Monday, August 15, 2011

Musim sukan!


SUKAN, SUKAN DAN SUKAN.
lagi2 sukan kan?
sepanjang tahun ni, sukan saja kan?

SUKAN ini bukan sahaja menyihatkan badan
malah mencerdaskan otak.
eh, betul ka tu?
Hantam sajalah labu!

Yang penting sukan ni banyak kebaikan daripada keburukan.
Kebaikan bukan hanya pada atlet itu sendiri
malah pada peminat2 sukan itu sendiri.
Yah lah, orang2 yang bersorak tu kan mengeluarkan sepenuh tenaga yang beliau ada.
Suara, gaya bersorak, semua tu mengeluarkan tenaga dan peluh lah beb!

Aku ni salah seorang peminat sukan,
tapi, hanya sesetengah sukan sahaja,
seperti BOLA SEPAK, BADMINTON dan entahlah!
Menjadi peminat dan penonton ni,
bukan sahaja seronok tetapi juga mendebarkan dan sangat tekanan.
Bukan atlet sahaja tau yang tekanan, tapi penonton pun sama.

Dalam keseronokan tengok sukan tu,
pasti ada kekecewaan jugak.
Aku rasa pun, anda2 semua yang tengok sukan
juga turut kecewa yang amat mengalahkan
kecewa ditinggalkan kekasih.
Tapi bagi aku ni, kecewanya lain sikit,
kecewa bagai GAGAL satu subjek dalam peperiksaan.
Maklumlah, aku tak pernah kecewa dalam bercinta.
ceyh3.

Bulan lalu sahaja,
aku dan anda2 semua,
kecewa dan hampah
sebab, MALAYSIA tak dapat masuk ke PIALA DUNIA.
Kecewa2 kita ni, kecewa lagi pemain bola sepak Malaysia.

Kemarin pulak,
Datuk Lee Chong Wei ditumpaskan oleh Lin Dan.
Maka, Malaysia mendapat tempat ke-2 seluruh dunia.
Aku tahu, Datuk Lee C.W sangat kecewa, boleh nampak di wajah beliau.
Lebih2 lagi, beliau telah berjanji untuk membawa kemenangan
sebagai hadiah HARI KEBANGSAAN MALAYSIA ke-54.
Tapi apa boleh buat, tak ada rezeki lah buat Malaysia pada malam tu.

Namun, dalam kekalahan itu,
aku sangat kagum dengan penyokong2 dan peminat2 sukan
yang turun padang menyaksikan perlawanan tersebut secara langsung.
Dan yang lebih mengkagumkan adalah,
semua rakyat Malaysia bersatu tanpa mengira warna kulit bersorak
memberi semangat pada warga Malaysia yang bertanding.

Macam hari tu bola sepak,
lebih 90 ribu orang turun pandang menyaksikan perlawanan BOLA SEPAK
antara Singapura dan Malaysia.
dan kemarin pula di LONDON,
banyak orang Malaysia yang datang memberi sokongan pada 
Datuk Lee Chong Wei,
CINA, INDIA, MELAYU termasuk Asyraf Haziq
datang menyokong
sambil mengibarkan jalur gemilang di UK.
AKU SANGAT BANGGA DENGAN ANDA SEMUA!

Begitulah semangat 1 MALAYSIA.
AKU SAYANG KAMU SEMUA.
Majulah Malaysia dan teruskan menyokong Malaysia
tidak kira di mana pun anda berada.

(^_______________^)


2 comments:

  1. sedih juga dia kalah tapi dia dah bermain sehabis baik
    :-)

    ReplyDelete
  2. yah.. boleh sakit jantung jugak tgk last2 minute dia main tu. sikit lagi menang.. huhu.. tp, x da rezeki lah.. harapnya, DLCW come back for the next game, OLYMPIC. :))

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...