Sunday, September 18, 2011

Serius PENAT!~

Assalamualaikum w.b.t.
Hello2.. ada olang meyh??
hehe.

Dari kemarin sampai lah hari ni,
cara aku berkomunikasi tu agak2 ikut style cina2 lah.
KONONNYA lah.
iyah lah, maklum lah,
melekat dengan budak melayu pandai cakap cina kan?
24hours aku dengar bahasa mandarin.
aku rasa sangat2 ingin belajar bahasa mandarin jugak.

Hari ni,
aku bangun awal jugak lah,
Lepas siap2, aku pergi MCD sarapan dengan Kak Dila (house-mate kakak)
dengan JB & Selena Gomez SABAH.
Iyalah, kalau sudah malas kan?
begitu lah gayaknya.
Kena belanja, jadi aku pun bersyukur dengan rezeki tersebut.

Lepas kenyang perut gara2 makan dan bercerita,
maka, aku pun balik rumah untuk bersiap ke bandar pula.
Agak2, dekat jam 1 tengah hari tu, sampai lah aku di Karamunsing.
MAKAN LAGI di Fook Yen. Lepas tu, beli barang2 yang patut.

Puas sudah beli barang eletronik,
Kakak aku bawa aku pergi ke Wisma Merdeka.
Cari2 baju. 
Ni lah tempat aku, kalau bab2 shopping baju ni.
SINI paling best shopping baju2 KOREA.. :))
Kemudian, di sini jugak lah aku buat 2 LAB COAT.
besok SIAP tau.
Ala maklumlah, tempahan khas. special pulak.
Mau balik Tawau dah selasa ni.
Jadi, LABCOAT mesti siap cepat.

Destinasi seterusnya, CP.
Di sini, aku pergi beli ROTI saja.
Semata-mata mau beli mexico bun di TUAHBAKER kan,
sanggup bha!
Cuba pergi cari ni STALL, tingkat 4.
SEDAPPP OUHH!!
Kalau aku pergi KK, wajib lah aku cari TUAHBAKER ni tau.

Lepas tu,
pergi CITY MALL lagi.
CITY MALL ni ala2 shopping mall KOREA.
semua kedai2 di sini,
MOSTLY barang2 korea.
Memang comel2 lah barangnya.

JADI cerita aku bersambung esoknya.
BOLEH?
sebab CHELSEA main sekarang.
CHELSEA CHELSEA..
weeeheeeyy~ 

Wednesday, September 14, 2011

1 PAKEJ~

Assalamualaikum w.b.t
Aniyasayo! Apa kabar semua?
harap semuanya sihat.
Aku ni pun baru sahaja beransur sihat dari sakit.
SYUKUR DENGAN NIKMAT SAKIT YANG ALLAH BAGI. :)

:: Ini lah punca sakit aku. :) (gambar ini aku curi dari sepupu aku REHAN)

Ni kali pertama aku jatuh sakit 
sampai genap SATU MINGGU.
Bertahun lamanya aku tidak pernah lagi sakit sampai satu MINGGU.
Paling lebih pun 3 hari.
Masa kecik2 dulu, adalah sampai seminggu dua minggu. Tu pun cacar.
Lepas tu, tak pernah sudah!
mak aiiiiiiiii!
sudahlah satu pakej
(sakit tekak, sakit hidung, sakit mata, sakit kepala, sakit segala otot, batuk2)

TUTUP KES!
(^__________^)

Okayh, jadi setakat ini,
aku masih lagi tak buat apa-apa.
Hanya memanjakan diri di katil yang bakal aku tinggalkan.
ada dekat 4 hari jugak aku tak DRIVE langsung.
Makan tengah hari pun, aku tidak hadir selama 3 hari.
Tidur dalam bilik, tak guna penghawa dingin mahupun kipas. Hanya bermandikan keringat.
(selama sakit ni. percaya?)
Kemas-kemas barang, belanja-belanja, pun aku tak buat lagi.
Mak aku yang pening kepala tengok aku.

Maka, aku pun rasa,
aku haruslah mengaktifkan diri mulai esok.
Kan aku dah hampir SIHAT SEPENUHNYA?
ALHAMDULILLAH! :D

p/s: sila jaga kesihatan anda di musim-musim perayaan ini. 
Banyak sangat kegembiraan membuatkan kita leka.
(^_______________^)

Thursday, September 1, 2011

Selamat Hari Raya semua!!!


Assalamualaikum..
Aku harap ucapan aku tidak lah begitu lewat 
untuk diutarakan kepada anda2 semua.
Harap, tidak ada yang tersinggung ya?

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR & BATIN.
SEMOGA AMALAN KAMU DAN SAYA
DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T HENDAKNYA.
(^____________^)

Okayh, hari ni dah hari raya yang ke-3.
Memandangkan aku tidak lah sibuk mana.
sibuk jugak, cuma ada sikit masa terluang.
Jadi, aku pun ambil inisiatif untuk berceloteh di sini.
Ada faham?

Ouh yah,
di Tawau ni,
kalau anda berkunjung ke rumah orang,
memang jarang jumpa KETUPAT, LEMANG & DODOL.
Anda pasti & wajib akan jumpa BURAS, TUMBUK, & TAPAI.
Hah! Ni anda confirm tak akan jumpa di Semenanjung.
Hanya ada di Sabah. :))
Kalau orang semenanjung datang sini, mesti cuba tau?
RUGI TAK CUBA!

Aku sampai sakit perut
makan buras di setiap rumah yang aku kunjungi.
Haha.
::buras biasanya dimakan bersama kari ayam atau rendang.
p/s: biasanya benda ni available pada raya pertama & raya kedua.
kalau sudah raya seterusnya. alamat habis dah!
gambar di atas hanyalah gambar semata. Bahawasannya, rasanya amat luar biasa 
dan pasti mahu lagi. Tapi, bagi aku yang bukan peminat buras, rasanya biasa2 sahaja.
Dulu aku peminat no 1 buras. Sekarang aku minat T&T(TUMBUK&TAPAI)!
sedaaaapppppp!!!!

Raya pertama hari tu,
sibuk jugak lah. sibuk sampai penat.
Macam biasa, rutin hari raya pertama ni,
sembahyang raya, ziarah kubur, ziarah sanak saudara.




itu sahaja buat kali ini.
akan bersambung di hari yang lain.
sebab, aku mahu buat kuih.
Assalamualaikum! :))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...