Tuesday, August 23, 2011

Mak, money please?

aku rasa,
semua orang tahu,
setiap ibu bapa,
lain2 cara mereka mendidik anak mereka.

Contoh terdekat sekarang,
BULAN RAMADHAN.
ada mak bapak yang anak mereka baru umur 
6, 7 tahun, mereka dah didik dan latih anak mereka
puasa penuh.
ada jugak yang bagi puasa setengah hari.
Tapi, ada yang tak bagi anak puasa langsung.

Lepas tu, bila anak dah tak puasa,
 anak pun dihantar ke sekolah,
diberi pulak anaknya 5 ringgit,
disuruh anaknya beli makanan di kantin sekolah.
anak mahu beli yang itu,
anak mahu beli yang ini.
Semua di bagi. Maka, anak pun makan2 dengan enaknya
di bulan ramadhan dengan sekutunya.
Padahal, kantin sekolah dibuka khusus untuk yang tidak beragama islam.

Bila mana anak itu tidak dilatih dari kecil,
tu yang jadi,
besar macam bapak budak pun, tak puasa lagi.
Malah, dengan bangganya makan & minum 
depan orang ramai waktu bulan ramadhan.
Beliau tidak malu beb,
tapi sangat BANGGA.
Kerana apa?
kerana itu lah didikan beliau semasa kecil dulu.

Aku belum lagi menempuh alam rumah tangga,
jadi aku pun tidak tahu sangat.
Tapi, kepada aku,
dan anda yang akan menempuh alam rumah tangga
dan mempunyai anak,
SILA DIDIK ANAK ANDA DARI KECIL.
jadi, mereka tahu, mana yang baik dan mana yang buruk.


p/s: maaf kepada yang tersinggung.
Assalamualaikum.

1 comment:

  1. betul2
    kalau tak dididik dari kecil
    kalau dibiarkan
    lama2 jadi tabiat dan akhirnya dia rasa biasa
    tu bahaya kalau tak dididik awal2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...