Monday, February 21, 2011

Pembersih kah?


kalau kita tanya orang,
pembersih kah?

mesti dia jawab,
"iehhhhh, mesti lahh!"

haha.
Perasan sangatlah.

.............................................................................................................

Aku tak cakap aku pembersih,
dan aku tak cakap korang semua pengotor.
Sendiri mau ingat lah.

Kebersihan sesuatu
tempat melambangkan
identiti si penghuni di dalamnya.

Sedar atau tidak sedar,
negara kita sendiri
iaitu Malaysia,
boleh dikatakan tahap kebersihan 
sangat tidak memuaskan
kalau nak dibandingkan dengan
negara-negara yang bersih
seperti?

New Zealand
Singapore
Australia

kalau kau cakap,
alah, KL bersih apa,
kau memang memandai saja.
aku dah jejakkan kaki ke sana,
sampah di mana-mana jugak.
Kalau kau cakap di Malaysia ni,
mana-mana tempat pun ada sampah.
Biar tempat tu maju macam mana sekali pun,
memang ada sampah lah.

Sebab apa agaknya,
padahal kerajaan dah upah
banyak pekerja untuk bersihkan tempat-tempat tersebut.

Mungkinkah ini?

1.Cuti sekolah, semua geng korang turun bandar. Bergaya sakan nampaknya. Pastinya, mulut tak berhenti mengunyah waktu jalan-jalan tu. Biasalah, orang kita, kalau tak makan sambil berjalan memang tak sah. Habis makan, automatik jari-jari melepaskan genggaman pada plastik makanan tu. Bila kawan kau tegur, mesti kau cakap macam ni "Alaaa, lek lah, pakcik makcik tukang sapu sampah kan ada, apa diaorang nak buat kalau tak ada sampah, tu makan gaji buta namanya!".

::sentiasa mengharapkan orang lain.


2.Dalam perhimpunan rasmi sekolah, cikgu disiplin mula berkata-kata serta melebarkan sayapnya. Tiba-tiba, dia cakap, "Baiklah pelajar, lihat kasut kamu, neck-tie kamu, baju kamu, kemas ke tidak, bersih ke tidak?".
Waktu tu jugak lah, baru kita nak sibuk-sibuk mengalahkan orang Jepun membersihkan serta mengemaskan diri kita.

::Ditegur baru bertindak.


3.Kawan korang baru balik dari Singapura, dia cakap, negara tu bersih gyLLa. Korang pun mula lah nak berdalih, memberontak tak tentu pasal. Kemudian korang cakap macam ni, "Alaaaaaa... Singapura bersih tu pun sebab kerajaannya menguatkuasakn undang2 kebersihan. denda sana. denda sini. tu lah rakyatnya takut. bukan pembersih pun dorang tu, takut sama denda sja."

::Tidak mahu mengalah. sentiasa memperkecilkan kelebihan orang.

.............................................................................................................

Maka dengan itu,
kalau nak sesuatu perubahan,
ubah pada diri kita dahulu.
Negara kotor,
bukan sebab cik bangunan yang buang sampah,
tapi kita sendiri.

Fikir baik-baik!

p/s: maaf sekiranya bahasa yang saya gunakan menyinggung mana-mana pihak.
KAMSAMIDA.
(^______^)


3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...