Saturday, November 19, 2011

Telur BURUK, mak bapak ayam disalahkan. :)



Assalamualaikum w.b.t,

Anda pernah makan telur?
Okeyh pernah.

Pernah masak telur?
Pernah jugak.

Sebelum anda masak, anda cuci permukaan telur tu ka tidak?
WAJIB CUCI.
Waktu mencuci tu, anda ada cakap apa2?
Merungut ka? Mencaci ka? Mengeluh ka? Memaki ka?
Ada? Pada siapa anda tujukan?
Yah. Semestinya MAK BAPAK kepada TELUR AYAM tu kan?
Sebab buang najis mereka pada telur tu.
Kalau bukan. Errrr. SILA DIAM2.

Apa yang aku mahu cakap,
ada kena mengena dengan telur tu.
Kalau perangai anda buruk (seperti permukaan telur yang buruk dipenuhi dengan najis2),
Siapa yang disalahkan oleh orang?
Mestilah MAK BAPAK hang.

Tak percaya?
Dalam karangan SPM,
Anda tulis apa?
“Dalam Pasca Kemerdekaan ini, bla bla bla............ masalah di kalangan remaja selalunya berpunca daripada kealpaan ibu bapa dalam mendidik anak2 mereka di rumah.”

Tengok?
Aku sendiri pun tulis macam tu dalam karangan.
Sama jugak macam anda.
Jadi?
Kalau anda suka mencarut,
Maka, kawan anda akan cakap,
Mesti mak bapak beliau ni tak ajar beliau dengan betul.

JADI, anda tak sayang mak bapak ka?
SILA jangan mencarut atau berperangai buruk.
Kesian MAK BAPAK,
Walaupun mereka tidak mendidik anda dengan demikian rupa,
orang lain tetap akan salahkan ibu bapa anda.
Semoga ibu bapa kita sentiasa dirahmati ALLAH S.W.T.
Insya-ALLAH.
AMIN!!
SYUKRAN kerana sudi membaca
(^_________^)
  

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...