Wednesday, July 27, 2011

Ramadhan!

Assalamualaikum w.b.t
Bulan Ramadhan akan bermula tidak lama lagi.
Ramai dah yang buat persediaan menyambut ramadhan al-mubarak ni.
Aku pun tak sabar-sabar dah ni.

Tahun ni lain sikit daripada tahun sebelumnya,
kira keseluruhan bulan ni,
aku akan bersahur dan berbuka puasa dengan semua ahli keluarga ku.
Sebelum ni tidak, ala maklumlah tinggal di asrama.
Kakak aku pun Uni, abang aku pun sama.

Seronok jugak waktu berpuasa di asrama dulu,
sahur ramai2, buka puasa ramai2, buat ibadah ramai2.
ada jugak bazaar ramadhan.
Yang paling aku ingat masa,
nak berbuka tu,
kitaorang ditugaskan untuk menyediakan makanan bermula jam 5 petang di dewan selera.
Setiap hari, mengikut homeroom, berganti-ganti bertugas mengikut jadual.
Gembira tidak terkata!




Kalau dah akhir2 ramadhan tu,
dah nak balik kampung masing2 untuk menyambut kedatangan syawal pulak,
mulalah,
aktiviti berbuka puasa di luar maktab.
macam2 lah kertas kerja yang datang di bilik HEP.
Perasaan keluar maktab tu, susah nak digambarkan dengan kata2.
Ibarat, banduan keluar dari penjara.






Memang tak boleh lupa lah kenangan bersama kawan2 aku ni.
Mudah-mudahan, sempat lah aku menyambut ramadhan kali ini.
Begitu juga dengan keluargaku, guru2 ku serta rakan2 ku.
Moga-moga dirahmati Allah S.W.T. 
INSYA-ALLAH!!!



Akhir sekali,
bulan ramadhan itu bulan yang mulia.
Maka, wahai saudara seISLAM ku semua.
Mari kita manfaatkan bulan ini dengan membanyakkan
ibadah dan amal jariah.

Walaupun begitu,
dalam begitu seronok2 menyambut ramadhan,
bersahur dan berbuka bersama keluarga,
jangan sesekali kita lupa pada saudara seISLAM kita,
yang berada di luar sana yang masih ditindas
dan berada dalam kebuluran.
Peringatan buat semua termasuk diri ku sendiri. 

p/s: maafkan saya jika ada salah dan silap sepanjang saya menjalani hidup ini. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...