Thursday, August 11, 2011

LONDON riots?

Assalamualaikum.
Pasti ramai yang terkejut dengan berita
rusuhan yang berlaku di UK kan?

UK salah satu negara yang aku hormat sangat2.
Negara yang ingin sekali aku lawati.
Kerana, yang aku tahu,
kebanyakan orang di sana adalah sangat baik berdasarkan
pandangan orang Malaysia yang tinggal, belajar, mahupun melancong ke sana.
Juga mempunyai tahap keamanan yang sangat baik.

Tanggapan pertama aku terhadap rusuhan ni,
macam tidak percaya.
Tetapi, itulah yang berlaku.

Lebih-lebih lagi,
apabila salah seorang pelajar Malaysia,
yang sedang menuntut di salah satu University di London,
pelajar perakaunan, tajaan MARA,
mendapat kecederaan di rahang lalu DIROMPAK?

Aku rasa macam mahu lenyek2 saja
muka penyangak2 yang buat macam tu pada pelajar Malaysia tu.

Ianya suatu kontroversi di YOUTUBE.
Mendapat perhatian banyak mata dari seluruh pelusuk dunia.
Baru 2 hari di YOUTUBE beb,
dah hampir mencecah 2 juta penonton.

Kalau aku jadi Ashraf Haziq,
aku tak tahu lah.
Nangis sepanjang masa lah aku.
Menurut buletin utama TV3,
beliau menjalani pembedahan rahang pada hari kemarin.

Aku tak tahu sangat status dan keadaan beliau sekarang.
Jadi, Kita doakan agar Ashraf Haziq
dan rakyat Malaysia yang ada di UK
dalam keadaan selamat hendaknya.

2 comments:

  1. kesiankan...tak pasal2 kene rompak...selamat berpuasa dan salam perkenalan dari marina

    www.marinafazli.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. @Marina, ha'ahh.. tu lah pasal.. kesian Asyraf.. okeyh2.. Selamat bpuasa jugak..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...