Sunday, March 13, 2011

Lain orang lain cara.


Tak semua orang cara dia
SAMA.

aku dengan cara aku sendiri.
anda dengan cara anda sendiri.

PEPERIKSAAN?
aku suka belajar last minit.
bila esok subjek tu,
baru aku berteriak tak ingat dunia,
belajar hingga larut malam
mengalahkan
burung hantu berjaga malam.

setiap lembaran tidak ku fahami.
bagi aku,
faham tak faham,
teruskan sahaja,
yang penting,
aku khatam semua bab yang akan keluar.

Bila nak melangkah ke dewan peperiksaan,
aku bawa buku rujukan setebal
yang mungkin.
Dengan harapan aku dapat habiskan semua.
walhal, ianya
tidak seperti yang dirancang.
2 lembar pun tak sampai.

FOKUS?
orang kata,
kalau nak senang memahami sesuatu,
kuncinya ialah,
menatap mata orang yang menyampaikan sesuatu dengan kita.

aku macam tu juga la.
sambil aku menatap matanya,
sambil jari-jemari ku mengenggam
erat pen. lalu
berlari marathon di atas
examination pad.
atau lebih dikenali dengan
kertas kajang.

aku tak boleh fokus kalau,
tak tulis apa-apa.
kalau tak,
alamat bulu mata atas
dan bulu mata bawah
berpeluk erat sesama sendiri.
(dan itu sangat gay)

maka dengan itu,
aku tak boleh nasihat anda
bahawa,
"kau mesti belajar setiap hari hingga larut malam,
paling awal pun kau tidur pukul 3."
oh,
tak mungkin.
Cara aku, cara aku.
Cara anda, cara anda.

KAMSAMIDA
(^____________^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...