Wednesday, April 4, 2012

serius 0_0 doktor?


Assalamualaikum.
hoho. tadi rasa sangat riang gembira untuk tulis dalam blog.
tengok2,
entry kakak tu (FATIN LIYANA) pergi korea,
terus aku rasa jantungku berdegup dengan kencang 
melebihi 90 b/m. tachycardia lah kononya kan?
yahlah, stress weyh.
Aku bila pulak ni pergi korea?

Sudahlah, tutup cerita.
Ada cerita lagi best.
Tapi cerita kak FL tu lagi best. :(

Apa boleh buatlah. Nasib2.
Hari ni aku bajet2 rajin sikit.
Pergi library untuk belajar dengan khusyuk dan tawadduknya.
serta berniat untuk save some money,
agar tidak lari bajet bulan ni.
(oh yah, bil eletrik naik lagi, pokai lah nampaknya, 
kering kontang suda dompet aku ni)

Oh yah, aku pergi library dengan kakak pandai.
bakal2 MUMTAZ tu. Insya-ALLAH. 
Tu lah aku pergi, insaf kejap tengok result aku. HOHO.

Tengah2 aku sibuk memahami setiap baris ayat yang 
boleh membuatkan otak aku berpusing 360 darjah,
pen yang aku pegang pun berlari marathon di atas kertas,
 sampai jari2 aku pun mengeluarkan peluh tidak henti2,
(aku pun tak tahu lah symptom apakah yang aku hadapi, tapi
aku suda tanya doktor pun, katanya, perubahan suhu.. ekeke)
 
TIBA2,
ada orang letak buku ATLAS ANATOMY,
ATLAS of PELVIS & PERINEUM,
lepas tu, kak Tiqah pulak cakap,
"Ehhh!!! Assalamualaikum doctor!" 
bapppakkk, aku ni pun terkejutlah hoiii,
aku pun palingkan muka aku yang bajet comel ni
dari buku.

OHHH TIDAKKKK!!
doktor yang ajar kami Pelvis & Perineum datang woii.
Silap2 masa, boleh jadi heart failure pulak aku ni.
Tiba2, beliau tarik kerusi kosong di belakang, kemudian duduk depan aku.
(serius gemuruh weyh).

Untuk pengetahuan anda semua,
doktor itu adalah seorang lelaki,
mengajar PELVIS & PERINEUM serta UPPER LIMB
juga tidaklah hensem mana,
tapi house-mate aku kata CHOMEL.
Aku tidak tahu bagaimana definisi CHOMEL itu diinterpretasikan.
beliau juga seorang yang hebat dalam mengaitkan pelajaran Anatomy itu
dengan Al-QURAN. *serius aku kagum dengan beliau.
Beliau juga suka bercerita dan memberi nasihat kepada kami waktu take five
ketawa beliau boleh membuatkan kami sekelas bergelak sakan seperti 
melihat "just for laugh gags".

Maka, bila doktor tu letak buku2 beliau, ambil kerusi,
lepas tu jalan sebentar, untuk mencari buku2 tebal melebihi 2kg di rak2 
yang disediakan,
aku tengok muka kawan2 aku di meja lain,
muka dorang separuh gelak macam perli aku.
(OMG!!)

Lepas tu,
aku tak tahu mahu buat apa.
Mahu cabut lari ataupun pecahkan meja tunjuk sawan. haha.
Yahlah, mana pernah, *mungkin pernah
seorang mahasiswi lah kononnya,
di depannya duduk seorang professor/doktor.
Aku bukan takut apa,
takut tiba2 beliau soal aku pasal UPPERLIMB yang aku faham pun tidak.
Kalau pasal PELVIS&PERINEUM tu boleh lah jugak kan sikit2.
Tapi jangan harap lebih lah kan?

Bila beliau habis cari buku tu,
beliau pun duduk lah baca buku tu dengan khusyuk.
belek2 buku tu.
Aku pulak, tengok muka beliau pun tidak lah kan.
Takut lah weyh.
Lepas tu, kami pun diam2.
Dalam meja yang besar tu, ada aku, kak tiqah dan doktor tu.
SERAM weyh.

Sebenarnya,
dari apa yang aku dapat,
selain ketakutan dan kegumuruhan yang melanda,
aku sangat respect gila2 dengan doktor tu,
sebab, sudahlah beliau tu sangat hebat mengajar.
Dalam masa yang sama, masih humble,
pergi library duduk satu meja dengan student
berlajar dan mengkaji macam student biasa
 yang belum mendapat segulung ijazah pun.

Dan aku masih ingat lagi,
dalam kelas Anatomy,
Beliau cakap, ayat al-Quran pertama yang diwahyukan oleh Allah
disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad S.A.W,
iaitu IQRA'. iaitu BACA.
Maka, beliau pun cakap, kenapa ayat tu menjadi ayat yang pertama diwahyukan.
Katanya, manusia perlu sentiasa menimba ilmu. Jadi, beliau kata "READ!!"
Katanya lagi,
fikiran yang bijak pandai boleh memajukan kita umat ISLAM 
dan menumpaskan banyak benda.
Tidak memerlukan tenaga mahupun wang ringgit.
Cuma fikiran yang bijak.
Maka, katanya, belajarlah kerana itu perintah dari ALLAH.
Jika tidak, maknanya, kita menolak perintah ALLAH.

Subhana-ALLAH.
(^________^)
MARI MENUNTUT ILMU KERANA ALLAH S.W.T.

p/s: maaf semua kalau ada tersalah fakta atau terkasar bahasa.
saya juga manusia biasa. 

2 comments:

  1. saya setuju munnn :) baguss betul entry mu ni :) asi semangat saya jugak belajar . hihih.

    bagus2 kan prfoessor sini :) humble2 sumaaa

    ReplyDelete
  2. Yahh... semangat koe belajar sna pok.. final exam dkt swa ne weyh.. :)

    Yahh.. agree.. sgt humble.. ilmu sgt byk, msh down-to-earth.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...