Wednesday, May 16, 2012

Final Exam & Malaysia


Assalamualaikum.
setelah genap sebulan.
Iyalah, sebulan lah kan,
aku tidak mengemas kini blog yang cantik lagi keren ini,
maka dikesempatan ini,
bila malas belajar, apa lagi kan?

pheeeewwwww.
aku rindu gila2 dengan semua orang.
Rindu mak bapak di Malaysia.
Rindu seorang sepupu nun jauh di bumi Iskandariah, Mesir (yang sudah lama tidak dihubungi).
Rindu seorang kakak di Bumi Malaysia.
Rindu seorang abang dan adik2 di Malaysia.
Sepupu2 yang satu kepala.
RINDU SETENGAH MATI.

Hanya tinggal lebih kurang 2 bulan lagi di bumi ini.
Tiket pulang ke Malaysia sudah aku lunaskan.
ehem, aku sudah bayar lunas lah beb! kan?
insya-ALLAH, 
kalau tak ada aral melintang.

Bila fikir2 balik Malaysia,
Oh, sungguh, menderita aku menanti masa ini.
tidakkk!! serius aku rasa kepala hotak aku ni macam mahu pecah
bila fikir balik Malaysia.
TAK SABAR!! SUNGGUH AKU TAK SABAR!

Dalam hotak aku ni mahu pecah,
peperiksaan akhir tahun menambah perasa.
Iyalah,
macham kau makan sambal belacan yang HOT tahap 10 per 10,
ditambah lagi dengan cili padi yang HOT berbiji-biji.
Tak mampus macam tu?
euuuwwwwww..
aku tak tahan makan pedas, boleh mendidih otak aku.
air mata boleh mengalir macam air terjun. 
cecair dari hidung boleh keluar sebanyak yang boleh. keh3.

Bila fikir2 pasal peperiksaan akhir tahun,
aku insaf kejap,
ala maklumlah,
keputusan ni menentukan sama ada
aku boleh dapat biasiswa atau tidak,
boleh naik tahun 2 atau tidak.
SERIUS, mengalahkan SPM.
Maka, sila doakan aku dan sahabat2 aku yang lain.
Mudah-mudahan MUMTAZ. INSYA-ALLAH.
AMIN YA ALLAH!

2 comments:

  1. i miss you mun. . . sumpah kau bapak senyap . . . . all da best untuk exam ;)

    ReplyDelete
  2. Miss U to echa.. haha.. echa, rndu moe study di bilik IRON sma koe mcm dulu2.. ceyh2.. TQ fren!! :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...