Tuesday, July 26, 2011

SILA SEDAR DIRI~!


Assalamualaikum!
Pagi2 ni mesti semangat!
Tak boleh lemah longlai macam jelly2 tu.

Pagi ni aku nak cerita pasal?
yah!
tepat sekali.
Pasal pemandu2 yang berhemah.

di perincikan kepada,
pemandu bas awam atau, di sini lebih sinonim dengan nama
BAS BERHENTI-HENTI.

Sungguh aku cakap,
pemandu2 bas ni,
kebanyakannya bawa bas dengan tidak ada langsung sopan santunnya,
malah belagakkkk hebat.
Kadang-kadang aku tanya diri aku,
dorang ni sedar kah tidak dengan badan dorang yang besar lagi panjang?

Aku tak kisah sangat lah pasal saiz dorag ni,
tapi, perangai bas ni.
Ya ALLAH, tuhan sahaja yang tahu.
Aku ni memandu sepanjang masa beb!
maka, tahulah aku keadaan yang sebenar-benarnya.

Sebelum dapat lesen,
kita akan belajar signal 3 saat atau lebih sebelum memotong atau belok ke mana2 yang anda suka,
malangnya, kebanyakan bas (aku tak kata semua),
suka hati dorang mahu potong, mahu belok.
Aku ni yang lemah jantung hampir terlanggar bas gaban2 ni.
Kalau kereta aku besar macam bas dorang tu,
sudah aku langgar.

Bukan itu sahaja okay,
bas ni suka berhenti di mana2 sahaja,
aku tahu lah nama bas tu, BAS BERHENTI-HENTI,
tapi, agaklah.
Suka hati pemandu bas ni mahu berhenti di mana,
hentian bas tak da pun, dia berhenti juga.
Tak ada jugak aku tengok papan tanda perhentian bas di situ,
dia berhenti jugak.
Baaapppaaakkkkkkk!!!
Ni namanya, menyekat perjalanan lalu lintas.
Kalau aku lawyer, aku bawa jugak dorang ke mahkamah ni.
Memang lah dorang mau cari rezeki, tapi mana boleh PENTINGKAN DIRI.
sendiri mahu sedar mahhhhh. 

Kalau nak di banding dorang ni dengan lorry GAJAH,
aku lagi hormat & salute lah pada lorry ni.
Sungguh berhemah, berhati-hati.
HUMBLE pulak tu.
Ni badan lagi besar ni dari bas,
tapi DOWN-TO-EARTH lah orang kampung aku cakap.
Kalau anda nak cepat, lorry ni boleh tahu.
Pandai pulak dia pergi lorong kiri.
haha. Lawak yah!

Okey lah,
aku berharap dan berdoa,
moga-moga,
ada lah pemandu2 bas (tawau terutamanya) di luar sana yang celik IT lalu baca BLOG aku ni.
Selepas itu, sedar diri tentang kritikan dan komen yang aku berikan.
Walaupun sikit, tapi nilainya sangat bererti buat masyarakat di luar sana.

sekian, KAMSAMIDA
(^________________^)

p/s: maaf sekiranya terkasar bahasa, saya juga manusia biasa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...