari buku yang aku baca ni.
Bezanya mainan kanak2 dengan patung2 yang lain.
Mainan kanak2 ni tidak disimpan begitu saja.

Patung yang tidak dibenarkan adalah
patung2 yang menjadi perhiasan semata-mata.
tidak pernah diusik.
hanya dapat dilihat.
contoh di Muzium (kat sini banyak jin)

Ustzah aku cakap,
patung tu, kalau disimpan saja,
sama jugak macam kita mengagung-agung kan dia.
tak boleh usik lah,
simpan tempat yang tinggi lah.
Tambah lagi, simpan kat almari kaca yang cantik.
Umpama kita menyimpan berhala di rumah kita.

Gambar? Foto?
Dalam buku ni ada cakap,
gambar ke, patung ke, sama juga.

Rasulullah S.A.W berkata:
"Orang2 yang melukis gambar2 ini akan diseksa. Kepada mereka akan dikatakan,
'Hidupkanlah apa yang telah kamu ciptakan'."

Tahun lalu,
semasa aku masih lagi bergelar budak asrama.
Histeria berlaku di asrama aku.
lebih kurang 2 minggu.
Tiap2 hari.
Tiap2 masa.
Ada saja budak2 histeria.
Dan pihak sekolah aku pun panggil lah paranormal.
Paranormal yang menggunkan kaedah Islam tau.
Waktu asrama kitaorang nak kena pagar(klu korg dak asrama, tau lah benda alah ne ye).
Dia cakap,
"kalau betul2 tak nak histeria ni berlaku lagi,semua gambar2, patung2
mesti buang.
Tak nak buang, bawa balik. Pastikan benda2 ni tak ada di asrama."
kata Pak cik tu.

Ada sorang budak tanya:
"Kalau gambar family?"

Pak cik tu jawab:
"Tak boleh. Yang penting namanya gambar dan patung2. Tolong! Jangan letak di asrama.
Kerana, benda2 ini lah salah satu faktor yang mengundang kedatangan makhluk2 halus tu."

...............................................................................................................................

Tapi hakikatnya,
rumah aku pun banyak patung.
Tapi, patung mainan kanak2 lah.
selamat2! haha.
Tapi, kalau pasal gambar2 tu.
memang tak selamat.

SEKIAN.
Wallahu a'lam.

p/s: maaf sekiranya saya menggunakan bahasa yang kesat. (^___^)

2 comments:

  1. gambar juga kah????????????
    bukan kalau yg 2D ndak papa??

    ReplyDelete
  2. Errmm..
    dalam buku tu cakap.
    apa2 gmbr yg berupa bentuk makhluk yg bernyawa.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...