Wednesday, June 29, 2011

SEMANGAT oh SEMANGAT!


anda tahu,
dalam dunia ni,
semua manusia mempunyai perasaan
yang dikurniakan
oleh ALLAH S.W.T.

Dan perasaan tersebut,
hanya boleh dijiwai oleh anda sendiri.
MAKSUD AKU,
kalau anda sedih lalu menangis,
tidak semestinya kawan anda jugak akan merasa sedih lalu menangis.
TIDAK SEMESTINYA.

harap maklum,
keterangan di atas hanyalah iklan semata-mata.

aku sangatlah geram apabila,
semangat aku yang berkobar-kobar
tiba-tiba luntur dek sesuatu benda yang menggeramkan.
 (ini hanya perumpamaan aku sendiri) IBARAT
 atlit berlari marathon di khalayak ramai
tiba-tiba jatuh tersungkur, lalu gigi pun bertaburan di atas jalan.

SEMANGAT ni ada pasang surutnya.
kadang kala dia datang bertandang,
kadang kala dia bermalam,
kadang kala dia pergi jauh2 untuk merantau,
kadang kala dia hanya singgah menjamah diri anda.

Ada orang yang bersemangat untuk,
BELAJAR,
ada pula yang semangatnnya membuak-buak untuk,
TIDUR,
ada pula yang semangatnya samar-samar untuk,
BERUBAH.

Kadang-kadang,
diri aku sendiri pun,
kalau dah stress, semangat yang begitu utuh hilang begitu sahaja.

SEMANGAT ni,
dia hilang bukan sebab dia yang nak,
tapi, dari pendirian diri kita sendiri.
Ya lah,
manusia ni kan banyak dipengaruhi dengan persekitaran mereka.
Jadi, tak hairanlah kalau semangat tu hilang dengan sekelip mata.

CONTOH,
anda dok sibuk hafal formula sampai mulut terkumat-kamit, termereng-mereng, tersumbing-sumbing dengan penuh semangat ni. Tiba-tiba, adik anda pergi main PSP dekat anda. Dengan bunyi2 yang datang dari permainan PSP tu, anda pun tersentak serta goyah, lalu longlai. Lepas tu, perlahan-lahan tutup buku. :)

kenapa begitu?,
anda tanya diri anda sendiri.

SEMANGAT ini
boleh datang kalau kita jemput.
mestilah dengan kad undangan.
FAHAM MAKSUD AKU?

MAKSUD AKU,
kalau kita nak semangat itu datang,
kita mesti buat sesuatu yang membangkitkan semangat itu,
kita mestilah luruskan niat, kuatkan hati untuk menentang segala kemungkinan yang akan mahupun bakal terjadi dan bukan mengharapkan ganjaran semata-mata.

Kesimpulannya,
IKHLASKAN HATI DAN LURUSKAN NIAT.
INSYA-ALLAH BOLEH!
(^_____________^)

KAMSAMIDA!

1 comment:

  1. semangat ni kalau boleh datang kalau kita jemput, mestilah dgn kad kad undangan! saya sukaa :D

    kaka mumun, entry ini best :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...