Wednesday, June 8, 2011

Tekanan & malas melayan cerita indon.



Macam anda tak kenal,
sinetron indonesia,
kalau 
tak panjang lebar.

Memang
TAK SAH!

kalau tak lebih 
berpuluh-puluh episod 
memang tak sah.
Kalau boleh,
dia nak beratus-ratus episod.
macam
BAWANG MERAH BAWANG PUTIH?
aku pun tak tahu kenapa.
padahal,
jalan cerita sama jugak,
itu-itu jugak yang dia
belit-belitkan tiap hari,
Tak bosan begitu?


Setelah aku frust layan drama indon baru-baru ni,
iaitu,
KEJORA DAN BINTANG.
aku dah tak layan dah cerita indon ni.
CINTA MELODY?


anda fikir aku peminat setia?
tak mungkin!
paling2 aku jeling-jeling saja,
lalu-lalang sja depan tv tu.
tak lah duduk di sofa 
lalu khusyuk dan tawaduk tengok benda tu.
sambil berperasaan.
OUH TIDAK!


cukup lah sampai drama
KEJORA & BINTANG 
hari tu.
aku dah cukup muak.
muak dengan fikiran dan cara penceritaan drama tersebut.


Tahu tak?
drama2 dorang ni,
banyak mendidik kepada sifat tamak,
rakus, dengki-mendengki,
memberontak, tak PUAS HATI?
Yah?
Takkan Malaysia nak didik rakyat dia dengan benda2 berpengaruh 
yang tidak sihat ni?
MESTI,
waktu anda tengok drama2 ni,
sampai melenting, tak puas hati.
TEKANAN PERASAAN.
Iyalah.
Sebab aku alami jugak masa2 menonton tu.
bukan korang saja.


Kadang-kadang tu,
kononnya lah nak sampaikan dakwah,
kononnya beriman lah watak tersebut,
tapi entah apa2 jugak dia buat.
Last2,
 memalukan agama sendiri.


aku rasa drama KOREA
jauh beribu batu lebih baik dari drama Indonesia tau?
dari segi logic dan jalan cerita lah
kenapa KOREA? bukan MALAYSIA?
iyalah.
drama negara kita ni,
macam dua kali lima jugak lah dengan drama indonesia ni.
tapi, TAK SEMUA.


Tengok sendiri lah sekarang,
nilai lah sendiri macam mana drama2 kita,
MULA nak mengarut.
macam2 lah.
benda2 yang tak logic kan?
drama2 indon tu kan banyak yang tak logic.
kalau nak tengok drama2 Malaysia yang melalut-lalut,
pergi lah astro PRIMA ka,
astro WARNA ka,
astro CERIA ada jugak.
banyak sangat tu terpengaruh dengan cerita indon.


drama2 Malaysia yang masih tersimpan baik dalam hati aku,
yang memang meleleh lah air mata kalau tengok,
drama PONDOK BURUK.
& DENAI BERBISIK.
phehhhh.
MENUSUK JIWA DAN RAGA.
banyak pengajaran.


Wahai pengarah2 Malaysia,
cubalah selitkan nilai2 
KEINSAFAN DAN PENGAJARAN
yang berguna untuk penonton2 Malaysia ni.
Jangan nak siarkan drama yang melalut-lalut.
TAK ADA FAEDAH tahu?
Kalau setakat nak dapat kutipan berjuta-juta,
tapi tak da kesan baik pada penonton.
aku tak tahu lah nak cakap apa.


p/s: 
SILA SEDAR DIRI
dan maaf terkasar bahasa!
(^_______^)

2 comments:

  1. amboii. pedasnya. menangis dorang baca. haha. trus disemburnya kau mun.

    "kau lah p buat satu drama! " hahaha =D.

    ReplyDelete
  2. haha ! lucu bha baca ney entry . sebab aku pun ndak sukak jugak ! sumpah meluat ! huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...