Sunday, May 15, 2011

Hidupku sebagai budak asrama (Bhgn 2)





Waktu petang-petang macam ni,
orang lain sibuk beriadah,
berjalan-jalan,
menghirup udara yang segar
dan mengamati
keindahan pemandangan di MRSM TAWAU.

Tapi aku?
semasa masih di tingkatan 4,
waktu petang,
 aku habiskan 
dengan,
bermanja dengan katilku.
Kalau tidak pun,
kain-kain yang sudah aku gunakan,
Aku cuci dengan penat lelah dan keluhan.

Memang setiap petang,
itulah rutin harian ku.
HIDUP DI ASRAMA,
sungguh membosankan pada masa itu.
SETIAP HARI,
aku lalui rutin harian yang sama.
tidak ada perkembangan.

Kalau dah dekat jam 4.30 petang,
aku berlari-lari menuju ke tandas,
sambil membawa peralatan mandi,
dengan berbekalkan keazaman,
untuk BOOKING tandas.

Setelah itu,
aku ke DORM semula,
buka LOCKER cari makanan,
maggie lah pujaan hati setiap budak asrama.
kadang-kadang aku makan maggie ditemani oleh sapokkk sejati 
ANDY NUREHAN ADIBAH RAHIM.

dah makan, dah puas,
walaupun tak kenyang.
tapi hati rasa senang.
Jam 5 petang,
aku pun berlari-lari anak ke tandas.

Dalam tandas,
memang riuh mengalahkan pasar ikan.
Setiap tandas,
ada sahaja yang mendendangkan lagu kegemaran masing-masing.
memang tak ingat dunialah.
TAPI GEMPAK!

aku masih ingat,
jam 6 petang,
blok-blok asrama mula sunyi.
semua pelajar dah ramai gerak ke surau.
waktu tu lah,
hati sangat sayu.
mengenangkan ibu bapa di rumah.
SEDIH!

selepas solat maghrib,
sesi pengajian al-Quran bermula.
Aku bersyukur dapat mempelajari tajwid & cara bacaan yang betul
daripada Ustaz Abdul Rahman
(ketua Imam Masjid Al-Qaustar)
dan ustaz dan ustazah yang lain.

Kemudian solat isha'.
Selepas itu,
semua orang sibuk bersiap untuk ke kelas
(PREP-kelas persediaan).
Seperti biasa,
zaman tingkatan 4 ku adalah zaman santai,
HONEYMOON,
SILENT HOUR bertukar menjadi CRAZY HOUR.
kelas AMANAH yang aku duduki,
bagaikan kelas pelawak antarabangsa
bagaikan kelas penyanyi antarabangsa
bagaikan kelas orang gila kelas pertama.


Kadang-kadang,
waktu prep malam,
aku gunakan untuk Qada' masa2 tidur ku,
aku gunakan untuk mengisi perut dengan makanan yang tak sihat,
aku gunakan dengan benda-benda yang tidak befaedah seperti melepak.

Jam 9.30 malam,
semua orang mula berkemas-kemas untuk makan malam
dan pulang ke dorm.
walaupun ada setengah jam lagi sebelum habis masa prep.
Itulah budak mrsm tawau,
paling senang hati kalau masa belajar dah nak habis.






.....BERSAMBUNG.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...