Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru yang ke-40





Salam.
Hari ni hari yang sangat menggembirakan.
sangat ceria & gila2.

Pasal apa?
pasal aku dengan kawan2 aku dapat berkumpul sama2 lagi.
dan yang paling menggembirakan adalah,
dapat lawat guru-guru kami.


GEMBIRA HABISlah.


ALHAMDULILLAH.
Kami disambut baik oleh guru-guru
dan warga maktab.
(^________^)

KAMI
iaitu

ASNAWI
ALIFF
AIZAT
SAAD
RAHMAT
RIZAL
AFNAN
ZULFARHAN
NASARULLAH
HAZIQ
HENRA
HENRY

SHAFIQAH
MUNIZA
REHAN
YIYIN
ISTIQFARINA
CITRA
SAFIANA
SHIMAH U
ZAIMAH
RAHIMAH

adalah antara anggota2 yang pergi memeriahkan suasana.
walaupun ramai kawan2 kami yang tak dapat datang
kerana 
sibuk menguruskan hal pelajaran dan sebagainya.

Tapi kami yang ke maktab kami,
adalah untuk mewakili rakan-rakan seperjuangan
SPM 2010
untuk berjumpa dengan guru-guru
sempena dengan HARI GURU.

Tak dapat digambarkan perasaan gembira
dapat bertemu kembali dengan
warga pendidik yang begitu berdedikasi
dan tidak pernah putus asa
dalam mendidik kami sebagai pelajar
MRSM TAWAU (SPM 2010).

Bagi kami
PELAJAR SPM 2010
(MRSM TAWAU)

guru-guru kami adalah guru-guru yang terbaik.
guru-guru kami adalah guru-guru yang cemerlang.
guru-guru kami adalah guru-guru yang berdedikasi.


Sempena hari guru ini,
"Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat guru-guru yang telah bertungkus-lumus mendidik saya dari saya tadika sehingga ke hari ini. Tanpa guru-guru, siapalah saya sehingga ke hari ini. Maafkan segala salah dan silap saya. Halalkan segala ilmu yang guru-guru berikan pada saya. Jasa guru-guru semua tidak mungkin dapat saya balas kesemuanya. Hanya doa terhadap kesejahteraan dan kesenangan guru-guru yang saya kirimkan. Semoga dirahmati Allah S.W.T. TERIMA KASIH GURU!"

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...