Saturday, January 22, 2011

Kejamnya MANUSIA!

AMARAN: Jangan baca kalau tak sudi ataupun tak nak sedarkan diri.


siapa manusia??
aku?
kamu pembaca?
kita semua?

Ehemm..
.manusia.
Tadi lepas solat subuh.
aku trus turun.
tengok TV.

Macam biasa.
.KBS WORLD.
aku tengok satu dokumentari ni.
tapi, dia bukan cerita pasal negara 
KOREA.

Dia cerita pasal negara di Asia.
Iaitu
.CHINA.

Tengok punya tengok.
TING TONG!!
rasa nak muntah pun ada.
rasa geram.
bercampur-baur yah.
saya ulang.
rasa nak muntah.

Nak muntah pasal apa?
Darah haiwan yang kena sembelih?
Melihat sifat keji sekumpulan manusia.
Zalimnya manusia.

Sedar atau tidak,
manusia ni tak ada guna nya pun pada persekitaran.
Korang ingat haiwan tu perlukan manusia ke?
Korang ingat tumbuhan tu nak kawan dengan manusia?
haha. Fikir baik-baik yew.

Kalau korang dok belajar sains pun.
Ada korang belajar rantai makanan macam ni ::
Padi------->Tikus------->Ular-------->Helang------->MANUSIA

haha. wa tanya sama lu ah.
ada manusia yang nak makan helang?
Manusia makan padi?.
memang pun.

PADI= producer

MANUSIA=perosak

sesuainya!!!

Balik kepada pokok pangkal yew,
manusia ni diciptakan dengan perasaan.
perasaan?
haiwan gak.
Tepuk dada tanyalah diri weyh.

Kenapa manusia begitu tamak sampai melupakan perasaan haiwan?.
Ingat kau sorang je ada perasaan.
Haiwan juga mahh.
Kesian aku tengok UNTA tu nangis.(ta penah tgk haiwan nangis? haiwan pun nangis tau!)
meraung-raung lah.
Fuuhhh!! hidung unta tu berdarah-darah tau kena cucuk.
Manusia tu nak buat apa cucuk2 bagai tu?
nak buat tanda lah.
Nak buat tanda yang unta tu milik dia.

Hakkelllehhh..
Cara yang kejam jugak yang dia pilih yew.

Tu lah orang kata,
tak ada sifat pragmatik.
Ikut suka hati saja.


Bukan tu saja.
PAK CIK tu pun bela KUDA.
Apabila KUDA tu dah mencecah umur 10 tahun,
semua kena latih.
memang lah haiwan kena latih kan?
supaya pandai.
sama gak dengan manusia.
kalau tak diajar dengan betul.
rosaklah!
Tapi, hakikatnya, cara pak cik tu latih kuda-kuda tu dengan cara kejam okeh?
korang rasa lah.
patut ke WINTER dengan suhu mencecah -30 darjah
kuda-kuda tu dia suruh lari keliling siap kena hembat dengan rotan lagi.
beku lah kuda-kuda tu beb.
sedangkan aku tengok misai pak cik tu dengan kawan2 dia pun dah beku.
Ni kan pulak bulu2 kuda tu.
Ambil perhatian kat sini:
kalau korang jadi penternak haiwan macam pak cik ni, jangan berlaku kejam yew.
Haiwan pun ada perasaan jugakkk lah.

Tak habis di situ okeh,
selepas dilatih, kuda tu kena TEKAP dengan
cop mohor (ntahh lah, mcm tu lah aku tgk).
Cop mohor besi? 
yang telah dipanaskan.
ahhhh!! lepas tu, sedap2 oren je pak cik tu tekap kat badan kuda tu.
Masya-Allah! Kejam+tak berperikemanusiaan.

Kejam sungguh!
Seterusnya, dokumentari tu siarkan pulak,
kerja-kerja sekumpulan pak cik ni.
"HUNTING!!"
macam korang tak tau, kalau winter tu banyak BEAR kan?
haiyyahhh.. Gembira sakan lah pakcik2 tu yew?
Dah tembak BEAR tu, 
dengan senang hati dia sembelih bear tu.
lepas tu dia buat apa?
Bulu bear tu dia tarik sekuat-kuat hatinya.
Dah selesai semua, dia letak baik2.
betul-betul tamak lah.

Tau ke kenapa dia letak baik2?
hahhh!!
dia nak jual lah pada kilang.
Lepas tu, hasilnya.
Baju2 sejuk yang manusia2 pakai.
(perhatian, tak semua baju sejuk yah?Mesti pandai beza.)
SEE!!
BERGAYA!! LAWA!! CANTIK!! BEST PAKAI!!
tak cukup?
MAHAL SIOTT!! 
tu cara kuno nak dapatkan bulu haiwan beb.


Kalau korang nak tau cara moden.
aku dah tengok video tu dengan mata kepala aku sendiri.
Ceyhh, bukan kepalang beb!
Guna inject lah.
Guna eletrik yang ber-voltan tinggi lah.
Main bunuh direct lah.
Tak pun, kurung haiwan di tempat yang sangat2 luas (tapi sebaliknya iaitu kecil sgt2).
Mati lah haiwan tu. Mana haiwan dok senang dalam tempat kecil yang merangkumi setengah luas dari badannya.

Lihatlah cara kita(manusia) mendapatkan bulu haiwan?
Tak beretika?
Tak berperikemanusiaan?

SEE!!!
Sedarlah manusia.
Hakikat sebenarnya, manusia ni hanya sebagai perosak di muka bumi ni.
Lupakah kita pada tanggungjawab kita di muka bumi ini?

Kita tidak pernah puas dengan apa yang kita miliki.
Bahkan sentiasa dahaga dalam mengejar
KEPUASAN, KEKAYAAN, DARJAT & KEDUDUKAN.


Surah Al-Ma'arij.(70:19-22)


70:19
Sahih International
Indeed, mankind was created anxious.

70:20
Sahih International
When evil touches him, impatient,

70:21
Sahih International
And when good touches him, withholding [of it],

70:22

Sahih International
Except the observers of prayer -



Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); -

Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;

Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;

Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang.


p/s: sekian, maaf sekiranya terkasar bahasa. Saya juga manusia biasa. (^_^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...