Thursday, April 14, 2011

Saengil chughahabnida !!!


Salam,
Aniyasayo dogja.

Hari ni aku buat entry pasal,
sepupu aku ni,
ANDY NUREHAN ADIBAH RAHIM.

Ni lah sepupu aku
dari aku dalam perut lagi tengah tunggu masa untuk dilahirkan,
dia sudah lahir.

Dia dulu yang tengok dunia ni,
aku lambat 7 bulan lebih.
Sebab tu dia lebih pandai dari aku.

Serius cakap,
tak dapat nafi,
otak memang geliga la!

Zaman bayi kami lalui bersama,
waktu dia sudah berjalan, 
aku masih merangkak.
Waktu dia bawa-bawa buku ke sana ke sini
mengalahkan seorang profesor
dan terlalu aktif mengajukan soalan pada bapa aku
masa di Sandakan dulu,
aku masih lagi berhingus-hingus belajar ABC.

Setiap hujung minggu dia datang rumah aku,
kami selalu bermain bersama.
Dia dengan keluarganya selalu bawa
makanan.
KAMI PUN MEMBESAR SAMA-SAMA.
SAIZ PUN LEBIH KURAANG JUGA!

Aku terpisah dengannya sementara sewaktu tadika dan sekolah rendah.
TIBA-TIBA,

aku berjodoh dengannya 
waktu sekolah menengah.
Namun kelas aku tak berjodoh dengan kelasnya,
macam aku cakap tadi,
dia lagi pandai dari aku.
dia 1A, aku 1B.
dia 2A, aku 2B.

Waktu tingkatan 3,
kami berganding semula.
DI KELAS YANG SAMA.
Meja kami berjiran sahaja.
Sepanjang kami berada di SMK TAWAU,
banyak benda yang kami buat bersama.
Kami pergi camping bersama, kawad kaki bersama,
BERLAYAR bersama.

Kalau benda tu, dia tak dapat, aku pun tak dapat.
Kalau benda tu aku dapat, dia pun dapat.
Kebanyakannya, kami kira sama nasib lah.

Waktu PMR dulu,
kami dua-dua dapat 8A.

Kemudian,
kami berjodoh sekali lagi di MRSM TAWAU.
Walaupun  pada mulanya, 
dia tak mahu masuk MRSM atas sebab tertentu,
waktu tu,
aku nangis sebab aku rasa aku tak da kawan.
Walaupun dia cakap, banyak kawan baik kitaorang yang masuk MRSM.
Aku tetap rasa tak boleh, sebab dia tak da.
(aku selalu nangis waktu tu)

Waktu di MRSM,
AKU SATU BILIK DENGAN DIA.
KATIL KAMI SEBELAH SAHAJA.
Aku satu kelas dengan dia.
Aku sebelah meja dengan dia.
Aku selalu makan dengan dia.
Aku ketawa dengan dia.
Aku belajar dengan dia.
Aku lepak dengan dia.
Aku bergaduh dengan dia.
Aku riadah dengan dia.
Aku mengaji dengan dia.
Aku tidur dengan dia.
Aku nangis dengan dia.
Aku menghabiskan duit dengan dia.
Sampai orang gelar kami ANDISQUARE.
andi kuasa dua okeyh.
Ustaz gelar kami ANDIANI
yang bermaksud dua andi.

Kadang-kadang aku rasa,
macam dunia tu,
kami berdua sahaja yang wujud.
Boleh pulak Dewan Selera yang besar tu,
kadang-kadang kami dua orang saja yang makan berdua.
Orang yang lain semua berkumpulan.

Dalam suka-suka itu,
pasti ada duka,
aku pernah gak gaduh-gaduh dengan budak ni,
masing-masing ada ego masing-masing.
masing-masing ada kekejaman masing-masing.
Paling lama gaduh pun adalah makan 3 hari jugak.
LUCU jugak kalau ingat-ingat balik.
Memang lucu plus aku rasa macam diri ini bodoh jugak.

Dan,
sampai sekarang,
hubungan kami itu ibarat isi dan kuku,
bagai dakwat dan pen.
Memang selalu jugak kami habiskan masa bersama.

DULU-DULU,
kami selalu jalan sama-sama.
Melancong pun sama-sama.
Banyak benda lah kami buat sama-sama.

KALAU BOLEH,
aku nak sama university dengan dia.
aku nak jadi doktor dengan dia jugak.
satu hospital dengan dia.
hehe~

BOLEH MEYH?
kalau misal aku pergi dulu meninggalkan dunia ni,
jangan kenang-kenang terus diri ini.
(^________^)

Apa-apa pun,
hari ni hari lahir dia.
14 APRIL.
aku harap dia sentiasa berjaya di dunia dan akhirat
di bawah rahmat ALLAH S.W.T.
AMIN YA ALLAH!













KAMSAMIDA
(^_______^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...