Saturday, February 11, 2012

stress


Assalamualaikum.

Okayh,
hari ni aku terlajak lagi,
membuang masa berjalan-jalan
di laman2 belog yang hebat & mantap
seperti blog...
(aku tidak sudi menyebutnya, nanti ada yang perasan)

Maka,
mari aku teruskan, sebab munasabah aku menulis pada hari ini.

Dijadikan cerita,
esok peperiksaan PHYSIOLOGY untuk mid-term exam.
baru mid-term?
yah. baru bhai. besok mula.
dan, seronoknya,
aku tak perlu habiskan satu buku lagi.
ada 3 buku semuanya perlu 
ditelan dan dihadam di dalam minda sebelum peperiksaan itu bermula.

Situasinya,
sepanjang hari ini,
buku "hijau" bernama Muscle & Nerve itu,
dari pagi sampai sekarang ni,
setengah buku pun tak habis lagi.
Yah tuan2 & puan2, ada lebih 100 muka surat yah?
mana lah tak sampai setengah,
setiap kali baca satu muka surat,
aku akan menghitung muka surat yang perlu aku habiskan selepas itu.
Ohhhhhh.. serius otak aku biul.
Anda pernah buat macam ni?

ermmm.. bila jadik macam ni.
aku pun stress.
Eh, normal bah orang stress.
maka banyaklah hormone adrenaline tu dirembeskan.
Lepas tu, dead space pun banyak. Bila semua2 tu jadik banyak.
Maka stress itu sangat bahaya.
pengsan kemudian MATI.
(hah, nampak sangat otak aku tak betul, buat kesimpulan sendiri).


Bila aku stress,
aku suka MAKAN.
(patut berat badan aku tak pernah turun).

MAKAN apa?
makan coklat.
(setiap minggu mak aku belikan aku coklat waktu di asrama dulu. tak pun, aku beli sendiri)
kalau tak ada coklat. aku makan benda yang ada di depan mata.
makan2, sampai aku tak tahu berapa banyak yang aku makan.
calorie pun aku lupa hitung.
bertambah comel lah aku lepas tu.
aku tahu.

Tulis blog lama2 pun boleh buat aku stress.
Kesimpulannya,
habis cerita.
Aku sambung belajar dulu.

untuk hari esok dan seterusnya,
SILA DOAKAN AKU YAH?
DAN KAWAN2 AKU JUGAK.
KITA DOA SAMA2.
(^____________________^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...