Friday, April 15, 2011

Mereka yang kerja keras.



Salam.
Aniyasayo Dogja!
Hari ni aku nak buat entry pasal.
MANUSIA-MANUSIA 
yang bekerja keras.

Dah lama jugak aku nak tulis entry ni,
tapi selalu lupa lah.

Maka dengan itu,
baru-baru ni,
ada pakcik potong rumput kat rumah aku,
jadi,
aku sempat curi-curi tangkap gambar dia.
(takkan aku tangkap gambar depan2 muka dia beb, kecik hati dia)

Kalau kita teliliti lah manusia-manusia macam ni,
ada orang akan cakap,

"KESIAN ORANG NI"

ada jugak yang akan cakap,

"HAH! TU LAH, DULU2 TAK BELAJAR SUNGGUH2! PADAN MUKA!"

ada jugak yang cakap macam ni,

"NI SENGAJA SAJA MAU CARI SIMPATI ORANG! PUNYA BANYAK KERJA DI BANDAR TU!"

Lihat,
tu lah yang pada kebiasaanya,
akan keluar dari mulut kita,
betul atau tidak?

aku nak tanya anda pembaca,
kenapa orang yang kerja keras dia lebih,
bekerja di luar menghadap matahari,
gaji dia cukup-cukup makan sahaja.
Kenapa?

Kalau anda nak tahu,
pemotong rumput, pemungut sampah,
pengira bil kereta, pembantu rumah,
tukang cuci kereta, 
dan banyak lagi,
mereka inilah yang bergaji rendah.

Tapi,
kebanyakan daripada mereka inilah,
yang mempunyai hati yang nurani
serta budi bahasa yang tinggi.

Tak percaya?
Kalau anda ke kedai handphone,
minah-minah kedai tu sibuk bersolek-solek,
kemudian anda tanya,
"Kak, ada top up celcom rm5?"
Minah tu cakap,
"Tak da!"
dengan muka yang malas melayan.
anda cakap,
"Terima kasih ya!"
dia balas dengan senyuman sinis.

Ni yang aku SELALU alami yah para pembaca,
tak tahu pulak kalau korang selalu di layan dengan
BAIKK PUNYYEEEEE!

Aku pergi pasar,
tolong mak aku beli sayur,
aku tanya kakak penjual sayur,
"Kak, sayur kangkung ni berapa?"
kakak tu jawab dengan senyuman,
"Oh, tu RM1 seikat dek."
Aku cakap,
"Bah, sy beli kak."
Kakak tu cakap,
"Kakak jual! Terima kasih yah dek!"

Hah!!
Tengok-tengok!
Sama jugak, penjual ikan pun macam tu,
punya baik dan berbudi bahasa layan orang.
Ni benda aku lalaui sendiri ok!

Ada spekulasi kita yang mengatakan,
dorang ni tak belajar sungguh-sungguh dulu,
tu lah macam tu.
AMBOI!
ingat semua orang yang macam tu,
zaman dulu-dulu dia, dia bengap ke?
Biasanya yang aku tahu la,
dorang ni dulu ada masalah surat,
padahal pelajar terbaik sekolah,
ada jugak yang, 
ada masalah kewangan sampai tak boleh sambung menengah,
dan
muda-muda lagi kena kerja untuk makan minum satu keluarga.

Sekurang-kurangnya,
walaupun dorang ni tak lah tinggi mana pun gaji dorang,
namun,
mereka masih tetap berusaha keras 
untuk mencari rezeki yang halal hingga
bermandikan peluh di panas terik,
kadang-kadang
bermandikan hujan.

RENUNG-RENUNGKAN!
KAMSAMIDA.
(^_______^)


p/s: ni waktu hujan rintik-rintik, dia masih teruskan kerjanya.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...