Wednesday, November 23, 2011

JANJI Pak Arab~ *sigh

AMARAN: semasa baca post ni, sila feeling2 hari ni hari ISNIN yah tuan2 dan puan2. sebabnya, post ni sepatutnya diutarakan pada ISNIN yang lalu. 


Assalamualaikum w.b.t,
dijadikan ceritera hidupku dan dunia kini,
hari ni, hari yang sangat memberi tekanan buat aku.
Mahu tahu kenapa?
Sebabnya, masa aku yang begitu berharga terbuang begitu sahaja
dek kerana JANJI PAK ARAB.

Gua cakap sama lu beb,
Janji ARAB sama jugak dengan Janji MELAYU.
Dua2 bikin panas. Boleh mendidih otak aku.
Tapi, Melayu perlu bangga SIKIT sebab,
janji ARAB lagi teruk. Memang PALING MANANG!

Kalau beliau cakap besok,
maksudnya, LUSA, TULAT sampai anda berkulat.
Pheh panjang (PPHHEEEEEHHHHHHHHHH!)
Pheh pendek (PHEH!)
Memang pheh!
Anggaran kasarnya,
Dalam minggu ni saja,
Dua orang PAK ARAB berlainan
umur, rupa, fizikal dan yan paling penting,
berlainan KELDAI kedai,
janji dengan aku untuk dapatkan barang yang aku cari.
Sumpah, aku tak mintak p0wn beliau bersusah payah carikan barang yang aku mahu tu,
Tapi, beliau sendiri tawarkan diri untuk tolong cari barang tu.
(ORANG ARAB MEMANG PRIHATIN *ini pujian ikhlas)
Tapi malangnya, janji mereka untuk dapatkan barang aku dalam masa sehari,
tidak dapat ditepati.
(Padahal aku baru tanya bila barang tu ada, beliau sudah cakap "BESOK")
Kenapa beliau tak cakap LUSA? TULAT? MINGGU DEPAN?
Sungguh meyakinkan!
Akhirnya,
aku jugak yang buang masa pergi ambil
benda yang tak ada.
FAHAM?

Sampai hari ni,
(KITA BALIK KEPADA HARI ASAL IAITU HARI RABU),
genaplah seminggu,
charger laptop aku tak dapat,
(yang kononnya beliau mahu cari di Cairo)
Lotion pun tak dapat.

Serius aku cakap,
berurusan dengan orang ARAB ni,
makan dalam dan makan hati berulamkan jantung
jugak ouh,
memang perlu banyak bersabar.

Pengajaran buat anda semua
dan aku juga,
JANGAN BUAT JANJI KALAU TIDAK DAPAT DITEPATI,
kerana ianya sungguh menyakitkan.

Assalamualaikum.
(^_______^)

1 comment:

  1. sabar3x.
    belum setahun pun lg. byk lg krenah arab yg awk xjumpa.
    ujian duk mesir tu. kalo duk tempat len mungkin ujian len plak :)

    -kak yana-

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...