Monday, July 9, 2012

Aku

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.
syukur.
akhirnya dapat jugak aku bermanja-manja di sini semula.
walaupun, kau faham2 lah kan?
aku ni paling pemalas update blog.

hehe.
sila-LAH faham.
aku sibuk.
maklumlah, pelajar.
bukan setakat belajar. peperiksaan yang sukar juga
perlu aku harungi, bagai mengharungi badai yang melanda. :))
pasal peperiksaan, akan aku update kemudian. 

memandangkan sekarang,
aku ada lebih kurang 2 bulan cuti,
maka, aku rasa,
2 bulan itu haruslah diisi dengan benda2 yang bermanfaat.
Insya-ALLAH, lepas ni bertenaga.

Tapi, bilamana otak beku macam daging cincang
yang dipadatkan dalam bungkusan,
lalu dibekukan selama beberapa jam.
kau kena jugak ambil masa yang amaattt panjang untuk mencairkannya semula,
sebelum digunakan.

Maaflah. 
aku kehabisan idea.
terperuk macam jeruk di dalam bilik ni,
membuatkan aku stress berganda-ganda.
makan pun macam tak ada rasa
minum macam minum ubat yang sudah luput
mandi macam mandi air longkang *phheewww

Ohhh!! MALAYSIA, aku tahu kau rindu aku kan?
kejap lagi lah aku balik.
kau doakan aku yah?
(^___________^)


Insya-ALLAH.
nda sabar mau menjejakkan kaki di tempat ni semula.
berkobar-kobar!! hoyeaahh!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...