Wednesday, April 27, 2011

Siapa cakap aku tidak berhati perut?

Perut ada hatikah?
atau hati ada perut?

ANDA fikir sendiri lah yah?

kenapa?
anda ingat aku kejam kah?
OUH! TIDAK SAMA SEKALI.

Biasanyalah,
kalau anda pergi lepak-lepak,
minum-minum dengan aweks ke,
dengan bapuk ke,
yang penting lepak lah,
menghabiskan duit mak bapak anda,
tanpa rasa belas kasihan sedikit pun,
(hiperbola yah kenyataan aku).

Sesuatu yang normal,
kalau anda dengan khusyuk & tawadduknya 
bercerita & mengumpat
orang-orang lain,

TIBA-TIBA,
datang seorang anak kecil,
ataupun mamak budak yang mendukung bayinya,
ataupun anak remaja yang sihat fizikalnya,
berpakaian lusuh,
muka comot,
agak berbau,
berselipar jepun,
sambil tadah tangan minta duit dengan anda.

Kalau aku,
DULU-DULU,
aku bagi saja 20sen, 50sen,
apa-apa lah duit sen yang ada,
yang penting budak tu dapat,
lepas tu pergi.
KESIAN JUGAK dengan nasib mereka.

TAPI SEKARANG,
aku buat-buat tak tahu,
tapi dalam hati,
rasa ingin menangis,
kerana ketakutan.

KENAPA?
anda nak cakap aku tak berhati perut?
yah. silakan!

TAHUKAH ANDA?
aku telah mengalami satu peristiwa,
di mana, seorang budak kecil berumur sekitar 9 tahun,
datang ke meja makan keluarga aku di sebuah restoran di tepi pantai,
dia minta duit,
BAPA AKU LARANG BAGI.
tapi mak aku bagi duit pada budak tu.

habis keliling satu restoran tu,
setiap meja yang dia pergi,
satu orang pun tak bagi duit pada budak tu.
(AKU PELIK. SERIUS PELIK)

TIBA-TIBA,
budak tu datang semula,
minta duit lagi,
kemudian bapa aku cakap,
"Tengok budak ni, tadi kan bapa bilang nda payah bagi. Beginilah perangai dorang ni."

Bapa aku panggil pelayan restoran 
suruh bawa budak tu pergi main jauh2,
serius cakap, 
siapa berselera makan dengan ada budak macam gitu,
ada bau2 lagi,
tangan dia dekat dengan tangan aku,
memang kotor lah.
(bukan menghina yah, ni kenyataan)

Apabila pelayan restoran tu panggil budak tu,
dia tak mau lari.
dia berdiri jugak di situ.
tak mahu berganjak.
masih nak minta duit.
Terus pelayan restoran tu tarik budak tu,
budak tu duduk di lantai,
lepas tu,
dia menangis,
dia maki hamun keluarga aku.
(TENGOK tu. budak tak pandai bersyukur! siap sumpah2 lagi)

SERIUS CAKAP,
MEMANG MALU.
banyak orang yang tengok.

ADA SATU LAGI PERISTIWA,
ni bukan aku alami,
tapi mak dan kakak aku,
di pasar raya beli belah,
di luarnya,
ada  dua orang remaja sihat tubuh badan,
dia minta duit dengan mak aku,
mak aku pun nak bagi lah,
tapi lama jugak mak aku cari duit syilling dalam beg dia,
dengan tidak sabar & tidak berperikemanusiaan budak2 remaja itu,
mereka TARIK TUDUNG mak aku,
lepas tu LARI.

KALAU ANDA KE SINI,
tempat aku,
TAWAU, SABAH.
memang banyak budak-budak peminta ni.
Kebanyakan mereka tak da surat (surat sah menetap di Malaysia).

kalau budak-budak ni minta dengan baik,
aku pun kesian jugak dengan dorang,
tapi kalau dah main tarik-tarik baju orang,
main sentuh-sentuh tangan orang,
main paksa-paksa,
tak berhenti-henti,
siapa tahan kan?

NASIHAT AKU,
tak payah bagi dorang duit.
ITU SAMA JUGAK KITA
bagi dorongan & galakan untuk mereka terus melakukan kerja-kerja sedemikian.

KALAU kurang upaya memang kesian jugak la,
ni sihat tubuh badan, 
minta-minta dekat orang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...