Sunday, July 31, 2011

Ni kali ke-2 kowt aku post pasal RAMADHAN.


Assalamualaikum w.b.t.
Bila cakap soal ramadhan,
banyak yang dah buat persiapan.
Tak kira umur berapa pun.

sedangkan sekarang di FACEBOOK,
berapa ramai manusia yang buat event 
SAHUR dan macam2 lagi.
Bagus jugak budak2 ni, maksud aku,
manusia2 sekarang ni,
saling mengingatkan bahawa,
ramadhan akan datang tak lama lagi.

Dan bila kelmarin,
aku teman mak aku pergi beli barang2,
pergi pasar beli ikan dan sayur.
Lalu depan pasar sayur yang besar tu,
tiba2 aku tengok satu banner besar,
kata2 itu memberi maksud yang tersirat.
Orang yang baca & faham betul2 sahaja yang faham dan berfikir.

Yah,
aku terfikir.
berapa ramai umat ISLAM yang tidak menghormati bulan tersebut.
ada jugak yang ISLAM, tapi tak puasa,
duduk minum2 kopi di kedai kopi CINA.
ada jugak dengan bangganya,
isap rokok di depan khalayak ramai.
Ada pula yang remaja, 
beramai-ramai membawa minuman sambil berjalan-jalan keliling bandar.
ada yang mengaku bukan islam,
makan2 di KFC, MCD dan sebagainya.

Bagi aku lah,
kalau anda tu tak puasa disebabkan keuzuran iaitu uzur syari'e.
atau pun tak puasa disebabkan kemalasan dan sebagainya.
Tak payah tunjuk-tunjuk dengan penuh bangga yang anda tu tak puasa.

Sesungguhnya,
BERPUASA itu rukun ISLAM yang ke-3.
yang pertama dan ke-2,
iaitu mengucap dua kalimah syahadat dan SOLAT 5 waktu sehari semalam.
tiga-tiga itu adalah wajib bagi seorang ISLAM.
Sekian harap maklum dari aku,
peringatan buat semua yang di luar sana termasuk diri aku sendiri.
Betulkan aku kalau ada yang tersilap.

(^_______________^)
p/s: maaf sekiranya terkasar bahasa.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...